Wednesday, May 25, 2011

the jagung bakar..

Adapun pada suatu petang,setelah bertemankan kegelisahan dan kesedihan benak fikiran ku ligat berfikir,apa kah yg perlu aku lakukan utk melupakan sekurang-kurangnya seketika kelukaan itu..pandanganku terpaku kpd beberapa jantung jagung yg di bawa pulang ibu ku..ya,mgkin ini berhasil..jika tidak menghasilkan sesuatu pun setidaknya aku boleh menghilangkan kebosanan ku berada di rumah keseorangan..ya,benar-benar keseorangan kini..keseorangan..lalu ku ajukan pertanyaan,utk apakah jagung2 itu,jwb ibuku bernada tiada kepastian..bererti jika aku minta beberapa jagung itu utk program ku,maka barangkali diluluskan..seperti dijangka,programku dapat diteruskan..ya,yg paling mudah dan menyelerakan..tambahan pula adikku yg seorang itu memang gemarkan jagung bakar..memang mudah..hanya perlu ku 'uruskan' jagung itu sehingga berada dlm keadaan yg sepatutnya...

kemudian sedikit kreativiti diperlukan..ya,aku memang kreatif,kata ibuku..terutamanya bila ku melangkah ke dapur..berbeza dgn adikku yg sering melangkah ke dapur,hanya menurut perintah ibuku..tapi aku,lazimnya ada saja perkara baru yg aku lakukan di dapur..ringkas,tapi kreatif..contohnya adikku hanya makan telur dadar yg biasa di goreng ibuku,tp jika aku,akan ku 'edit' terlebih dahulu telur itu semasa dikepuk..contoh lain,ibuku hanya mnggoreng ayam bergaul kunyit,tp aku akan gaulkan sekali dgn serbuk lada,rempah ratus,serbuk kari,serbuk lada hitam,oregano dan sebagainya..sekadar utk mncari kepuasan diri..dan lazimnya hasil editanku menerima lontaran pujian dari ibuku..dan ibuku sentiasa yg terbaik..kreatif yg aku maksudkan di sini hanya lah,lumurkan campuran mentega dan susu pekat pada jagung2 itu sebelum di bakar...mgkin terlalu ringkas..tp cukup utkku..sedikit mentega dan sedikit susu pekat diadun bersama..



setelah diadunkan,lebih kurang beginilah rupanya...



setelah jagung2 itu dilumurkan dgn adunan itu,maka bolehlah hidupkan api dan mulakan bahagian terpenting programku pada petang itu...bahagian ini memerlukan sedikit kesabaran dan tumpuan..jika tidak,hangus lah jagung2 itu..maka hilanglah keenakannya..



setelah beberapa minit,bolehlah ku cuba bagaimana rasanyer jagung bakar ku...



percubaan pertama terpaksa melibatkan sejantung jagung..perkara biasa..memang enak..dan telah ku temui kepuasan yg dicari pada petang itu....



akhirnya dapatlah ku nikmati jagung2 bakar itu semasa menonton kartun kegemaranku,Spongebob Squarepant,di TV9 bersama adikku..Spongebob jarang sekali gagal utk membuatku tersenyum,walaupun dalam kejerihan....(^_^)

