Thursday, January 10, 2013

Waspada dengan repost!

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda serta para sahabat.

Subhanallah, subhanallah, subhanallah.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.

Rasanya sudah agak lama tidak jenguk blog, barangkali agak sibuk. Semalam baru sahaja selesai dengan majlis solat hajat di rumah moyang di Kuala Terengganu. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Kali ini cuma nak bercerita sikit tentang fenomena 'share' di laman sosial terutamanya di facebook. Secara peribadi saya paling kerap online di facebook maka di situlah paling kerap saya amati perkara ini.


Melalui pemerhatian saya, ada beberapa ketika saya terbaca repost daripada kenalan-kenalan di facebook, saya perasan mutiara kata atau petikan kata-kata yang diposkan itu tidak begitu melambangkan keperibadian Islam itu sendiri. Saya risau jika pos-pos seumpama itu dibaca oleh kenalan-kenalan bukan muslim dan memberikan fahaman yang menyimpang tentang Islam. Saya risau melalui penilaian mereka, apa yang diposkan oleh seorang muslim maka itulah yang diajarkan oleh Islam. Jika apa yang kita kongsikan itu tidak benar, lebih teruk jika bertentangan dengan ajaran Islam, maka fahaman mereka juga akan menjadi tidak seperti yang sepatutnya.

Sebagai contoh paling mudah, kita kerap sekali terserempak dengan pos-pos tentang cinta dalam kalangan anak muda. Kata-kata mereka ini adakalanya menjelekkan. Selain perbuatan itu sendiri sudah tidak menepati tuntutan Islam, implikasi yang lebih jauh mungkin berlaku tatkalanya adanya kenalan bukan muslim, bahkan yang muslim sendiri pun, membacanya. Sedangkan dalam Islam hubungan percintaan yang diredhai Allah itu hanyalah selepas ijab dan kabul dilafazkan. Bayangkan jika dalam kalangan kita terus-terusan pos mengenai madah-madah cinta kepada pasangan kita yang tidak diredhai Allah itu, tidakkah lambat laun ajaran Islam bahawa cinta suci itu hanya selepas pernikahan akan hilang? Jika kita sendiri umat Islam tidak menjadi duta tentang Islam, siapa lagi? Jika tidak mahu promosikan ajaran Islam sekalipun, janganlah sebarkan ideologi ataupun cara berfikir yang salah.

Lebih teruk, saya juga risau adakalanya repost yang saya teliti, boleh menjejaskan pegangan syahadah kita. Perkara ini cukup bahaya. Terutamanya jika petikan kata-kata itu dipetik daripada tokoh-tokoh barat. Adakalanya kata-kata mereka tampak begitu gah, namun kita gagal memahami intipati sebenar kata-kata tertentu itu lantaran lemahnya penguasaan bahasa kita ataupun longlainya ilmu kita tentang batasan antara iman dan kekufuran. Harus kita ketahui, pegangan syahadah itu boleh terbatal tanpa kita sedari. Itulah satu daripada hikmah kita diwajibkan bersolat lima waktu serta perbanyakkan solat sunat yakni dengan itu kita akan 'kembali' Islam setelah melakukan perbuatan demi perbuatan yang mampu membatalkan iman kita. Bukankah setiap kali solat kita akan melafazkan kalimah syahadah?

Sebaliknya, ada baiknya jika kita manfaatkan platform laman sosial ini untuk berjinak-jinak dengan Islam. Adakalanya kita sendiri dibesarkan dengan suasana yang kurang harmonis dan nilai-nilai Islam membuatkan kita tidak tahu tentang banyak perkara mengenai Islam. Inilah masanya untuk kembali ke landasan sebenar. Usah pedulikan kata-kata orang lain. Rajinkan diri pos-pos mengenai Islam. Berkongsi hadis-hadis yang kita jumpa, potongan-potongan ayat Al-Quran mahupun nasihat-nasihat para ulama. Barangkali kita tidaklah sebaik yang kita tampilkan di alam maya itu, namun itu tidak menjadi satu kesalahan selagimana sentiasa ada daya usaha dalam diri kita untuk mendekati ciri-ciri mukmin sejati sepertimana yang kita kongsikan itu. Lagipun bukankah Rasulullah SAW bersabda:

