Saturday, February 9, 2013

Doa Mustajab Pelindung Kecurian

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.

Baru-baru ini saya ada berkongsi tentang Kaifiat Bacaan Yassin Untuk Mengembalikan Barang Hilang, telahkah anda telaah kaifiatnya? Jika belum ayuh sama-sama tambah ilmu lagi!

Hari ini, sekali lagi menerusi laman muka buku Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, saya telah mendapat suatu lagi ilmu yang cukup berguna iaitu suatu doa mustajab pelindung daripada kecurian. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jadi haruslah kita berusaha dan bertawakkal dahulu agar dapat dielakkan berlaku kehilangan. Adapun jika tetap berlaku, bolehlah berikhtiar untuk mendapatkan barangan yang hilang dengan kaifiat yang saya kongsi di entri sebelum ini itu.


Sesungguhnya ilmu ini bukan sahaja untuk diketahui, tapi juga untuk diamalkan. Selain itu, saya rasakan ada baiknya jika perkara ini saya kongsikan. Saya kira kita sama-sama tontoni video ini dan sama-sama pelajari doa tersebut, hafal lafaznya dan fahami maksudnya. InsyaAllah.


Teringat saya akan satu pepatah arab yang bermaksud:

"Ilmu tanpa amal umpama pokok tiada berbuah"

Jadi janganlah dibiarkan ilmu ini berkubur begitu sahaja dalam diri kita, amalkan. InsyaAllah. Setelah kita berusaha, maka bertawakkallah kepada Allah, bersesuaian dengan suatu hadis;

"Amr bin Umayah Radhiyallahu 'anhu berkata, "Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah !!, Apakah aku ikat dahulu unta (tunggangan) ku lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal ? 'Beliau menjawab, 'Ikatlah kendaraan (unta) mu lalu bertawakkallah". (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368)


Semoga bermanfaat!

Bersama mengejar redha Ilahi.



22 comments:

  1. good sharing..
    sekarang nie takut gila.. pantang lupa sikit wallet henpon sume kena kebas.. hish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu! jom amalkan doa ni, simple sahaja! :D

      Delete
  2. tawakkal kpd allah sgt penting..doa2 mustajab patut diamalkan dlm hidup..lebih2 lg nak melindungi diri dr jadi mangsa si pencuri,peragut dan perompak..nice sharing..thanks..:-)

    ReplyDelete
  3. pentingnya doa dalam hidup., doa senjata bagi orang2 mukmin :) kena sentiasa amalkan doa2 masnun.. insyaALLAH

    ReplyDelete
  4. slm kenal.mmg bgs entri ni sbb selalu surah yassin org ingat,baca khas utk org yg nazak dan meninggal dunia.sdgkan surah yassin mengandungi terlalu byk fadhilat.cuma jgn terlalu fokus pd surah yg khas,kalau blh semua surah ptt diamalkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..alhamdulillah..selamat beramal.. :)

      Delete
  5. thank for sharing...
    http://www.zahidahwahid.com

    ReplyDelete