The Next Step

Keheningan petang yangg setia,namun aku tetap kebosanan. Ke hulu ke hilir di dalam rumah ku sendiri. Di mana hulu di mana hilirnya aku sendiri pon tidak pasti. Terkadang menggaru kepala yg tidak gatal, yang pasti kebosanan menguasai diri. Hakikatnya tika aku menurunkan coretan ini, hati aku dilanda kegusaran. Satu perasaan yang aku sendiri sangat benci untukku lalui, namun mahu tidak mahu aku harus matang untuk terima, lembah dan lurah hidup ini sememangnya sentiasa menanti dihaluanku. Ya, pada zaman sekolah dahulu seringku berdoa untuk cuti, tapi kini bila dah tidak bersekolah, kebosanan pula melekat di hati ini. Tambahan pula, aku yg sepatutnya terlebih awal utk menghadiri dunia pengajian tinggi berbanding teman-teman seperjuanganku, kini aku mnjadi yg terlewat pula..alkisahnya tentang dunia pengajian tinggi..tiada setinggi mana pun namun yg pasti lbih tinggi dari zaman persekolahan..setelah mengharungi temuduga demi temuduga,tiba lah saatnya utk mnunggu keputusannya..antara temuduga pertamaku ialah temuduga di UiTM Kuantan utk program Asasi TESL..belum pun keputusan temuduga itu ku dapati,telah terlebih dahulu aku mengesahkan bahawa permohonanku utk Matrik telah berjaya..Kolej Matrikulasi Melaka..program sains,1tahun..alhamdulillah..walaupun matrik bukan pilihan utama,namun andai kata tiada ku terima tawaran dari institusi lain,maka matrik lah tempatku..kemudian aku menerima lagi perkhabaran menyenangkan,aku dipanggil utk temuduga KPLSPM,program PPC,pendidikan khas,andaikata berjaya,ke seberang lautlah diri ini..sekali lagi aku lalui sesi temuduga,kali ini lebih berkeyakinan..tidak lama kemudian,keputusan temuduga ku utk Asasi TESL di UiTM dpt disemak di internet,dan alhamdulillah,aku berjaya..temuduga pertamaku berjaya..aku tersangat gembira..suatu perasaan yg tidak dapat aku gambarkan..aku ditawarkan utk melanjutkan pelajaran,bidang kegemaranku pula..surat tawarannya ku renung berkali-kali..suatu lambang kemenangan bg ku..


Namun aku masih harus menunggu keputusan temuduga KPLSPM..mgkin kerana org tua ku terlalu menginginkan aku mengikuti program itu..namun di hati kecil ini terdetik kekesalan kerana aku mgkin tidak dapat menceburkan diri ke dlm bidang kegemaranku,TESL...seorang temanku pernah berkata,"minat itu boleh dipupuk",berbekalkan kata2 itulah,aku membina keyakinan utk mengikuti program itu..itupun kalu berjaya temuduga ku..dan alhamdulillah,segala puji bg Allah,aku di sahkan berjaya utk program itu..bonda ku menyambut berita kejayaanku dengan linangan air mata kegembiraan...maka aku yg sepatotnya melapor diri di UiTM pd 21 Mei 2011 utk Asasi TESL kini akan terus berkampung di rumahku utk beberapa bulan lagi lantaran program KPLSPM itu adalah ambilan september.....



itulah yg aku mksudkan,aku yg sepatotnya terlebih awal menjejakkan kaki ke dunia pengajian tinggi berbanding teman2ku,kini mnjadi yg terlewat pula.......maka hasil kebosanan yg menguasai diri,aku mula berfikir utk mencari pekerjaan sementara..telah ku suarakan hasratku itu kpd org tua ku..dan telah mereka setuju..dan pula telah mereka cuba utk merisik-risik jika2 ada peluang pekerjaan sesuai utkku...selain tawaran matrik,UiTM dan KPLSPM,aku juga mendapat tawaran daripada Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional(KATPM) dan International Islamic College(IIC)..





dan tawaran yg mungkin terakhir utkku terima ialah dari Yayasan Terengganu..pada hari aku mencoretkan coretan ini,aku telah di hubungi oleh pihak Yayasan Terengganu utk hadir ke Wisma Darul Iman utk melalui ujian bertulis..salah satu prosedur bg ku dlm permohonanku utk melanjutkkan pelajaran ke Jordan dlm jurusan Pengajian Islam..namun di saat aku menaip ini,keputusannya masih utk tidak hadir ke ujian itu..pertamanya kerana aku sudah mndapat tawaran dari KPLSPM yg mnjadi keutamaan ku kini...keduanya,walaupon tiada tentangan jelas dari org tua ku,namun kedengaran nada tidak bersetuju utkku hadir ke ujian itu..rasionalnya juga,aku tidak perlu hadir ke ujian itu lantaran dpt aku katakan,"aku sudah dapat apa yg aku mahu"...namun di suatu sudut tawaran dari Yayasan Terengganu itu dapat ku jadi kan penanda aras tahap pencapaian ku..alhamdulillah..walaupun keputusan SPM ku tidak begitu memberasangkan,namun berbekalkan pelbagai sijil KoKurikulum ku barangkali,aku menerima tawaran dari pelbagai institusi..alhamdulillah..secara keseluruhannya tawaran-tawaran yg ku terima ialah:
Matrik:Kolej Matrikulasi Melaka(Program Sains)
UiTM:UiTM Kuantan(Asasi TESL)
KPLSPM:Program Penghantaran Pelajar Cemerlang(Pendidikan Khas Sekolah Menengah)
KATPM:Diploma Farmasi
IIC:Pengajian Islam
Yayasan Terengganu:Ke Jordan(Pengajian Islam)


