Wednesday, May 25, 2011

the jagung bakar..

Adapun pada suatu petang,setelah bertemankan kegelisahan dan kesedihan benak fikiran ku ligat berfikir,apa kah yg perlu aku lakukan utk melupakan sekurang-kurangnya seketika kelukaan itu..pandanganku terpaku kpd beberapa jantung jagung yg di bawa pulang ibu ku..ya,mgkin ini berhasil..jika tidak menghasilkan sesuatu pun setidaknya aku boleh menghilangkan kebosanan ku berada di rumah keseorangan..ya,benar-benar keseorangan kini..keseorangan..lalu ku ajukan pertanyaan,utk apakah jagung2 itu,jwb ibuku bernada tiada kepastian..bererti jika aku minta beberapa jagung itu utk program ku,maka barangkali diluluskan..seperti dijangka,programku dapat diteruskan..ya,yg paling mudah dan menyelerakan..tambahan pula adikku yg seorang itu memang gemarkan jagung bakar..memang mudah..hanya perlu ku 'uruskan' jagung itu sehingga berada dlm keadaan yg sepatutnya...

kemudian sedikit kreativiti diperlukan..ya,aku memang kreatif,kata ibuku..terutamanya bila ku melangkah ke dapur..berbeza dgn adikku yg sering melangkah ke dapur,hanya menurut perintah ibuku..tapi aku,lazimnya ada saja perkara baru yg aku lakukan di dapur..ringkas,tapi kreatif..contohnya adikku hanya makan telur dadar yg biasa di goreng ibuku,tp jika aku,akan ku 'edit' terlebih dahulu telur itu semasa dikepuk..contoh lain,ibuku hanya mnggoreng ayam bergaul kunyit,tp aku akan gaulkan sekali dgn serbuk lada,rempah ratus,serbuk kari,serbuk lada hitam,oregano dan sebagainya..sekadar utk mncari kepuasan diri..dan lazimnya hasil editanku menerima lontaran pujian dari ibuku..dan ibuku sentiasa yg terbaik..kreatif yg aku maksudkan di sini hanya lah,lumurkan campuran mentega dan susu pekat pada jagung2 itu sebelum di bakar...mgkin terlalu ringkas..tp cukup utkku..sedikit mentega dan sedikit susu pekat diadun bersama..



setelah diadunkan,lebih kurang beginilah rupanya...



setelah jagung2 itu dilumurkan dgn adunan itu,maka bolehlah hidupkan api dan mulakan bahagian terpenting programku pada petang itu...bahagian ini memerlukan sedikit kesabaran dan tumpuan..jika tidak,hangus lah jagung2 itu..maka hilanglah keenakannya..



setelah beberapa minit,bolehlah ku cuba bagaimana rasanyer jagung bakar ku...



percubaan pertama terpaksa melibatkan sejantung jagung..perkara biasa..memang enak..dan telah ku temui kepuasan yg dicari pada petang itu....



akhirnya dapatlah ku nikmati jagung2 bakar itu semasa menonton kartun kegemaranku,Spongebob Squarepant,di TV9 bersama adikku..Spongebob jarang sekali gagal utk membuatku tersenyum,walaupun dalam kejerihan....(^_^)

8 comments:

  1. hmm..memang kreatif..saya pon tak terfikir nak letak sekali dgn susu pekat..selama nie klu bakar jagung just letak mentega je..terima kasih sebab bg resepi baru..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..selamat mencuba, tapi jgn letak byk sgt susu pekat tu, nnti memudaratkan kesihatan pula.. :D

      Delete
  2. Resepi nampak sedap jika dapat jemput kami kami makan sekali, hehehe,

    ReplyDelete
  3. memang sedap tp nak bako tuh malas..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..senang je bro, selamat mencuba! :)

      Delete