Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.
InsyaAllah kali ini saya cuma ingin menyampaikan sedikit pesanan tentang boleh saya kata di sini fenomena Fatih Seferagic.
Sumber: Facebook Fatih Seferagic |
Secara jujur, saya cukup kagum dengan beliau. Kagum bagaimana? Cuba kita soal diri kita, di manakah kita jika dibandingkan dengan anak muda yang cukup hebat ini.
Semoga beliau menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di Malaysia ini untuk sentiasa beristiqomah dalam mempelajari AlQuran.
Pun begitu, saya tidak berhasrat untuk bercerita tentang beliau secara terperinci. Saya percaya sudah banyak yang tampil memperincikan latar belakang beliau. Apa yang suka saya kongsikan kali ini ialah impak negatif, yang saya cukup risaukan, yang tampak menular dalam kalangan anak muda terutamanya gadis-gadis.
Rupa-rupanya, perkara ini telahpun disedari juga oleh Ustaz Hasrizal Jamil dan beliau pantas menukilkan sepatah dua kata sebagai pesanan menerusi laman muka buku beliau.
Saya ketika itu baru sahaja berkira-kira, menyusun kata, untuk memperkatakan sesuatu, namun memandangkan Ustaz Hasrizal telah nukilkan, suka saya kongsikannya dan saya kira dengan menelaah teguran Ustaz Hasrizal ini, anda semua dapat meneka apa sebenarnya yang ingin saya kongsikan.
Renung-renungkan:
"Fatih Seferagic adalah seorang anak muda yang hebat. Saya menyedari kewujudannya melalui Facebook kira-kira dua tahun lalu. Khabarnya, beliau akan hadir ke Malaysia. Alhamdulillah.
Namun dalam sehari dua ini sangat banyak posting Facebook yang mengulas beliau sebagai perbandingan Justin Bieber, sama kacak namun Muslim dan hafiz al-Quran. Resah saya melihat perangai masyarakat kita, dalam hafazan al-Qurannya dan pelbagai kebaikan Fatih Seferagic, kita memilih sisi pandangan yang mengundang fitnah, menimbulkan bencana penyakit 'ain dan menyuburkan Talbis Iblis.
Ya Allah, lindungilah anak muda ini, dan jauhkan masyarakat kami daripada fitnah nafsu dan syaitan yang berbelit-belit di era seribu tahun selepas kewafatan Nabi sallallaahu alayhi wa sallam kami, ameen"
Saya kira amanat Ustaz Hasrizal ini jelas, mudah untuk difahami.
Maka sama-sama kita bermuhasabah diri.
Allah berfirman:
Ayuh jangan terjebak dengan perancangan terkutuk syaitan. Kita jadikan segala kebaikan anak muda hebat Fatih Seferagic ini sebagai motivasi kepada diri kita. Dalam masa yang sama, tendang jauh-jauh segenap anasir busuk yang cuba dibisikkan syaitan ke dalam hati kita. InsyaAllah.
Bersama mengejar redha Ilahi.
Pengisian yg sgt baik & informatif.. Saya sgt setuju dgn pendapat berkenaan msykt kita sekarang ini. Semoga saudara sentiasa diberkati Allah. amin.
ReplyDeleteSemoga bermanfaat..jazakallah khairan kasira.. :)
DeleteHensemnya dia. Tp yang paling penting, iman dan apa yang dilakukan terhadap islam tu yang penting :)
ReplyDeleteSelamat Berbelog
benar, lihat sudut pandang yg diredhai Allah. :)
DeleteAlhamdulillah, thanks for sharing..
ReplyDelete:)
welcome..moga bermanfaat..
Deleteilmu yang berguna.. thanks.. :)
ReplyDeletewelcome..moga bermanfaat.. :D
DeleteBenar sekali..
ReplyDeletehttp://ceramahttbc.blogspot.com/2013/03/ustaz-abdullah-khairi-sakaratulmaut-itu.html
moga bermanfaat..jazakallah utk perkongsian itu.. :)
Deletesubhanallah .. :') . terima kasih atas perkongsian . :)
ReplyDeletesama2..moga bermanfaat.. :)
DeleteNice entry ..
ReplyDeleteMoga bermanfaat..:)
Deleteperkongsian yang bermanfaat..syukran.:)
ReplyDeleteafwan.. :)
DeleteBeringat-ingat dan berpesan-pesan pada perkara kebaikan. Syukran.
ReplyDeleteinsyaAllah..afwan.. :)
DeleteDakwah alternatif memerlukan pendekatan adab yang betul...syukran
ReplyDeleteafwan. moga bermanfaat.. :)
DeleteSubhanallah . :) ni kali pertama sy dengar nama dia . Nice sharing :)
ReplyDeletehttp://leeza-awak.blogspot.com/
moga bermanfaat.. :D
Deletenice sharing bro.. :) keep it up.
ReplyDeleteinsyaAllah.. :)
Deletebetul2x..!! fham maksud tersirat tu..
ReplyDeletealhamdulillah..^^
Deleteni baru dengar nama dia ni...asal mana ni?
ReplyDeletehaa, boleh tanya pakcik google, hebat beliau ini! :D
Deletenice!
ReplyDelete:)
Deletebaru tahu.. tq share ;)
ReplyDeletewelcome..moga bermanfaat.. :)
Deletethanks for sharing this. i am the same age as he is and i was quite worried when a lot of my friends go crazy because of his looks. it's like his looks overshadow his talent. ya Allah berat jugak ujian ni. because, admit it who wouldnt fall for that face and those eyes kan. harap-harap lagi banyak post2 yang boleh sedarkan pemuda pemud Islam di luar sana bahawa saudara seferagic ni harus dikagumi sebab usianya yang muda dan cintanya pada agama. bukan sekadar kerana rupa. in shaa Allah.
ReplyDelete