Friday, February 10, 2012

Sambutan Hari Lahir?




Sambutan hari lahir merupakan suatu sambutan yang amat lazim di negara kita pada hari ini.Bahkan seiring dengan masa yang kian memacu meninggalkan kita dibelakang,sambutan-sambutan hari lahir dalam kalangan masyarakat Melayu makin menjadi-jadi.Sememangnya tidak salah jika masyarakat Melayu menyambut sambutan hari lahir dengan apa cara sekalipun yang diingini kerana hakikatnya Melayu memang sarat dengan pelbagai kebudayaan.Namun jika kita seorang Islam,tidak kiralah samada kita Melayu,Cina,India atau apa bangsa sekalipun,kita perlulah sensitif terhadap garis panduan-garis panduan yang telah ditetapkan Islam.Terutamanya apabila kita berhadapan dengan masalah-masalah Islam kontemporari seumpama ini,kita perlu berusaha lebih keras dalam mencari kebenaran agar kita tidak terus terhanyut dengan kemaksiatan dalam dunia yang penuh onak dan duri pada hari ini lebih-lebih lagi kepada kita umat Islam.

Adapun dalam Islam,hukum sambutan hari lahir ini hanya mulai dibincangkan oleh sebahagian ulama'-ulama' mutaakhirin kerana sambutan ini sememangnya tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dahulu.Prof. Dr. Ahmad Syurbasyi dalam kitabnya "Yas-aluunaka fiddin" menyatakan maulid atau sambutan hari lahir dibawa masuk oleh kerajaan Fatimiyah di Mesir pada abad ke 4Hijrah dan kemudian di Iraq(mosul) oleh Syaikh Umar bin Muhammad bin Malla.Buku maulid yang pertama dikarang oleh Hafiz bin Dahiya dengan maudu' "At-Tanweer fi Mawlidil Basyirin Nadzir".Maulid atau hari lahir ini kemudian disambut oleh sultan dan pemerintah dan akhirnya umat Islam semakin menjadi-jadi sambutan hari lahir mereka.Beliau juga dalam buku berkenaan menghukumkan sambutan hari lahir sebagai bid'ah yang harus,bid'ah kerana tidak disambut semasa zaman Rasulullah dan harus kerana tiada nas atau hadith yang melarang sambutan berkenaan.
Di suatu sudut pandang yang lain,Prof. Dr. al-Imam Abdallah Yusof AlQardhawi yang masih hidup dan menyaksikan sendiri karenah sambutan hari lahir ini menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tiada signifikannya.Beliau berpendapat sedemikian kerana peningkatan umur bukanlah suatu yang ganjil dan luar biasa apatah lagi untuk dianggap sebagai suatu pencapaian.Peningkatan umur bukanlah suatu yang pelik atau perlu dibanggakan kerana ia terlalu rutin dan proses tabi'iy saban tahun sahaja dan proses tersebut dilalui oleh berbilion-bilion umat manusia saban tahun.Ghalibnya kita akan meraikan kejayaan-kejayaan yang jarang dicapai dan bukannya suatu yang dicapai oleh semua orang.
Maka dengan itu,perlulah kita sedari bahawa sambutan hari lahir amat hampir kepada suatu sambutan yang tidak membawa manfaat kepada kita.Lebih teruk apabila sambutan hari lahir dalam kalangan masyarakat Islam pada hari ini sudah jauh melangkaui batas-batas Islam.Contohnya upacara meniup lilin,sedar atau tidak ianya merupakan amalan penganut agama Kristian.Walaupun sebilangan besar antara kita sudah mengetahui perkara berkenaan lantaran pendedahan demi pendedahan yang telah dilakukan,namun mengapa kita masih mengamalkannya?Disambut juga dengan nyanyian-nyanyian yang entah apa-apa yang sebenarnya dicedok dari budaya barat.Lebih parah apabila ada yang menjadikan minuman keras sebagai satu menu utama lantas membawa kepada pelbagai kemaksiatan lain.Jadi di manakah sensitiviti kita sebagai umat Islam?Adakah kita tidak mengetahui?Maka teruskanlah menimba ilmu dengan lebih gigih.Adakah pula kita mengetahui tetapi buat-buat tidak tahu?Janganlah kita tergolong dalam satu golongan yang tercatat dalam alQuran sebagaiman firman Allah SWT:
"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi nereka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka itu umpama binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai."(Al-A'raf:179)
Walaubagaimanapun,Islam tidak melarang terus umatnya dari menyambut hari ulangtahun kelahiran kerana ia sudah dianggap sebagai adat di sesetengah tempat.Namun biarlah adat yang kita raikan itu tidak bertentangan dengan syarak.Islam itu indah.Jika benar ingin menyambut hari ulangtahun,sambutlah dengan cara yang berhikmah seperti mengadakan doa selamat,bersolat hajat dan seumpamanya.Jika ingin berkumpul berkumpullah ditempat yang sesuai dan patuhi batas-batas pergaulan yang ditetapkan.Usahlah kita mencedok budaya asing yang entah apa-apa kerana sungguh tanpa kita sedari ia boleh menjadikan kita sebahagian dari mereka."Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (HR. Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)
Bersyukurlah kita dipanjangkan umur oleh Allah SWT.Bersyukurlah kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas di atas muka bumi ini.Bersyukurlah kita masih diberi kesempatan untuk memohon keampunan dosa-dosa lampau.Setiap detik dan ketika bertambahnya umur kita,maka semakin dekatlah giliran kita untuk menghadap Allah.Adakah kita bersedia?Ayuh bersama mengejar redha Ilahi.InsyaAllah.(^_^).

5 comments:

  1. Dr Ustaz Don... even Nabi Muhammad meraikan hari lahir baginda...


    Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

    ReplyDelete
  2. nampak,kita dianjurkan utk berpuasa utk menyambut hari-hari penting sebegitu..tapi berapa ramai antara kita yang menyambut hari lahir dengan berpuasa?bukan xde,tapi bilangannya sedikit..

    ReplyDelete
  3. mungkin boleh disambut tapi dengan cara yang sebaik-baik cara, bukan dengan party2 yang menjadi trend sekarang.. hhmm.. renung-renungkan.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalam. Saya langsung tidak sambut hari lahir pada usia saya 2-an, sudah 10 tahun lebih saya tidak raikannya kerana saya tidak nampak faedahnya dan kelebihannya. Saya cuma tahu, saya sudah tua dan perlu beri perhatian lagi kepada agama saya kerana umur sudah meningkat. Sukakah kita menjadi tua? Saya tidak mala terus terang alangkah seronoknya ketika saya umur 6 tahun dahulu. Malah, saya tidak suka seronok sana dan sini ketika menyambut hari lahir. Saya juga tidak mengucapkan hari lahir pada rakan2 saya. Alhamdulillah, saya masih hidup. Bila dah tiba umur tu, seharusnya kita SEDAR dan MUNAJAT diri. Lihat diri sendiri, bukan melupakan diri dengan majlis sambutan hari lahir. Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Typo, saya tidak sambut hari lahir pada usia 20-an. Wallahualam.

    ReplyDelete