"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat." (HR Bukhari)

Sebelum saya akhiri entri kali ini, penting untuk anda ketahui bahawa ini bukanlah amanat, ini hanyalah suatu pesanan bersama daripada insan yang penuh kelemahan iaitu saya. Saya juga tidak mengkafirkan sesiapa, saya cuma risau batas-batas iman dan kekufuran dinodai tanpa sedar. Saya tidak pula mahu memecahbelahkan pasangan-pasangan bercinta yang sedang hangat bercinta, saya hanya risau hubungah-hubungan itu tidak diredhai Allah maka nanti kita semakin jauh dari rahmatNya. Mohon jangan jadikan entri ini isu negatif, walaupun selepas 30 tahun akan datang.

Bersama mengejar redha Ilahi.



26 comments:

  1. Allahurabbi, peringatan buat diri sendiri
    tq yen :)

    ReplyDelete
  2. bagus mengingatkan....harap djauhkan insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. kdg2 apa yg ade dkat web ni bukannya betul sgt...smtime nampak mcm xde apa2 yg merosakkan iman..tp kdg2 benda tuh boleh jd perkara yg melalaikan..

    btw..nice sharing...semoga kita semua sentiasa d'bawah naungan perlindungan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar..moga kita smua sntiasa dibawah lindungan Allah.. :)

      Delete
  4. betul, betul, betul....
    kadang2 tu cara kita komen sesuatu post tu pown kena jaga..
    saya pernah tgk pic kt fb, doa menjatuhkan orang lain...akibat tlalu marah ats pbuatan owg ue pd dia...
    ramai yg hentam pic tu dgn caci maki...dah x cover2 dah...
    sedangkan sebenarnya dalam Islam, antara doa2 yg dimakbulkan ialah doa org2 yg teraniaya...manusia mmg mudah buat ksimpulan tlalu awal.

    done follow ur blog, can follow back @ http://meetmissza.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, tula penting nya kita dalami dan hayati ajaran Islam..mudah-mudahan kita selamat dunia dan akhirat.. :D

      Delete
  5. facebook salah satu medium yang popular sangat sekarang ni..sekejap sahaja berita tersebar..kekadang ada yang betul ada yang tak betul... kite sepatutnye guna kemudahan yang ada untuk kearah kebaikan..

    sama-sama saling ingat mengingati..thumbs up for this entry! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar, guna kemudahan yg ada utk kebaikan, utk Islam tanda kesyukuran kita..

      Delete
  6. yup..setuju sangat ngan entry nie..kena berhati-hati kalau repost yerk! :)

    ReplyDelete
  7. ramai yang repost ikut pendapat sendiri, susah jgk tu, kalau nak betul betul, sila refer orang yang betul betul pakar, peringatan untuk diri sendiri,

    ReplyDelete
  8. btol3...rajin kn diri poskan ttg Islam...
    x perlu jd ustaz/ustazah untuk menyebarkan Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul setiap umat Islam bertanggungjawab sebarkan Islam, apalagi beramal dengan ajaran Islam.. :)

      Delete
  9. hmm betultu kadang kita tengok sesuatu tu hebat terus share tanpa mencari asas kebenaran terlebih dahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah lepas ni kita lebih teliti.. :)

      Delete
  10. Sebab itu, sesuatu yang dishare perlu ada tulis sumber... mudah rujuk dan kalau lebih elok, letak sekali penerangan...

    ReplyDelete
  11. betul jgk tuh..sometimes dorang men repost jer..xbace or teliti baik..thnx sharing :)

    ReplyDelete
  12. setuju sangat...thanks for sharing..

    ReplyDelete