Wednesday, December 7, 2011

Dunia Baru

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Terbayang kenang-kenangan suatu ketika dahulu apabila menonton satu drama bersiri berjudul "Dunia Baru" yang menampilkan Elyana dan Pierre Andre sebagai teraju utama,kini giliran aku sendiri melangkah ke alam kolej.Ada yang sama ada yang berbeza,setelah sedikit sebanyak ku bandingbezakan pengalaman ku sendiri melangkah ke alam kolej dan drama itu.Alkisah,sebelum ni aku telah gambarkan bagaimana akhirnya aku menjadi seorang penuntut di Taylor's College Subang Jaya.Mungkin wujud sedikit kekeliruan untuk post yang sebelum ini apabila gambar-gambar itu merupakan gambar Taylor's University College Lakeside dan bukannya Taylor's College Subang Jaya.Untuk makluman,terdapat sekurang-kurangnya tiga cawangan Taylor;pertamanya Taylor's College Subang Jaya,Taylor's University College dan Taylor's College Sri Hartamas.Untuk makluman juga,Taylor's College merupakan antara kolej yang termahal di Malaysia dan baru-baru ini Taylor's College diumumkan oleh Ministry Of Higher Education(MOHE) sebagai satu daripada kolej swasta di Malaysia yang mengekalkan status 6Bintang..to the fact that i'm one of the taylorians,i'm proud of that..(^_^)
*untuk cerita penuh,klik link di bawah..hehe



Ini lah Taylor's College Subang Jaya,gambar diambil dari aras 3




Ini pula dari bawah

Pelajar-pelajar tajaan di Taylor's College Subang Jaya terdiri daripada tiga program persediaan iaitu South Australian Matriculation(SAM),Cambridge A-Levels(CAL) dan Canadian Pre-U(CPU).Sebenarnya penuntut CPU ditempatkan di sebuah bangunan yang agak terpisah dari main campus,dikenali sebagai CPU Building,tapi kira masuk Taylor's College Subang Jaya jugalah.Secara jujur,para pelajar tajaan hanyalah sebilangan kecil sahaja.Sebahagian besar pelajar di Taylor's College Subang Jaya ialah pelajar private dan sebahagian besar dari mereka ialah dari kaum Cina.Dari segenap aspek,tipu jika dikatakan aku tidak mengalami apa-apa kejutan budaya apabila pertama kali melangkah ke kolej ini.Namun begitu hari demi hari aku belajar membiasakan diri.Mungkin di mata orang di sekelilingku aku sudah berubah,ya mereka boleh katakan apa sahaja yang mereka mahukan,terpulanglah samada sengaja ingin mendugaku atau apa jua niat mereka apa yang penting bagiku,aku tahu siapa aku.Dia yang Maha Mengetahui segala apa yang terlintas di hati setiap hambaNya,jadi tidak kiralah apa jua yang orang-orang ingin katakan,asalkan aku tahu apa yang aku lakukan dan aku tahu jua yang Dia tahu,itu sudah mencukupi.Jadi setiap apa sahaja yang merentasi gegendang telinga ku,akan ku tapis sewajarnya,jika membina ya terima kasih tidak terhingga,akan ku baiki apa yang perlu,tapi jika hanya omong yang tiada berpaksi,maaflah tiada ku layan.


Semua pelajar di bawah tajaan yang menuntut di Taylor's College Subang Jaya ditempatkan di Casa Subang Apartment.Apartmen tersebut terletak kira-kira 5km dari kolej.Namun pengangkutan disediakan secara percuma.Pengangkutan yang disediakan ialah bas.Setiap pagi bas akan mengangkut pelajar dari apartment ke kolej dan setiap petang sebaliknya.Kami pelajar-pelajar Taylor's College yang tinggal di Casa Subang Apartment sudah menjadi satu keluarga.Kami terdiri daripada pelajar tajaan dari MOE,Petronas,MARA,Bank Negara,Sime Darby,JPA dan yang paling best,National Scholars.Semuanya sedang membuat persediaan sebelum terbang ke seberang laut.Jadi di Casa Subang Apartment,aku ditempatkan di unit A1901..tingkat 19..agak tinggi juga lah..kan kan kan?haha..

inilah rumahku,A1901




haa,kat belakang tu la Casa Subang Apartment,yang nampak kawasan lapang tu tempat parking mydin tapi takde orang sebab sebenarnya gambar ni diambil pada pagi Hari Raya Aidiladha 2011,tak balik kampung raya tahun ni..ni on the way nak pergi masjid untuk menunaikan solat sunat aidiladha dan yang kat sebelah tu ialah housemate,Luqman Hakim,pelajar tajaan petronas yang sedang mengambil program American Degree Program(ADP),tak lama lagi akan terbang ke USA untuk menyambung pengajian dalam bidang engineering,insyaAllah..


