Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam satu Malaysia..!!
Saya percaya itu lah antara baris-baris yang akan didengari sepanjang anda berada
di mana-mana kem Biro Tatanegara dan kem-kem seumpamanya.. :D
Jadi khas untuk entri kali ini,saya sedikit sebanyak ingin
mencoretkan satu bab baharu dalam hidup ini yakni perihal BTN!
Pada dasarnya saya tidak begitu tertarik untuk menyelam
dalam-dalam,cuma ingin bersnorkeling di permukaan sahaja.Maksud saya,apa yang
bakal tercoret ini insyaAllah tidak begitu mendalam sudut penilaian peribadi
saya tentang apa yang telah berlaku.Cuma ingin sedikit sebanyak menyentuh
kenangan itu agar menjadi bahan penghapus bosan di masa mendatang dan mungkin
dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada anda yang mungkin bakal menyertai
BTN!
Alkisah beberapa bulan yang lalu maka kami geng pelajar
tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terdiri daripada pelajar yang
mengambil program persediaan SAM dan ALEVELS di Taylor's College Subang Jaya
dan selebihnya di INTEC dan di KYUEM,kesemuanya ALEVELS.Begitulah keluarga
kami,barangkali batch bongsu Program Penghantaran Pelajar Cemerlang yang
ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke
luar negara dalam bidang yang telah ditetapkan seperti
Biology,Matematik,Fizik,Kimia,Bahasa Cina dan Pendidikan Khas.
Jadi tatkala khabar angin mengenai BTN itu tersebar,ia terus
menghantui kami.Menghantui kerana tidak begitu jelas apa yang bakal dan perlu
berlaku.Tiada hitam putih.Alam maya yang meletakkan dunia dihujung jari juga
tidak dipraktikkan.Kami tertanya-tanya.Namun alhamdulillah berkat inisiatif
kami sendiri,atau lebih tepat ada beberapa dalam kalangan kami,akhirnya segala
kekusutan yang ada terlerai perlahan-lahan.Namun begitu pada ketika kami menaiki
bas untuk bergerak ke Kem Ulu Sepri, Rembau pada pagi 18 Jun 2012 itu,masih ada lagi perihal yang
samar-samar terutamanya hal yang melibatkan pemakaian!
Jika perkara ini juga berlaku kepada kalian,pesanan saya
berlandaskan pengalaman yang masih segar bugar,pemakaian ketika mengikuti program BTN sekarang tidak
se'strict' dahulu.Secara keseluruhannya peraturan BTN sekarang in sudah banyak
toleransinya.Contohnya,jika dahulu wajib memakai baju kemeja putih berseluar
slack hitam bagi lelaki dan berbaju kurung putih berkain hitam bagi
perempuan,kini hampir tidak lagi.Bahkan anda bebas memakai pakaian asalkan
bersopan.Bagi lelaki cukuplah bertshirt berkolar dan berseluar slack dan bagi
wanita cukuplah mengenakan baju kurung.Pada masa riadah pula,tshirt berlengan
panjang bagi perempuan dan tshirt berkolar bagi lelaki(roundneck juga
dibenarkan untuk beriadah).Itu sedikit sebanyak perihal pakaian.
Walaubagaimanapun masih ada sedikit kekangannya,anda tidak
boleh memakai jeans,mestilah sentiasa berkasut dan pastikan pakaian tidak
berbau sehingga mengganggu ketenteraman awam!Haha..Itu sahajalah perkara yang
perlu anda patuhi untuk pakaian.
Kami juga diberitakan bahawa dahulunya setiba sahaja para
peserta di kem,kesemua telefon bimbit akan dikutip dan hanya akan diberikan
semula pada hujung latihan,namun kini tidak lagi.
Cuma ketika berada di Kem Ulu Sepri,pengguna Maxis mengalami
sedikit tekanan jiwa lantaran tiada coverage!Haha..
Tentunya anda perlu menjaga tatatertib semasa berada di
kem.Kem tetap kem,jadi jaga perilaku anda.Jika tidak mampu banyak,sedikit demi sedikit
disiplinkan diri anda.
Bagi yang telah menyertai PLKN,anda akan merasakan sedikit
relaks pabila mengikuti BTN,kerana berdasarkan pengalaman saya,pada awalnya
saya menjangkakan tekanan dek kekangan peraturan semasa mengikuti PLKN bakal
sekali lagi dilalui semasa BTN,namun pada hakikatnya BTN tidak se'strict'
PLKN..Aktiviti fizikalnya juga amat terhad,dan jika anda memilih untuk tidak
mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti apa yang perlu dilakukan cuma
maklumkan kepada jurulatih.Tiada paksaan dengan syarat anda punyai alasan
kukuh.Contohnya pening kepala atau tidak larat.
Tatkala ditanya,ketua jurulatih membalas "kamu semua
ini adalah aset negara yang amat bernilai,bahkan jauh lebih bernilai dari kami
sendiri para jurulatih dan fasilitator,jadi tiada gunanya kami memaksa kamu
melakukan aktiviti berat sehingga berlaku kecederaan.".Dipendekkan
cerita,bagi yang sering semput tu usah risau,anda dalam keadaan selamat.:))
Mungkin anda akan merasakan kebosanan melampau ketika
mengikuti BTN ini,namun tekadkan dalam hati untuk tambahkan ilmu.Tambah
pengetahun,insyaAllah ilmu itu ada gunanya suatu hari nanti.Anda akan dapat
kawan baru yang kesemuanya hebat-hebat.Contohnya ketika kumpulan saya,ada yang
bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,engineering,pendidikan dan
sebagainya.Ada kawan-kawan saya yang akan fly ke UK,Republic
Czech,Poland,Perancis dan Australia.Yang menariknya,ketika kami mengikuti BTN
ini,EURO 2012 sedang berlangsung di Poland dan Ukraine.Perasaan teruja itu
terbit tatkala mendengar ada kawan-kawan yang akan melanjutkan pelajaran ke
negara-negara Eropah yang merupakan kuasa bola sepak dunia.Tahniah!
Selain itu,anda perlu ingat,di sana anda akan makan percuma
6kali sehari.Bahagian yang agak menyeronokkan terutamanya jika anda seorang
pelajar yang mula berdikari dari aspek kewangan.:D
Sebagai kenang-kenangan di sini sedikit gambar-gambar yang
diambil semasa menyertai BTN.(saya percaya gambar-gambar ini tidak akan
membantu anda utk mendapatkan maklumat tambahan..haha)
Nametag yang perlu dipakai sepanjang kem! |
Inilah yang perlu anda hadapi ketika berkampung di dalam hutan! |
Ini juga!! *dijumpai berkeliaran di sekitar dorm |
Sungguh mengujakan pabila mendapat kawan baru!:) |
Jadi usah risau usah khuatir,anda selamat!Tiada isu besar yang akan timbul mengenai keadaan fizikal anda sepanjang mengikuti latihan ini.
Cuma sedikit pesanan saya,APA-APA JUA PERKARA
YANG DIMOMOKKAN KEPADA ANDA,JANGAN MENERIMANYA BULAT-BULAT,KEBENARAN ITU SUKAR DIDAPATI
DARI MULUT MANUSIA,ANDA PERLU MENCARINYA,DAN BAGI YANG BERAGAMA ISLAM,APA JUA
ANDA LAKUKAN,KEMBALILAH KEPADA ISLAM..
insyaAllah negara Malaysia akan menjadi negara maju
berpendapatan tinggi dengan pelbagai kaum hidup bersama dalam keadaan harmoni.Kita
sudah hampir mencapainya.Ayuh sama-sama persiapkan diri!(^_^)