Dan keputusannya,aku memilih utk mengikuti program KPLSPM..insyaAllah lbih terjamin..setahun setengah berada di Malaysia kemudian berangkatlah aku ke negara org,itupun jika aku berjaya semasa membuat persediaan di Malaysia..maka sesiapa pun yg membaca post ini,doakanlah kejayaanku..semoga anda juga berjaya dlm apa jua yg anda lakukan...(^_^)

Saturday, May 7, 2011

a colourful day wit great children..

Adapun pada tanggal 28 April 2011,takdir mmbawaku melalui satu hari yg penuh dgn kenangan....haha...alkisah,sehari sebelum itu,seorg sahabatku,zainab 'aqilah telah mghantar satu msj kpdku brtanyakan kelapangan ku pada hari esok nya,ya selain dari program utk berbincang dgn bekas kwn2 sekelas tntang satu jamuan yg belum pasti,ak mmg free pd 28 April 2011...so aku menerima pelawaan sahabatku itu,namun yg masih mnjadi halangan ialah transport..alhamdulillah,seorang lg sahabatku,hadi mempelawaku pergi ke sana dgn unser nya...oh,terlupa pula,pelawaan ke manakah?haha..pelawaan utk mnjadi lbh kurang fasilitator la utk satu sukaneka utk budak-budak tadika..zainab 'aqilah tu merupakan seorang tenaga pengajar kat sebuah tadika milik ibu saudaranya..so dia memerlukan beberapa fasi lelaki utk mmbantunya menjayakan sukaneka itu....sukaneka itu bertempat di Kem Sri Keluang.....jadi pada pagi 28 April 2011,setelah menyiapkan diri,aku ke rumah hadi dgn motorsikal ku...dari situlah hadi yg akan turut menjadi salah seorang fasi utk sukaneka itu akan drive ke tadika tersebut...beberapa org budak2 tadika menaiki unser hadi...dari tadika,terus menuju ke Kem Sri Keluang...semasa dlm perjalanan,dah nama pon kanak2,lebih kurang 5minit mereka mendiamkan diri,almaklum lah,masih kekok dgn aku & hadi barangkali..namun kemudian mereka mula mnyesuaikan diri,aku meringankan mulutku,bertanyakan variasi soalan kpd mereka,dan dgn petahnya mereka mnjawab soalan2ku..salah atau betol bukan persoalan,namun kepetahan mereka berinteraksi dan cara mereka menyesuaikan diri dgn kami berdua mmbuatkan aku berasa kagum dgn mereka...mereka rata2 berumur dlm lingkungan 3thun hngga 6thun..dan melalui sdikit 'kajiselidik' yg aku adakan,mereka rata2 merupakan anak2 kpd keluarga yg berada...

itulah dia,walaupun tidak semua berada dlm gmbar,namun sebilangan besar sempat posing,termasuk teacher mereka,teacher zainab 'aqilah..haha


aktiviti pertama sesudah bersarapan,pertandingan mewarna..dibahagikan mengikut kategori umur...aku,hadi n seorang lagi sahabatku yg turut menjadi fasi jemputan,zuhaidi diberi pghormatan sebagai juri pertandingan ini..haha


itulah dia dua sahabatku,hadi & zuhaidi..haha


Kemudian beberapa acara lagi diteruskan sprti kutip gula2 dlm tepung,isi air dlm botol dan tiup belon sampai pecah...hahaha...







begitulah wajah2 anak2 yg sungguh mulia bgku..hati mereka bersih dari segala kekotoran....mgkin itulah sebabnya aku berasa sgt selesa berurusan bersama mereka...senyuman mereka ikhlas,tnpa sebarang hasad mahupun prasangka.....gambar mnceritakan segalanya....byk perkara yg telah aku pelajari on dat wonderful day......lbh kurang pukul 6ptg,aku pulang...hadi telah pulang sedikit awal...so aku pulang dgn sahabatku,zainab 'aqilah,namun aku tidak keseorangan,zuhaidi juga ada dlm kereta...kakak kpd zainab 'aqilah dan juga sepupu nya...dipendekkan cerita,ramai la org dlm kereta tuu...hahaha....yep,it was a colourful day...full of emotions n memorabilia...full of joy....n also heartbreaking moment??hahaha...dats why it's called,a colourful day...full of colours........(^_^)

sedikit info tentang pengajian tinggi,moga terlerai kekusutan..