Satu fakta yang agak menarik mengenai Casa Subang Apartment ialah,terdapat ramai warga asing yang turut tinggal di apartment itu.Paling ramai ialah warga Africa atau lebih dikenali sebagai negro atau nama manja,neggie,haha..Aku sendiri kurang pasti mengapa perkara itu boleh berlaku tapi yang pasti kehadiran mereka ke negara ini nampaknya secara sah dan kebanyakan dari mereka kelihatan tergolong dalam golongan yang professional.Barangkali mereka datang ke Malaysia atas urusan kerja.Paling menarik apabila turun ke surau di aras 1 di Casa Subang Apartment,setiap malam pasti akan ada jemaah dari kalangan mereka.Ini sudah menjadi satu senario yang amat lazim di Casa.Bahkan sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah dari mereka untuk maju ke hadapan dan mengimamkan solat kami.Namun tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka yang berperangai kurang sopan.Jadi kesedaran untuk menjaga diri amat ditagih,bukan sahaja di Casa sebenarnya tetapi walau di mana jua kita berada.Sesungguhnya malang itu tidak berbau.

Sebenarnya masih terlalu banyak perkara yang ingin ku coretkan di sini,tapi untuk kali ini mungkin sekadar itu sahaja.Berdasarkan pengalaman sendiri,aku tidak suka membaca apa-apa entri yang terlalu panjang terutamanya jika ianya belum pasti mendatangkan manfaat.Adakalanya tanpa berfikir panjang aku terus mengabaikan artikel-artikel yang kelihatan panjang.Jadi aku tidak mahu suatu hari nanti aku sendiri pun tidak berminat untuk membaca post kali ini.Apa pun,terima kasih jika ada yang telah membaca sehingga ke titik ini,terima kasih juga jika-jika ada yang hanya membaca baris ini.Terima kasih kerana menyoroti coretanku yang masih mentah tentang dunia blog ini..Salam sejahtera ke atas kamu..(^_^)

Saturday, June 18, 2011

.::PERSEDIAAN::.

Tanggal 16/6/2011,akhirnya penantian ku sedikit terjawab..lebih kurang jam 11pagi..handphone ku berdering...kelihatan nombor yg tidak dikenali tarpapar di skrin...ku jawab..seorang lelaki..beliau bertanyakan namaku,utk pengesahan barangkali..kemudian bertanya lagi,"awak ade mohon program penghantaran pelajar cemerlang(PPC) kan?".."ye",ringkas jawapanku namun cukup menjawab soalan beliau..beliau kemudian memperkenalkan diri,En.Hafiz namanya..dari Kementerian Pelajaran Malaysia...kemudian beliau bertanya lagi,"awak nak terima atau tak tawaran kami?"lalu ku mnjawab tnpa berfikir panjang,"ya"...sememangnya wajar ku tidak berfikir panjang kerana sudah sekian lama ku memikirkan,menunggu surat tawaran yg belum pun kunjung tiba..manakan tidak..alkisahnya..tanggal 19/5/2011,keputusan temuduga program KPLSPM diumumkan..alhamdulillah,aku berjaya..program yg ku mohon ialah program PPC,masih lagi seperti maktab,masih akan bergelar guru suatu hari nanti,namun KPM akan hntar ke seberang laut..jadi berbeza dgn teman2 lain yg kebanyakannya memohon program dlm negara,mereka sudah boleh memuat turun segala dokumen hari itu juga..aku pula diberitahu akan dihantar ke rumah segala dokumen dan surat tawaran rasmi,dlm masa 2minggu dari tarikh keluarnya keputusan temuduga itu...jadi terus menunggu...2minggu berlalu tanpa sebarang berita..aku mula risau..3minggu berlalu masih sama keadaannya...dan akhirnya,lbih kurang hampir sebulan,iatu pada 16/6/2011 aku menerima panggilan itu...amat melegakan...bagaikan batu besar yg terbeban dibahu segara hancur mnjadi debu halus yg mewangi pula..menyenangkan..perasaan umpama digantung tak bertali pudar dan terus pudar...cuma sedikit berbeza..segala dokumen dan surat tawaran tidak akan dihantar ke rumah tapi akan dihantar menerusi emel...tarikh pendaftaran yg sebelum ini dikatakan "ambilan september" bertukar ke 16/7/2011..negara yg ditawarkan pula bukan UK tapi Australia..dan tempat persediaan selama setahun setengah di Malaysia ialah Taylor's University College,Subang Jaya..sebuah kolej swasta..jujur,aku tidak pernah mendengar nama institusi tersebut sebelum ini..lantas terdetik dihati utk cuba mngenali Taylor's University College..dunia hujung jari..begitu mudah utk ku dapatkan maklumat primer mngenai institusi tersebut..tidak byk yg ku ingin ceritakan,hnya gambar si penglipur lara sejati..haha..so,layaaannnn...Taylor's University College,gonna be my first transit for my tertiary education journey..(^_^)






pandangan atas..overview ek org panggil?hihi



yeaayy!!ade kolam..haha..kolam ke?




