Hikayatku

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda, serta para sahabat.

Tersebut alkisah seorang bayi yang diberi nama Mohd Shazrin, yang merupakan zuriat pertama hasil perkongsian hidup Mat Razi bin Kadir dan isteri tercinta Suziana binti Abdu Aziz. Pada jam 10 pagi, tanggal bersejarah 15 Februari 1993, maka buat pertama kalinya saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk menghirup udara di dunia ini. Tahniah kepada Suziana binti Abdu Aziz dan Mat Razi bin Kadir. Sebagai zuriat sulung Mat Razi bin Kadir serta Suziana binti Abdu Aziz, saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang di sebuah teratak terletak di Kampung Hutan Nangka. Lahirnya anak kedua hasil perkongsian hidup Mat Razi bin Kadir serta Suziana binti Abdu Aziz pada tanggal 21 Januari 1994 membuatkan saya bergelar seorang abang semenjak berusia 11 bulan.

Mohd Shazrin & Nor Shamimi

Mendapat pendidikan awal secara tidak formal daripada Mat Razi bin Kadir serta Suziana binti Abdu Aziz di rumah. Kemudian ketika berumur enam tahun, tanpa menduduki tadika atau pra sekolah, saya terus diserapkan ke darjah satu di Sekolah Kebangsaan Kerandang.

Selepas menamatkan darjah lima di Sekolah Kebangsaan Kerandang, Mat Razi bin Kadir mengesahkan bahawa beliau akan bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. Di situ saya sekali lagi menduduki darjah lima buat kali kedua. Menamatkan zaman sekolah rendah dengan keputusan 5A dalam UPSR, saya meneruskan pengajian ke SMKA Wataniah. Alhamdulillah kecemerlangan diteruskan dengan mendapat 9A dalam PMR. Kemudiannya SPM tidak begitu cemerlang dengan hanya mendapat 7A daripada 11 matapelajaran diambil.

Pengajian diteruskan ke Taylor's College Subang Jaya dalam bidang South Australian Matriculation di bawah tajaan penuh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengajian di Taylor's College Subang Jaya baru sahaja ditamatkan. Kini sedang mengatur langkah seterusnya.

No comments:

Post a Comment