MATRIX
1.Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
7.Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

ASASI/FOUNDATION
1.Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

DIPLOMA
1.Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
3.Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.

TAMHIDI (USIM shj)
1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

FORM6
1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
7.STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

SIJIL
1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
5.Aku tak rekomen korang ambil Sijil

Jadi insyaAllah,kat mana2pun ada pro n contra masing2..yg penting kita sama2 wat yg terbaik in wat ever we do...gudluck sahabat2 sekalian..sekadar perkongsian..(^_^)

Thursday, May 5, 2011

Wira Mohd Shazrin,AL15....(^_^)

At the end of 2010,kedapatan la satu berita yg amat kurang menyenangkan usus ku.."Tahniah,anda terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 1 Siri 8 2011"...haaiiyaaa...jahat2,thniah tu tak tahan ngat tu..mana aci,dah la kwn2 aku dlm kelas aku xramai pon yg kena....aku sorg je bdk laki hk kena PLKN dlm kelas aku...huhuhu...lalu tringat kt sorg warisku yg merupakan sorg doktor di HKT,yes,dye lah jalan penyelesaian nya...jz buat surat doktor,abis cerita..hahaha...ketidakmatangan fikiran jelas..tp............fikir punya fikir...akhirnya aku buat keputusan utk hadir ke program itu...teguhkan niat mncari sesuatu yg baru disana,pastinya kebaikan utkku....tnpa kwn2,aku ada peluang utk berdikari,mgkin persediaan terbaik utkkku hadapi dunia pengajian tnggi yg bakal mndatang....pagi 3januari 2011,aku bgn dari tidor dgn kaki ku some kind of luh abih sendi tulang..haha..nerves wei......siap2 semua,dgn big big bag aku bawa nya...haha....lbih kurang ko 8 aku brtolak ke mini stadium kg. raja,pusat berkumpul semua pelatih bg KEM BATU JONG n KLCC dari daerah besut..masih segar diingatan debaran yg dirasai....haha...

lebih kurang sejam jugak mnggu akhirnya,semua pelatih disuruh menaiki bas..satu bas utk kem batu jong n satu bas lagi utk kem latihan cheneh cemerlang......maka bersalaman lah dgn ayah dan bonda ku..uhuk...juga adikku sorg..huhu..sempat juga meminta sedikit wang belanja dari ayahku...dihulurkannya rm50..insyaAllah mncukupi....oh ye,tringat msa duk kt mini stadium,aku tertarik melihat gaya 2org budak lelaki,tertarik dgn gaya rambut mereka yg bagaikan artis,,,haha,..siapa tahu,rupanya mereka ditempatkan se dorm dgn aku semasa di kem....semasa dlm bas,ssorg yg tdak dikenali dtg dan bertanya,"ada org tak?",padahal mmg xdok org pun kat seat tepi aku masa tu..hahaha..so dye pon duduk la disebelahku...siapa tahu,budak jambu yg bernama fariz itu rupanya dipilih mnjadi Ketua Keseluruhan utk kump 1 siri 8 2011 kem batu jong.....hebat2....ermmm,msa dlm bas,cikgu kata perjalanan lbh kurang 3jam...so trdetik dihati nak tido...sedangkan fariz ditepiku sudah lena diulit mmpi..mmg aku agak sukar utk melelapkan mata semasa berada di dalam bas atau kereta.......tapi blum pon smpai 2jam prjalanan,tempat dituju dah sampai..waahh,kem batu jong....di puncak bukit rupanya..tdak prnah sebelum ini aku mnaiki bas yg melalui jalan yg seganas prjalanan ke kem batu jong...haha..


