Sunday, December 30, 2012

Kenapa Ku Ingin Bernikah


Kerna ku ingin salur penglihatanku ini menatap seorang insan istimewa yang halal bagiku, dan mensyukuri anugerah terindah itu daripada Mu duhai Sang Pencipta.

Kerna batin ini dahagakan kasih sayang daripada seorang insan yang mendambakan cintanya kepada Sang Pencipta, dan cintanya terhadapku adalah berlandaskan cintanya kepada Mu Ya Allah.

Kerna ku impikan seorang insan yang sentiasa disisi untuk berkongsi bibit kebahagiaan lantas bersama dalam memuji-muji Mu Sang Pencipta, jua seorang insan untukku berkongsi air mata lantas menadah tangan bersama dalam memanjatkan doa kepada Mu Sang Pencipta, dia mengukir cintanya kepada Mu Ya Allah dengan kehadiranku disisi.

Kerna naluri ini ingin sekali memiliki zuriatku sendiri untuk ku besarkan dengan kasih sayang dan beri sepenuh perhatian, bersama anugerah terindah seorang isteri daripada Mu Sang Pencipta.

Kerna ku ingin merasai keindahan ciptaan Mu Sang Pencipta, dan membesar-besar akan nama Mu bersama insan yang telah tertulis untukku sejak azaliku.

Kerna sungguh, dengan hadirnya seorang teman yang halal, hidupku, segenap penjuru amalku bersama sang teman, akan menjadi halal di sisi Mu Sang Penciptaku, dan tlah ku sempurnakan sebahagian imanku.

Dan kerna diri ini jua merupakan anugerah daripada Mu Ya Rabbi, anugerah untuk hambamu yang lainnya, dan izinkanku untuk biarkan dia merasai cinta teragung Mu Ya Allah, melalui diri ini.

14 comments:

  1. Replies
    1. betul2..tapi diri kena ada ilmu jgak utk nikah, xleh nikah cmtu ja..hihi

      Delete
  2. Replies
    1. haha..repost dari page dr zakir naik je..

      Delete
  3. nice....selamat tahun baru

    http://myaleo.blogspot.com/2012/12/love-respect-trust.html

    ReplyDelete
  4. Dengan bernikah dapat mengelakkan pelgai masalah :) nice one ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar!yg haram jadi halal!siap dpt pahal lagi! :)

      Delete
  5. Ni mmg perlu bernikah ni =) Moga tercapai insyaAllah, bersama berdua membina masjid agar kukuh dan dipenuhi dengan jemaah yg ramai. Indahnya nikah kahwin ni, owh
    ~Salam 2013,

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..mudah-mudahan..bila tiba detik yg telah ditetapkan itu, moga dipermudahkan segala urusannya..salam 2013! :D

      Delete
  6. cukup umur blh terus register pej agama...hehe...sy pon nikah awal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..insyaAllah..skrg ngah bljar lagi..huhu..akak khwin umo brpe?

      Delete
  7. entry yg sangat menarik! :)..singgah sini yaaa

    http://cikjannstory.blogspot.com/2013/02/cinta-itu-nikmat-tetapi-awas.html

    ReplyDelete
  8. moga dipercepatkan jodohmu dan dipermudahkan olehNya
    follow sini..yg ke 211

    ReplyDelete