Friday, March 1, 2013

Penjenamaan Semula Blog

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.

InsyaAllah entri kali ini ialah buat memperingati bahawa pada hari ini, tanggal 01/03/2013, blog ini telah ditukar namanya dari BudakBaruBelajar kepada Tinta Syabab.

Header blog sebelum ini

Semenjak pertama kali ditubuhkan dahulu, blog ini telah melalui pelbagai pengubahsuaian. Meskipun begitu, inilah buat julung kalinya blog ini dijenamakan semula.

Sedikit penerangan, 'Tinta' bermaksud dakwat manakala 'Syabab' pula bermaksud generasi muda. Secara dasarnya, penjenamaan semula ini tidaklah bercanggah dengan nama asal blog ini iaitu BudakBaruBelajar, yang juga berkait rapat dengan generasi muda.

Saya juga sengaja tidak memadamkan entri-entri lama di blog ini, entri-entri yang mana jelas menggambarkan ketidakmatangan saya. Saya sengaja biarkannya agar jika ada yang membaca entri-entri berkenaan, biar mereka tahu bahawa saya bermula sebagai seorang blogger yang tiada kesedaran tentang tanggungjawab menegakkan kalimah lailahaillallah. Namun kini alhamdulillah saya mula merangkak perlahan-lahan ke arah yang lebih baik mudah-mudahan. Jadi saya kira mungkin para blogger lain juga boleh mulakannya dengan cara yang tersendiri.

InsyaAllah saya akan cuba beristiqomah dalam usaha saya untuk menjadikan blog ini sebagai suatu medium dakwah dari semasa ke semasa. Saya berharap pelawat-pelawat blog ini akan mendapat sesuatu setelah menelaah entri-entri di sini. Saya juga menghargai sebarang komen atau teguran atas apa-apa kekhilafan yang timbul.

Mudah-mudahan usaha yang kecil ini menjadi tabung-tabungan saya untuk menampung keperluan ukhrawi kelak.

Bersama mengejar redha Ilahi.


12 comments:

  1. InsyaAllah. Moga impian murni itu tercapai.

    ReplyDelete
  2. tahniah dan semoga istiqamah dengan niat asal membina blog ini.Selamat menulis dan mengajak khalayak dekat dan kembali kepadNya!

    ReplyDelete
  3. aisey.. lama tak jenguk kat sini, tetibe dah nak rebranding.. enta memang hebat la syeikh! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..moga2 dipermudahkanNya..hee, enta pun apa kurangnya! :D

      Delete
  4. tudiaa..dh tukaq nama baru...haha
    aku nye bru je buat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh..sja ja..bg kelainan sikit, nama dlu dah mainstream sgt..huhu

      Delete
  5. Good one,Yen~ Teruskan usaha.. suka baca blog mu :)

    ReplyDelete
  6. jauhnya beza ngan nama lama...good luck

    ReplyDelete