dewan kirana...dewan utama yg juga merupakan dewan makan.....


bas PLKN,tak semua org blh naik...hehe...wirawati pon naik jarang2 je..wira blh naik tiap2 mnggu cz g solat jumaat...haha

antara budak smkawa yg turut ditempatkan di kem batu jong..sep smak nihh..haha


yeaaa,wira sajooo,wirawati xlayak..haha


mula2 sampai,pegawai bertugas kata,"ok,awak duk dorm A,dekat hujung nuh"..wat?hujung?ok..try tgk lu...bla tgk,OMG!!mmg hujung sngguh...nampak dorm hujung sekali nuh?sayup mata memandang kat tepi kebun getah nuh..huhu...dorm A...sabo je la~


ye,kami ahli dorm A berada di hujung,kawasan pedalaman n hanya dorm A,yg berada di kawasan "tanah tinggi",dah la jauh dari segala-gala,surau,dewan.kelas.padang kawad.medik.jaoh wei.....haha....perfect utk sape2 yg nk kuruskan badan..huhuhu


tempat bersiram,guna nyebok...hahaha


katil tempatku beradu,bertemankan seekor pocong yg setia dan kotak kfc...hehe..begitu la selalu nya,disaat org lain tgh sibuk menyiapkan diri,aku sudah bersiap siaga,sempat pula amik gmbr org..cewaahhh..hahaha



tempatku bertugas sbg bilal..juga imam..hehe

juga bertugas sbg doktor di medik..hehehehehehehe




kem batu jong tepi kebun getah,
siapa suka ikot jgn bantah,
ini rambut ini janggut ini siku ini lutut dibawah pusat jgn disebut,2x
disana pegang disini pegang tapi anak org jgn dipegang,2x
tgn dilambai-lambai,punggung digoyang-goyang kaki di hentak dua kali,2x

haha..sebuah lagu semasa di kem..sering dinyanyikan bersama....juga beberapa lagu lain lagi...mmg bes...tdak prnah aku sgka,akhirnya pada hari las aku dah tak dapat tahan sebak kerana terpaksa berpisah dgn kawan2..mgkin awalnya dapat ku tahan,tp bila kwn2 ku ramai dah ngs,aku pon join je lar...hehehehe...byk kenangan indah sepanjang lbh kurang 3bulan berada disana..telah diabadikan sbagai salah satu kenangan terindah dlm hidupku......hmm....begitula.....utk kali ini....dah smkin pnjang pos aku skrg nih..hehehehehe..hepinyer...(^_^)

hidupku..

Teringin pula untuk mencoretkan post kedua...macam mana jadinya post ni aku sendiri pun tak pasti..haha..almaklum la,bru sje menjinakkan diri dengan dunia blog ni...walaubagaimanapun,alhamdulillah,sudah kelihatan seperti satu blog apa yg aku buat ni...insyaAllah akan ditambah baik dari semasa ke semasa..untuk post kali kedua ni,aku nak coretkan sedikit tentang zaman persekolahan ku yg tersangat indah..ya,ia cerita lama,tapi "cerita lama" tu sebenarnya ialah kenangan..lagipun blog ni baru sahaja ditubuhkan(?),so baru sekarang aku brpeluang mencoret tentang ni..erm,result final exam form4 2009 membawa ku ke kelas 5Ibnu Sina untuk tahun 2010....tahun besar utk hidupku...tahun utk aku berhadapan SPM...penentu masa depan ku...melihat senarai nama 5IBS 2010,hnya 3 org lelaki;aku,Zuhaidi dan Hadi..agak kecewa kerana kaumku sedikit,namun msih terukir senyuman tatkala menyedari mereka berdua masih ada..
kami rakan karib,mungkin 3sekawan lagenda SMKA Wataniah..^^


ya,kami bertiga akrab..kemana sahaja bersama..mcm2 gelaran diberikan,tiga abdul,doremi,triple-kok,bujang lapok,*****besar,sederhana,kecik(ustazah saudah..haha)..


