Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.
Saban hari, berbilion-bilion manusia di seluruh dunia menyambut hari ulangtahun kelahiran mereka. Hal ini membuatkan hari ulangtahun kelahiran itu bukanlah suatu yang perlu diraikan dan dibanggakan kerana ianya dialami oleh seramai-ramai umat manusia setiap hari.
Pun begitu, demi hari ini, Jumaat, 15 Februari 2013 merupakan hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-20, saya akan tetap meneruskan hasrat di hati kecil ini untuk mencoretkan satu entri agar dapat menjadi ingatan pada diri dan juga kawan-kawan.(^_^)
Pertamanya segala puji bagi Allah, alhamdulillah ya Robb, Engkau lanjutkan usiaku sehingga mencecah dua dekad pada hari jumaat penghulu segala hari ini. Aku bersyukur kepada Mu ya Allah atas segala limpahan nikmat yang tidak terkira yang Engkau anugerahkan kepadaku hingga ke detik-detik aku menaip ini. Aku dengan penuh rasa hina memohon keampunan atas dosa-dosaku yang tidak terperi banyaknya sepanjang 20 tahun bergelar hambaMu ya Allah. Aku juga mohon keampunan atas segala tanggungjawabku yang belum tertunaikan ya Allah. Aku mohon Engkau berikan kesempatan kepadaku, dengan kudrat yang ada pada diri ini, untuk sentiasa berbakti kepada agamaMu dengan memanjangkan usiaku. Namun ya Allah, jika telah tertulis hayatku tidak panjang, cabutlah nyawaku dalam keadaan husnul khatimah. Aamiin ya Robbal ‘Alamin.
Wahai teman, marilah kita bermuhasabah diri.
Apa khabar aqidah kita? Adakah ianya Aqidah Salimah Salihah yakni aqidah yang benar dan sah? Telahkah kita kenali Allah SWT dengan sifat-sifat uluhiyyah dan rububiyyahNya? Cuba soal diri kita apakah sumbangan yang telah kita lakukan untuk Islam sepanjang hidup kita, sejauh mana pengabdian kita kepada Islam bagi menyahut tuntutan seumpama firman Allh SWT;
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (Az-Zaariyat : 56)
Sejauh mana pula kecintaan kita kepada Pencipta kita? Kita seringkali berbicara tentang cinta, cinta itu dan cinta ini. Namun bagaimana keadaannya cinta kita kepada Sang Pencipta? Moga kita sentiasa ingat akan firman Allah ini;
"Katakanlah jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiaannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik"(At-Taubah : 24)
Apa khabar ibadah kita? Sejauh mana kepatuhan dan ketundukan kita sebagai seorang hamba? Sudahkah kita beristiqomah dengan amalan-amalan tertentu yang di tuntut Islam? Bagaimana pula kehadiran hati kita dalam beribadah? Hasan Al-Basri pernah berkata,
"Setiap solat yang dilakukan tanpa kehadiran hati maka solat itu adalah lebih cepat membawa kepada siksaan".
Apa khabar akhlak kita? Berapa banyak kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW? Berapa banyak pula kita berakhlak dengan akhlak-akhlak jahiliyyah? Sejauh mana kita menjaga tutur bahasa kita? Bagaimana pula aurat kita yang terdedah sana sini lantas menempah jilatan api neraka?
Rasulullah SAW bersabda;
"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain". (H.R. Muslim)
Moga semuanya itu, jika tidak dalam keadaan baik sekalipun, biar berada dalam proses penambahbaikan yang berterusan.
Sewaktu kecil saya seringkali mengharapkan hadiah-hadiah bila tiba hari-hari sebegini. Walaubagaimanapun, hari ini, saya tidak mengharapkan semua itu, harapan saya cuma satu, yakni titipan doa ikhlas untuk diri ini ketika menadah tangan memohon kepada Ilahi. Hakikatnya di mana saya berada hari ini adalah juga berkat insan-insan yang tidak lupa akan diri ini dalam doa-doa mereka.
InsyaAllah sama-sama kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah, setiap detik dan ketika, terutamanya dikala kita tersedar dari lamunan, betapa usia kita sentiasa bertambah, kerna dengan itu, ajal kian menhampiri.
Bersama mengejar redha Ilahi.
assalamualaikum..perkongsian yang menarik..semoga setiap langkah kita disertai bersama redha Allah Yang Esa..
ReplyDeletewassalam..insyaAllah..mudah-mudahan.. :)
Deletesanah helwa...semoga usia yang bertambah menambahkan kematangan dlm kehidupan dan menambhkan amalan kita... =)
ReplyDeletejazakillah.. :)
DeleteAlhamdulillah , selamat menginjak ke usia yang ke 20 tahun , semoga sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan . Salam perkenalan , salam ukhuwah . :)
ReplyDeletealhamdulillah..terima kasih.. :)
DeleteHappy belated birthday Shazrin! Alhamdulillah perkongsian yang baik. Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam hidup. :)
ReplyDeletealhamdulillah..thanks.. :)
Deletenice entry shazrin.. memberi kesedaran kpd si pembaca.. =)
ReplyDeletemoga bermanfaat.. :)
DeleteSelamat bertamah umo ! Semuga kehidupan kamu akan lebih baik dari semalam . Ameen .
ReplyDeleteaaminn..jazakillah.. :)
Deleteselamat hari lahir. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. insyaAllah :)
ReplyDeleteterima kasih...aminn.. :)
Deletesanah helwah ya sodiqi... alhamdulillah, dah capai umo 20 thn :)
ReplyDeletealhamdulillah...jazakillah ya sodiqoti.. :)
Deleteslmt ulang tahun 2 dekad. trima kasih ats prkongsian ilmu yg dberi
ReplyDeleteterima kasih..semoga bermanfaat.. :)
Deletegood reminder...
ReplyDeletehappy bezday! semoga panjang umur, murah rezeki dan sukses selalu~
thanks bro.. :)
Deletesmoga umur diberkti bro! murah rezeki n cepat kahwin...amin :)
ReplyDeletejazakallah khairan kasira bro..aamiin.. :D
DeleteSelamat Ulang Tahun.. semoga dalam keberkatan dan lindungan Allah Swt..
ReplyDeleteterima kasih..aamiin.. :)
Deleteselamat ulang tahu...moga dipermudahkan segala urusan awak
ReplyDelete