must be the bedroom..kinda nice..(*_*)





built in punya almari....





ruang makan...







dan akhirnya kebosanan berada di rumah akan mnjadi rindu-rinduan suatu hari nanti....hakikat sebuah kehidupan...huhuhu...pasti berat langkahku utk pergi meninggalkan rumah ku...and my super simple bedroom,dat is always the best...ape bole buat...perjuangan perlu diteruskan..moga Dia permudahkan segalanya..aminnn...(^_^)

Saturday, June 11, 2011

Kepada Yang Akan Mengikuti program KPLSPM,post ini mungkin dapat membantu anda(^_^)




Q: Dimana nak dapatkan borang BOR -PPK-07-07 ?
A: Semasa pendaftaran. But dapat info hanya yang dah berkahwin sahaja yang perlu isi XD



Q: Dimana nak dapatkan borang penjamin dan saksi ?
A: Semasa pendaftaran nanti.Nanti akan diberi 5 keping ^^



Q: Apakah borang BOR-PPK-PT-02,BOR-PPK-PT-03,BOR-PPK-PT-04,BOR-PPK-PT-05,BOR-PPK-PT-06,BOR-PPK-PT-07 ?
A:...02 --> Borang pendaftaran pelajar
..03 --> Surat memberi kuasa lawatan/pendidikan luar
..04 --> Surat memberi kuasa menjalankan pembedahan
..05 --> Surat pengakuan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah
..06 --> Borang maklumat kahwin
..07 -->
*Ada di dalam kit pendaftaran*



Q: Untuk urusan kemasukan duit,perlu pakai bank apa ?
A: Perlu call IPG masing-masing . Ada yang pakai BSN,ada yang Bank Islam. *Buat mereka yang dah tahu IPG mana pakai bank mana list dibawah,thanks*

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR - BSN [tnye snior kat group iprm . :) ]
IPG KAMPUS ISLAM, BANGI - BSN (Info dri senior di ipgk islam bangi..p/s buat akaun siap2 sebelum dtng,,bgi memudhkn urusn kita di sana..) ^_^
IPG KAMPUS DARUL AMAN (IPDA) - BSN (tpon ipda)
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ILMU KHAS,BTR-BSN
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN-BSN



Q: Berapa orang di dalam satu bilik ?
A: Bergantung kepada IPG . Ada yang tinggal di dorm. *Buat mereka yang dah tahu IPG mereka berapa orang satu bilik nyatakan dibawah,thanks*

IPG KAMPUS ISLAM, BANGI - bgi muslimat tinggl di blik..2 orng stu blik..ade juga dsediakn dorm..1 dorm 10 orng,,d hostel muslimat hnya ade 2 dorm shj...bgitu juga dgn muslimin... (info: senior ipgk islam bangi)
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ILMU KHAS,BTR-dua orang satu bilik,senior kate biliknya agak besar ^^
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR - 2 orang 1 bilik, senior kate, sape dpt bilik atas bilik TV,memang besar lahh biliknye :)



Q: Sapa yang boleh menjadi penjamin ?
A: Ibubapa.



Q: 'Dokumen/sijil-sijil yang berkaitan' bermaksudkan apa ?
A: Sijil2 koko from form4-5. Jikalau terlalu banyak (yolah 5 copies ).Pilih yang penting.Bermaksudkan sijil2 pencapaian not penyertaan atau penyertaan aktiviti2 di peringkat yang tinggi seperti kebangsaan .



Q: Di dalam borang 'SURAT AKUAN' , siapakah yang dimaksudkan sebagai 'saksi ; Nama pensyarah/Mentor' ?
A:



Q: Borang yang meminta 2 salinan ,adakah ia diisi dulu kemudian fotostat atau fotostat dulu and then kedua-dua diisi ?
A: Fotostat dulu kemudian dua-dua isi



Q: Pakaian yang perlu dikenakan ketika mendaftar ?
A: Rujuk Checklist:D



Q: macam mane dgn subjek minor?? pilihan sendiri or ditetapkan kampus???
A:



Q:Apa itu borang KP(IPG)8585/100/20/1/1 Jld 3(36) ?
A: Borang yang berada di belakang panduan tawaran. Yang berkenaan dengan pemeriksaan kesihatan



Q: Elaun berape ? XD
A:



Q: Agak-agak berapa banyak wang yang perlu dibawa pada 2/3 bulan pertama ?
A: Depends. Nak banyak makan luar or not. Nak bawa bekalan makanan sendiri or not. I think 200-400 would do. Janganlah boros T.T