Dalam pada itu,tidak lupa juga kepada teman-teman lain,iaitu another 22girls..haha..22girls vs 3boys..frankly 3boys ni memang tak pernah kalah dengan 22girls tu walaupun mereka melancarkan pelbagai taktik perang mereka..tapi we're the three imperturbables tak pernah tergugat..haha

nadiya,asnida,aina,sabrina dan madam Mas


farah dan husna,geng kuat study ni...(^_^)





Dengan kombinasi 3boys and 22girls ini lah,maka terbentuknya 5IBS 2010.....inilah kami...
kami bertiga dengan kubu kami di tengah-tengah 22girls tu,memang sentiasa kena serang,tapi kami tetap teguh...kena serangan air kat faezah,aku serang balik,kena baling barang2,zuhaidi serang balik,kena serang secara psychology hadi lancarkan serangan balas..haha..time PSI,gelak tawa dgn Ustazah Saudah memang tak pernah kering gusi,benderam memang cukup berkait rapat dengan ustazah..haha..time sejarah,nota tak pernah siap,datang awal pagi2 pinjam nota tiyah aku tiru,nota zuhaidi,nota farah,nota anisah and ramai lagi yang dah jadi mangsa aku,bila kena tasmi' depan Cikgu Khazanah,confirm ternganga..haha...nota PQS pon tak pernah buat,Ustazah Zakira tiap kali masuk kelas mesti tanya nota,semua buat muka tak bersalah,hakikatnya aku tak pernah buat nota pun,tapi yela ada jugaklaa yang rajin buat nota..haha..Ustazah Azizah pula tak pernah jemu memberi nasihat,macam2 pengalaman diceritakan buat teladan kita bersama,homework kalau tak siap kena berdiri dalam kelas la jawabnya,kadang2 luar kelas..hihi..time addmath jantung aku berdegup kencang sepanjang masa,bila Cikgu Hanisah lalu kat tepi aku memang nerves tahap asbestos,bila boleh jawab satu soalan plak rasa macam dah dapat segulung ijazah..haha..time math lagi bes,memang kalau sehari tak kena dengan Cikgu Rahimah tak sah,cikgu paling sempoi..haha..Cikgu Nek Zainab pula cikgu paling baik di dunia,sentiasa tersenyum walaupun anak2 murid dia tak pernah siapkan homework BM,maafkan kami cikgu..hihi..time BI,favourite aku,sentiasa enjoy belajar english dengan Madam Mas,kadang2 kena jugaklah fire2 sebab tak siap homework..hihi..dan fizik,kimia,bio..hehehe..dibarisi pendidik cekal melayan kerenah kita semua,Cikgu Ain,Cikgu Salwati dan Cikgu Azimah..3subjek paling tough,tapi aku?study tak pernah tough..eventually,result SPM pon tak berapa tough jugak..tapi tahniah buat sahabat2 yang berjaya dengan cemerlang..

Begitu indah detik2 itu..jika saja aku mampu kembali ke saat itu,tapi harusku terima kenyataan hidup ini..aku sangat2 sayangkan sahabat2ku..dan sejujurnya aku sentiasa cuba menjaga hati dan perasaan sahabat2ku,namun aku tahu aku takkan pernah mampu untuk menjaga hati semua orang..dan juga aku tahu,tentunya ada yang tidak menyenangi diri ini..maafkan kekurangan aku sahabat2ku sepanjang perkenalan kita...ketahuilah jua aku sentiasa memaafkan kalian semua andai wujud sebarang perselisihan...sesungguhnya kalian semua cukup sempurna untuk membentuk satu kenangan terindah dalam hidupku......ya,kini segalanya tinggal kenangan....kita semua sudah berpecah ke merata dunia,insyaAllah meneruskan perjuangan mencari ilmu pengetahuan,lillahitaa'la....sekian dulu utk pos kali ni..hehe..excitednyer dah pandai letak gambar kat post...tak sabar nak belajar lagi apa yang boleh buat kat blog ni...haha..(^_^)

Wednesday, May 4, 2011

my first post ever...

Aku sndiri pon xpasti pe yg aku buat,tp aku tau pe yg ak tgh taip ni akan jadi post yg pertama aku kt blog aku ni..ak mmg buta kayu sal blog ni,at lis for now..insyaAllah akan mndalami cara2 utk 'bermain' dgn blog ni kalu ada kelapangan atau mgkin jika ada yg ingin brkongsi ilmu...ermm...ok,nk tgk dlu mcm mna jadi nyer post ni..haha..