Wednesday, May 25, 2011

The Next Step

Keheningan petang yangg setia,namun aku tetap kebosanan. Ke hulu ke hilir di dalam rumah ku sendiri. Di mana hulu di mana hilirnya aku sendiri pon tidak pasti. Terkadang menggaru kepala yg tidak gatal, yang pasti kebosanan menguasai diri. Hakikatnya tika aku menurunkan coretan ini, hati aku dilanda kegusaran. Satu perasaan yang aku sendiri sangat benci untukku lalui, namun mahu tidak mahu aku harus matang untuk terima, lembah dan lurah hidup ini sememangnya sentiasa menanti dihaluanku. Ya, pada zaman sekolah dahulu seringku berdoa untuk cuti, tapi kini bila dah tidak bersekolah, kebosanan pula melekat di hati ini. Tambahan pula, aku yg sepatutnya terlebih awal utk menghadiri dunia pengajian tinggi berbanding teman-teman seperjuanganku, kini aku mnjadi yg terlewat pula..alkisahnya tentang dunia pengajian tinggi..tiada setinggi mana pun namun yg pasti lbih tinggi dari zaman persekolahan..setelah mengharungi temuduga demi temuduga,tiba lah saatnya utk mnunggu keputusannya..antara temuduga pertamaku ialah temuduga di UiTM Kuantan utk program Asasi TESL..belum pun keputusan temuduga itu ku dapati,telah terlebih dahulu aku mengesahkan bahawa permohonanku utk Matrik telah berjaya..Kolej Matrikulasi Melaka..program sains,1tahun..alhamdulillah..walaupun matrik bukan pilihan utama,namun andai kata tiada ku terima tawaran dari institusi lain,maka matrik lah tempatku..kemudian aku menerima lagi perkhabaran menyenangkan,aku dipanggil utk temuduga KPLSPM,program PPC,pendidikan khas,andaikata berjaya,ke seberang lautlah diri ini..sekali lagi aku lalui sesi temuduga,kali ini lebih berkeyakinan..tidak lama kemudian,keputusan temuduga ku utk Asasi TESL di UiTM dpt disemak di internet,dan alhamdulillah,aku berjaya..temuduga pertamaku berjaya..aku tersangat gembira..suatu perasaan yg tidak dapat aku gambarkan..aku ditawarkan utk melanjutkan pelajaran,bidang kegemaranku pula..surat tawarannya ku renung berkali-kali..suatu lambang kemenangan bg ku..


Namun aku masih harus menunggu keputusan temuduga KPLSPM..mgkin kerana org tua ku terlalu menginginkan aku mengikuti program itu..namun di hati kecil ini terdetik kekesalan kerana aku mgkin tidak dapat menceburkan diri ke dlm bidang kegemaranku,TESL...seorang temanku pernah berkata,"minat itu boleh dipupuk",berbekalkan kata2 itulah,aku membina keyakinan utk mengikuti program itu..itupun kalu berjaya temuduga ku..dan alhamdulillah,segala puji bg Allah,aku di sahkan berjaya utk program itu..bonda ku menyambut berita kejayaanku dengan linangan air mata kegembiraan...maka aku yg sepatotnya melapor diri di UiTM pd 21 Mei 2011 utk Asasi TESL kini akan terus berkampung di rumahku utk beberapa bulan lagi lantaran program KPLSPM itu adalah ambilan september.....



itulah yg aku mksudkan,aku yg sepatotnya terlebih awal menjejakkan kaki ke dunia pengajian tinggi berbanding teman2ku,kini mnjadi yg terlewat pula.......maka hasil kebosanan yg menguasai diri,aku mula berfikir utk mencari pekerjaan sementara..telah ku suarakan hasratku itu kpd org tua ku..dan telah mereka setuju..dan pula telah mereka cuba utk merisik-risik jika2 ada peluang pekerjaan sesuai utkku...selain tawaran matrik,UiTM dan KPLSPM,aku juga mendapat tawaran daripada Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional(KATPM) dan International Islamic College(IIC)..





dan tawaran yg mungkin terakhir utkku terima ialah dari Yayasan Terengganu..pada hari aku mencoretkan coretan ini,aku telah di hubungi oleh pihak Yayasan Terengganu utk hadir ke Wisma Darul Iman utk melalui ujian bertulis..salah satu prosedur bg ku dlm permohonanku utk melanjutkkan pelajaran ke Jordan dlm jurusan Pengajian Islam..namun di saat aku menaip ini,keputusannya masih utk tidak hadir ke ujian itu..pertamanya kerana aku sudah mndapat tawaran dari KPLSPM yg mnjadi keutamaan ku kini...keduanya,walaupon tiada tentangan jelas dari org tua ku,namun kedengaran nada tidak bersetuju utkku hadir ke ujian itu..rasionalnya juga,aku tidak perlu hadir ke ujian itu lantaran dpt aku katakan,"aku sudah dapat apa yg aku mahu"...namun di suatu sudut tawaran dari Yayasan Terengganu itu dapat ku jadi kan penanda aras tahap pencapaian ku..alhamdulillah..walaupun keputusan SPM ku tidak begitu memberasangkan,namun berbekalkan pelbagai sijil KoKurikulum ku barangkali,aku menerima tawaran dari pelbagai institusi..alhamdulillah..secara keseluruhannya tawaran-tawaran yg ku terima ialah:
Matrik:Kolej Matrikulasi Melaka(Program Sains)
UiTM:UiTM Kuantan(Asasi TESL)
KPLSPM:Program Penghantaran Pelajar Cemerlang(Pendidikan Khas Sekolah Menengah)
KATPM:Diploma Farmasi
IIC:Pengajian Islam
Yayasan Terengganu:Ke Jordan(Pengajian Islam)


Dan keputusannya,aku memilih utk mengikuti program KPLSPM..insyaAllah lbih terjamin..setahun setengah berada di Malaysia kemudian berangkatlah aku ke negara org,itupun jika aku berjaya semasa membuat persediaan di Malaysia..maka sesiapa pun yg membaca post ini,doakanlah kejayaanku..semoga anda juga berjaya dlm apa jua yg anda lakukan...(^_^)

3 comments:

  1. tahniah.. kamu da buat kputusan terbaek..byk kelebihan yg kamu akn dpt..dan peluangnye sgt cerah.. sy salah seorg pelajar ipg..mg x minat tp da lme2 minat dtg sendri.. rase bersykur sbb pilih ipg dlu.. kamu bertuah dpt program cm tu..jgn risau tg minat..minat boleh dipupuk..good luck yerk =)

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH..dgn izinNYA..apepun ak sentiasa doakan sahabat2ku..semoga berjaya dunia akhirat..

    ReplyDelete