Tuesday, February 5, 2013

Selindungkan aib dalam menegur

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Sedang tercari-cari di mana letaknya songkok saya tadi, termenung sejenak di suatu sudut dalam bilik tidur saya ini, terlintas pula untuk tambah entri baru. Sudah lama juga tidak bertambah entri, almaklumlah sekarang bergelar guru tadika, masa yang terluang tidak seperti dahulu. Mencari si songkok zaman sekolah saya itu pun adalah untuk dipakai hari khamis ini bersempena sambutan maulidurasul di tadika tempat saya bekerja. Kali terakhir berarak sambut maulud ketika tingkatan lima tahun 2010, tidak dinafikan wujudnya bibit-bibit teruja untuk kembali berarak, dan kali ini bersama anak-anak kecil!

Baiklah kali ini saya cuma nak mengingatkan tentang suatu perkara memandangkan kita ini manusia sering terlupa. Apa yang saya ingin ingatkan ini saya percaya sudah ramai juga yang peka, namun tetap diteruskan niat di hati lantaran rasa perlu itu tetap mendesak.

Saya lihat hari ini kebanyakan daripada kita sudah menjadi 'lali' dengan dosa. Tidak merasa berdosa ketika melakukan dosa. Nauzubillah. Saya sering ke udara di facebook, sedih dan tatkala melihat adanya teman-teman memuatnaik gambar-gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna, muatnaik gambar berkepit-kepit dengan pakwe/makwe dan pelbagai kemungkaran lagi. Saya percaya ramai juga pembaca-pembaca yang turut merasakan kekecewaan itu. Namun rasa kecewa sahaja tidak cukup, sesuatu perlu dilakukan.

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". (HR. Muslim)


Hadis di atas ini, hadis yang cukup masyhur. Saya percaya juga ramai yang faham intipati hadis sahih di atas. Namun tidak ramai yang menterjemah kefahaman itu ke dalam tindakan.

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam memberi komentar tentang hadis sahih diatas mengatakan bahawa mencegah kemungkaran mempunyai 3 syarat :

1. Perkara yang disepakati haramnya.
Tidak boleh mencegah perkara-perkara makruh yang dilakukan. Juga dimaksudkan didalam kategori ini ialah orang-orang yang meninggalkan sunnah (seperti tidak berjanggut dsb) tidak dianggap melakukan mungkar.

2. Kemungkaran itu dilakukan secara terang-terang.
Ertinya kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan, dihadapan umum/public. Tidak boleh sengaja mengintai-intai atau memasang alat-alat pendengaran bagi menangkap mereka yang melakukan mungkar.

3. Kemampuan bertindak untuk mengubah kemungkaran.
Ertinya orang yang ingin mengubah kemungkaran harus memiliki kemampuan bertindak, baik secara individu ataupun bersama-sama dengan rakan yang lain, iaitu mengubah dengan menggunakan kekuatan/ kuasa.


Baiklah, hari ini terdapat maha banyak laman sosial, maha banyak juga cara untuk kita berkomunikasi. Jadi saya ingin mengajak rakan-rakan untuk sama-sama menyahut tuntutan hadis di atas, yakni untuk sama-sama mencegah kemungkaran. Memandangkan halangan untuk berkomunikasi itu amatlah minimum dewasa ini, tiada alasan mengapa kita tidak boleh melakukannya.

Jangan pula takut, sesungguhnya kita menegakkan kalimah Lailahaillallah!

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Muhammad: 7)

Sucikan niat untuk amar ma'ruf nahi munkar. Jangan bertangguh lagi, setiap kali anda bertangguh untuk melakukan kebaikan, gugurlah satu keberkatan untuk diri kita.

Cuma sedikit nasihat saya, dalam menegur itu biarlah berhikmah. Jangan sesekali dibiarkan tindakan kita itu membuka aib seseorang. Tujuan asal kita menegur adalah untuk mengajak individu berkenaan ke arah kebaikan. Jika kita membuka aib individu itu, maka hasrat murni asal itu tercalar dengan sendirinya.

