Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.
Petang jumaat ini sedang saya meninjau-ninjau di laman muka buku tiba-tiba terserempak dengan video bertajuk,"Suara Merdu Seorang Budak Jerteh, Besut" yang dikongsikan seorang sahabat. Jerteh ini tempat lahir saya, sudah tentu saya tertarik untuk menontonnya.
Setelah menontonnya saya terkejut besar apabila mendapati wajah budak lelaki itu kelihatan saling tak tumpah seperti salah seorang sepupu sebelah ayah saya. Saya memerhatikan dengan teliti, saya rasa itu memang Muhammad, sepupu saya. Saya terus memanggil ibu dan adik saya untuk mengesahkan, lantas mereka mengesahkan yang itu memang Muhammad.
Muhammad |
Untuk makluman Muhammad yang merupakan anak ke 10 daripada 12 orang adik beradik ini tinggal di Kg. Hutan Nangka, Besut. Ayah Muhammad yang dikenali Abg Ya, merupakan seorang penternak lembu berjaya selain mengusahakan beberapa petak bendang di kampung saya ini. Ibu Muhammad pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kini Muhammad sedang belajar di Maahad Tahfiz Matlain Badrin, Besut.
Sedikit info juga, beberapa tahun yang lalu, keluarga kami digemparkan dengan berita memilukan apabila abang sulong Muhammad telah mati dibunuh dengan kejam. Saya mengenali arwah dengan cukup akrab, sering tidur bersama makan bersama, seluruh penduduk kampung terkesan dengan pemergian arwah kerana arwah cukup indah akhlaknya. Arwah merupakan seorang senior di sebuah pondok pengajian agama di Pasir Mas di Kelantan dan di situlah mayat arwah ditemui. Saya tidak berhasrat untuk bercerita panjang tentang ini, cukuplah jika kita sudikan diri untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.
Sedikit info juga, beberapa tahun yang lalu, keluarga kami digemparkan dengan berita memilukan apabila abang sulong Muhammad telah mati dibunuh dengan kejam. Saya mengenali arwah dengan cukup akrab, sering tidur bersama makan bersama, seluruh penduduk kampung terkesan dengan pemergian arwah kerana arwah cukup indah akhlaknya. Arwah merupakan seorang senior di sebuah pondok pengajian agama di Pasir Mas di Kelantan dan di situlah mayat arwah ditemui. Saya tidak berhasrat untuk bercerita panjang tentang ini, cukuplah jika kita sudikan diri untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.
Baiklah, apa pun sama-sama kita hayati alunan suara Muhammad ini. Mana tahu jika-jika dapat menyentuh hati-hati yang masih membatu.(^_^)
Awk kenal dia ? sampai kan salam sy pada budak laki ni . suara dia sgt merdu . Tenang hati sy lepas dengar suara dia . Berulang kali sy mainkan video ni :)
ReplyDeleteKenal, dia sepupu saya. InsyaAllah saya akan cuba sampaikan jika berjumpa dia dlm masa terdekat.. :)
DeleteSaya pun ore jerteh. Tempat muhammad belajar nie dekat sngt dgn kg saya , Jabi
ReplyDeleteYup, Maahad Tahfiz Matlain Badrin tu kat Jabi.. :)
Deletewah.... berbakat... nice sharing... nak berkenalan ngan admin ngan budak suara merdu tuh leh? hehe
ReplyDeletehehe.. silalah.. :)
DeletemasyaALLAH.. merdunya suara ! :)
ReplyDeletekan..syahdu mendengarnya..subhanallah..
DeleteKY juga ada dengar suaranya, memang best
ReplyDeleteerm.. :)
Deletedah tgok video nieyh...merdu suare dye...semoga dia dilindungi..amin
ReplyDeleteaaminn.. :)
Deletesuara yang merdu di salah guna..suruh depa mengajikan baguih..
ReplyDeletemaaf tetapi saya ingin saudara jelaskan bagaimana saudara boleh katakan suara Muhammad ini disalahgunakan? saya rasa wujud kekeliruan dlm diri saudara. pertamanya ini bukanlah suatu hiburan yg berlebihan, sedangkan dlm Islam itu sememangnya ada hiburan yg dibenarkan, lebih2 lagi alunan zikir2 dan lagu nasyid kerohanian yg boleh mengajak manusia mengingati Allah. jadi dari sudut mana saudara kata suara ini disalahgunakan? jika berkunjung lagi ke sini sila jelaskan.
Deleterasanya tak perlu kita suruh mereka mengaji pun mereka masih akan tetap mengaji, untuk pengetahuan mereka ini pelajar maahad tahfiz. :)
Bro, rasanya Abulkhoyr sampaikan itu bukan kepada Muhammad . Tapi kepada yang suara yang merdu selain muhammad tu .
DeleteSubhanallah...video ni daa tersebar luas di facebook, merdu sungguh!...moga roh arwah dicucuri rahmat Allah..
ReplyDeleteadik ni belum meninggal lgi..yg meninggal mtu abg dia lah...
Deletehaha ye...sy tuju kat abg dia laa...
Deletedoakan juga keselamatan abg Muhammad yg ketiga, beliau baru sahaja menjalani pembedahan kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya, patah kedua belah kaki dan sebelah tangan..
DeleteAllahu..ujian Allah kepada orang yang beriman,makin bertambah keimanannya...
DeleteSubhanallah!!! Macam Maher Zain!
ReplyDeleteInsyaAllah mana tau jadi Maher Zain Malaysia.. :D
DeleteSubhanallah merdu sungguh suara dia..sampaikan salam saya buat beliau ye
ReplyDeleteInsyaAllah saya akan cuba tunaikannya jika bertemu dengan Muhammad dlm masa terdekat.. :)
Deleteumur dy berapa tahun?
ReplyDeletesaya kurang pasti, rasanya 13 tahun.. :)
Deletesuara dia mmg sdap..
ReplyDeletetanda kebesaran Allah.. :)
DeleteAllahuakbar...hebat2 ciptaan Allah
ReplyDelete:)
DeleteMerdu sangat suara dia. Apa tajuk lagu tu eh? Btw, krim salam kt dia eh. Comel :)
ReplyDeleteSaya pun tak pasti, jika tidak silap saya bertajuk "AlQuran". InsyaAllah saya akan cuba sampaikan.. :)
Deleteboleh tahu tak tajuk yg first adik tu nyayikn ?
ReplyDeleteSubhanallah... Merdunya suara Muhammad... Wajah yg indah,suara yg merdu,akhlak yg bagus satu anugaerah Yang Maha Esa yg tiada taranya... Gunakan kelebihan yg ada dengan sebaiknya dlm menyebarkan dakwah melalui nyanyian @apa sahaja...
ReplyDeleteSubhanallah
ReplyDeleteNice sharing. Good blog, follow you :)
suara dia, menenangkan.. :)
ReplyDeleteAs salam.Boleh saya dapatkan no untuk hubungi adik muhammad ini? blh reply di email saya inishah6@gmail.com
ReplyDeleteSubhanallah..
ReplyDeleteComey betul. Besar nanti ni ramai orang nak buat menantu.
ReplyDelete