Wednesday, May 15, 2013

Dini

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.

Sekian lama tidak diupdate, insyaAllah entri kali ini sedikit santai. Kali ini saya nak bercerita tentang kisah seorang anak didik di tempat saya bekerja sekarang ini, Tadika Permata Ummah.

Alisha dan Dini.

Dini berusia 4 tahun. Bagi saya Dini merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai keperibadian yang istimewa, selain kecomelan yang memang tak dapat disangkal lagi.

Meskipun Dini baru berusia 4 tahun, tetapi saya tidak pernah melihat Dini menangis teresak-esak sepertimana kawan-kawannya yang lain, ia agak luar biasa kerana senior-senior Dini di tadika yang berusia 6 tahun pun seringkali menangis.

Apa yang lebih menarik, apabila Dini melihat kawan-kawannya menangis, kebiasaannya Dini akan cepat-cepat memaklumkan kepada saya sendiri atau cikgu-cikgu lain dan Dini akan mendapatkan kawannya yang menangis itu lalu cuba memujuknya dengan cara yang sangat comel. Sebagai contoh Dini akan menggosok-gosok badan si menangis itu sambil mengucapkan perkataan memujuk tertentu. Adakalanya saya tersenyum sendiri memerhati Dini memeluk kawannya yang menangis untuk cuba menenangkan kawannya.

Seringkali tercuit hati ini melihat gelagat Dini, terutamanya apabila Dini cuba memujuk senior-senior yang berusia 5 atau 6 tahun, situasinya tampak sangat comel melihat budak yang lebih kecil memujuk budak yang nyata lebih dewasa, tambah-tambah jika yang menangis itu pelajar lelaki.

Selain sangat sukar untuk menangis, Dini juga sebenarnya sangat sukar untuk senyum. Dini sedikit payah untuk didekati oleh cikgu-cikgu. Dini sedikit pemalu berhadapan dengan cikgu-cikgunya. Hal ini menjadikan senyuman Dini bernilai tinggi. Tambahan pula apabila Dini senyum, kecomelannya pasti akan membuatkan anda turut tersenyum.

Hari ini Dini berbaju kurung polka dot dan lengkap bertudung, setibanya Dini di tadika pagi tadi mengundang senyuman di bibir para guru termasuk saya sendiri. Hari ini juga, bahkan setiap hari saya sentiasa mencuba untuk membuatkan Dini tersenyum dengan pelbagai ikhtiar dan hari ini saya berjaya membuat Dini tersenyum malah berjaya menangkap gambar Dini tersenyum itu! Suatu kemenangan!

Senyuman Dini
Setiap kanak-kanak mempunyai cerita-cerita tersendiri yang sangat menarik, hari ini saya kongsikan cerita Nurdini Batrisya, insyaAllah pada lain waktu saya coretkan alkisah anak-anak didik tersayang yang lain pula.

Sungguh mendidik anak-anak kecil ini memberi keceriaan kepada saya lalu menghapus segala kepenatan. Dalam masa yang sama mambantu saya untuk bangkit dari kegagalan lampau, mengumpul paradigma untuk memulakan semula perjalanan untuk menjadi seorang yang dapat berbakti kepada agama bangsa dan negara.

Memandangkan esok ialah 16 Mei, Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada seluruh warga pendidik saya dari SK Kerandang, SK Lubuk Kawah, SK Tanah Merah, SMKA Wataniah, Taylor's College Subang Jaya, para pendidik di Tadika Permata Ummah dan semua insan yang mendidik saya secara tidak langsung, terutamanya pendidik utama di sebalik siapa saya pada hari ini, Umi dan Abah.

Semoga cikgu-cikgu sekalian senantiasa cekal mendidik anak bangsa agar bukan sahaja dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga modal insan yang berketrampilan, yang dapat menumpahkan bakti kepada agama bangsa dan negara serta dapat menjadi pemimpin masyarakat yang disegani oleh orang-orang yang dipimpin dan diredhai Allah SWT pada masa hadapan.

Selamat Hari Guru. :)

20 comments:

  1. Ya Allah , bagusnya adik bernama Dini , tak pernah lagi jumpa .

    and Selamat Hari Guru :)

    ReplyDelete
  2. comelnya Dini :) Selamat hari guru ^^

    ReplyDelete
  3. ya ALLAH, betapa sejuknya hati bila melihat si kecil sudah pandai bertudung. :)

    Selamat Hari Guru

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar, sama2 kita didik anak kecil dgn ajaran Islam. Terima kasih :)

      Delete
  4. selamat hari guru!!

    cumeynya dini pakai tudung tu.. hee.. cute

    ReplyDelete
  5. gambar yg paling atas tu, dia blom tersenyum kan? nampak manis wlaupun susah nk mengukir senyuman. kanak2, hati kita boleh terhibur melihat gelagat dan karenah mereka. rindukan suasana tersebut.

    selamat hari guru :)

    ReplyDelete
  6. cutenya...selamat hari guru ^^

    ReplyDelete
  7. Sangat comel, both of them. Hargailah zaman kanak-kanak anda. Selamat hari guru :)

    ReplyDelete
  8. mcm nie la didik anak dri kecil bertudung nie x ada ka dipakaikan dress tunjuk ketiak bagai mana x besar nanti dia bogel....take note parent
    http://long-cham.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. waaah.. dah boleh wish Selamat Hari Guru kat mu doh, hehe..

    buat budak2 senyum = a really tough challenge, tahniah, haha

    ReplyDelete
  10. comelnya dini... selamat hari guru ya..

    ReplyDelete