Q: Pegawai Kerajaan kumpulan A ? Siapakah ? contoh please ? XD
A:pengetua



Q:KAlau TESL SK kan, kena beli BUKU apa???Ke dah provided kat kampus?
A: Setahu saya kena beli setelah belajar di sana. Nanti pensyarah akan nyatakan buku2 yang perlu XD



Q:KALAu kursus TESL, Kena study jugak ke MATHS, Sejarah sket2?? Subjek dia camner tu?
A: stkat yg tau dri senior.... math yg pling ssah utk plajar tesl kne blajr nnti just pecahan...selain ituh.-->

Language Description (blaja tentang noun, pronoun, phrase n sbgainyer),

Language Development (nie mcm kiter blaja kt skola...ader essay, objective question n jwb soalan biler da bace sebuah text...ader gak blaja phonetic transcription..cara sebut perkataan dgn btol)

English Studies (blaja mcm Literature)

Basic Mathematics (blaja basic je...x susah)

Learning Support (nie...hard to describe...sy pun xtwu blaja aper...ader learning styles, 9 habits)

Thinking Skills (kemahiran berfikir..biaser la...guru msti blaja..)

Emotional Intelligence (tentang emosi dan bberaper learning styles)

Social Studies (blaja tenang kaum, agame, perayaan, isu semasa mcm envirnment problem, child abuse)

Study Skills (time managements, aim, goal, objective)

info dari saudari : Fatnin Izni :DD




Q:Pakaian mase mendaftar tu kan dia kate bju kurung putih+kain hitam+ tudung putih, adakah pakaian yg sama turut dikenakan spnjg MPPB?
A: ye...perlu pakai spnjg orient week



Q: Dlm borg am 402, ada ditanyakan kepada kita, adakah anda pernah diperiksa dengan lembaga perubatan, ( x pasti ayt mcm mne, tp, lbh kurg mcm 2 la), mksdnye mcm mne 2? kalo kite wat mdical check up 2, kiranya pernah diperiksa dgn lmbaga perubatan la? ke mcm mne?
A:



Q: Boleh bawa kenderaan sendiri tak? if bole, sem bape baru bole bawa? atau mmg dibolehkan?
A:kenderaan boleh dibawa slpas sem 1



Q: Barang elektrik nak kena baya tak? cth mcm UiTM kena baya rm10 utok satu sem, IPG cane?
A: Setahu saya barangan electric tidak boleh dibawa,kecuali yang perlu.Jikalau nak bawak,jangan bawa pada minggu orientasi.Tanya mereka yang tahu kat sane nanti.Jikalau bayaran ada dikenakan,saya pasti tak mahal XD .hehe



Q : ape aktiviti2 spnjg MPPB ye?
A:sukan tahunan antara IPGM



Q;sepanjang smgu MPPB mmg kn pki bju kurng (sswi) black n white 2 ke?
A: yup :D I thinkso.Maaf jikalau salah ^^



Q:Jumlah kesemua borang (campur yang meminta dua salinan)
A:28



Q:Borang yang diminta tetapi tidak disertakan sekali ?
A: Borang BOR -PPK-07-07,penjamin dan saksi serta borang perjanjian guru XD



Q:Gambar berukuran passport yang diminta,campur sekali dengan yang ditampal ke apa ?
A: Tidak pasti.Semua senior syorkan bawa gambar lebih :DD



Q: Borang medical checkup harus disahkan oleh doktor ke pegawai ?
A: pegawai ^^



Q: Saya tak diberi buku akaun.just kad.Bagaimana ?
A: Dekat kad ada no.akaun kan ? haa photostat bahagian tuh.Nanti maklumkan yang tak diberi buku.Sebolehnyer dapatkan buku untuk elakkan komplikasi ^^



Q : (sori, soalan x frequent pun sbnrnye, sje tnye) why do you want 2 be a teacher?
A : Soffea Rahim : Sebab suka cakap kuat2,lagi2 depan orang.sewai kodd jadi cikgu XD



Q : Kita kena lulus persediaan, baru ditawarkan untuk mengikuti program ijazah kan? SEKIRANYA kita GAGAL, diulangi . SEKIRANYAAAAAA kita gagal, diulang lagi sekali, SEKIRANYAAAAAAAAA gagal, adakah kita akan dibuang atau akan dberi peluang untuk repeat persediaan itu? -.-
A : em2.Saya ada tanya abang2..mereka kata takde yang gagal.kalau yang ada gagal,salu mereka yang kerap ponteng..My dad kata,saylah gagal yang bukan sebab ponteng,salu pensyarah akan beri extra assigment yang kena disiapkan. hehe XD



Q : boleh pakai shawl x.??
A: em2,kalau IPG perempuan kat melaka tuh setahu saya tak boleh..but IPG lain boleh ase..but tudung kena melepasi bahu lah .huhu mula2 masuk skema dulu,takut buat silap. XD hehe