"Muslim ( orang Islam ) adalah saudara bagi orang Islam lainnya, dia tidak menganiayanya dan tidak pula menyerahkannya kepada musuhnya ( tidak juga meninggalkannya tanpa pertolongan ), barangsiapa menolong saudaranya untuk memenuhi hajatnya, maka Allah bersamanya dalam memenuhi hajatnya, dan barangsiapa melapangkan suatu kesusahan dari seorang muslim, maka Allah akan melapangkan baginya suatu kesusuhan dari kesusahan di hari qiamat, dan barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari qiamat." (HR. Muslim).

Jika di facebook contohnya, janganlah kita lantang menegur secara terang-terangan seseorang itu sehingga setiap pemilik facebook lainnya turut dapat membacanya. Adakalanya individu berkenaan tidak sengaja melakukan kemungkaran, mungkin juga tidak tahu perkara berkenaan tidak betul. Maka di situlah tanggungjawab kita untuk menegur, tapi bukan menghukum. Cukuplah kita personal message individu berkenaan dan menegur dengan penuh berhikmah. Gunakan secantik-cantik bahasa. Selitkan hadis-hadis dan ayat-ayat AlQuran yang bersesuaian. Jangan lupa memohon maaf juga agar pihak ditegur tidak terguris hati.

Pada hemat saya usaha seumpama itu cukup mudah untuk dilakukan. Ia juga amat praktikal. Suka di sini saya mengajak anda untuk bermula melakukannya dalam kadar yang segera, boleh? Mulakan dengan insan-insan paling hampir dengan diri kita, insan yang dirasakan kenal hati budi kita, mampu menerima budi bicara kita. Kemudian sama-sama kita beristiqamah, boleh?

Ayuh!

Bersama mengejar redha Ilahi.




31 comments:

  1. terima kasih dengan peringatan tersebut :)

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH., moga kita diberikan kekuatan utk melakukannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan..sama2 kita beristiqamah.. :)

      Delete
  3. Assalamualaikum..
    Masyarakat kita kaya dengan nasihat dan pesanan.
    Tetapi, berapa ramai yang menyedari bahawa teguran tersebut kadangkala berjaya membuka aib seseorang itu?
    Alhamdulillah, satu entri yang cukup bagus dan menarik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..
      benar, adakalanya dalam tidak sedar ada hati yg terluka, sedangkan ukhuwwah perlu dititikberatkan dalam Islam.
      Moga bermanfaat.. :D

      Delete
  4. As salam.nice sharing..betul tu, nak tegur seseorang tu perlulah berhikmah, jgn bukak aib sseorg, nnt kta pula yg brdosa..May Allah bless u..keep blogging..

    ReplyDelete
  5. peringatan untuk kita supaya tidak terus hanyut

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sama2 kita teguhkan pautan kita pada tali Allah.. :)

      Delete
  6. http://missaandmistera.blogspot.com/ dah follow you :)

    ReplyDelete
  7. Peringatan kemah keming..teruskan dakwah kawan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga usaha yg sekecil ini mmpu disuburkan bersama kawan! :D

      Delete
  8. orang skrg fikir tak kisah la lancang ke lembut janji tegur..peduli apa.. huhu..tapi tegur2 cara kasar mmg tak makan saman..btw nice entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm hidup ini kita byk pilihan, kita diberi akal, dan sebagai umat Islam kita punyai garis panduan..berbanggalah menjadi Islam dan laksanakan apa yg Islam ajarkan.. :)
      thanks! :DD

      Delete
  9. apa yang anda buat nih saye sokong dibelakang anda.
    terus kan apa yang anda buat ni..
    jangan pernah putus asa..
    sya akan ikuti perkembangan yang akan datang dr anda..
    insyaAllah :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah,terima kasih..moga peringatan ini benar2 dapat dijadika peringatan dan mendatangkan manfaat.. :D

      Delete
  10. Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai.

    ReplyDelete
  11. peringatan yang baik....terimakasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  12. peringatan utk diri sndiri juge. trime kasih :D

    ReplyDelete