Thursday, February 28, 2013

Penangan Fatih Seferagic!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.

InsyaAllah kali ini saya cuma ingin menyampaikan sedikit pesanan tentang boleh saya kata di sini fenomena Fatih Seferagic.

Sumber: Facebook Fatih Seferagic
Secara jujur, saya cukup kagum dengan beliau. Kagum bagaimana? Cuba kita soal diri kita, di manakah kita jika dibandingkan dengan anak muda yang cukup hebat ini.

Semoga beliau menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di Malaysia ini untuk sentiasa beristiqomah dalam mempelajari AlQuran.

Pun begitu, saya tidak berhasrat untuk bercerita tentang beliau secara terperinci. Saya percaya sudah banyak yang tampil memperincikan latar belakang beliau. Apa yang suka saya kongsikan kali ini ialah impak negatif, yang saya cukup risaukan, yang tampak menular dalam kalangan anak muda terutamanya gadis-gadis.

Rupa-rupanya, perkara ini telahpun disedari juga oleh Ustaz Hasrizal Jamil dan beliau pantas menukilkan sepatah dua kata sebagai pesanan menerusi laman muka buku beliau.

Saya ketika itu baru sahaja berkira-kira, menyusun kata, untuk memperkatakan sesuatu, namun memandangkan Ustaz Hasrizal telah nukilkan, suka saya kongsikannya dan saya kira dengan menelaah teguran Ustaz Hasrizal ini, anda semua dapat meneka apa sebenarnya yang ingin saya kongsikan.

Renung-renungkan:



"Fatih Seferagic adalah seorang anak muda yang hebat. Saya menyedari kewujudannya melalui Facebook kira-kira dua tahun lalu. Khabarnya, beliau akan hadir ke Malaysia. Alhamdulillah.

Namun dalam sehari dua ini sangat banyak posting Facebook yang mengulas beliau sebagai perbandingan Justin Bieber, sama kacak namun Muslim dan hafiz al-Quran. Resah saya melihat perangai masyarakat kita, dalam hafazan al-Qurannya dan pelbagai kebaikan Fatih Seferagic, kita memilih sisi pandangan yang mengundang fitnah, menimbulkan bencana penyakit 'ain dan menyuburkan Talbis Iblis.

Ya Allah, lindungilah anak muda ini, dan jauhkan masyarakat kami daripada fitnah nafsu dan syaitan yang berbelit-belit di era seribu tahun selepas kewafatan Nabi sallallaahu alayhi wa sallam kami, ameen"




Saya kira amanat Ustaz Hasrizal ini jelas, mudah untuk difahami.

Maka sama-sama kita bermuhasabah diri.

Allah berfirman:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (AnNur: 31)

Ayuh jangan terjebak dengan perancangan terkutuk syaitan. Kita jadikan segala kebaikan anak muda hebat Fatih Seferagic ini sebagai motivasi kepada diri kita. Dalam masa yang sama, tendang jauh-jauh segenap anasir busuk yang cuba dibisikkan syaitan ke dalam hati kita. InsyaAllah.

Bersama mengejar redha Ilahi.


33 comments:

  1. Pengisian yg sgt baik & informatif.. Saya sgt setuju dgn pendapat berkenaan msykt kita sekarang ini. Semoga saudara sentiasa diberkati Allah. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat..jazakallah khairan kasira.. :)

      Delete
  2. Hensemnya dia. Tp yang paling penting, iman dan apa yang dilakukan terhadap islam tu yang penting :)

    Selamat Berbelog

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar, lihat sudut pandang yg diredhai Allah. :)

      Delete
  3. Alhamdulillah, thanks for sharing..
    :)

    ReplyDelete
  4. Benar sekali..

    http://ceramahttbc.blogspot.com/2013/03/ustaz-abdullah-khairi-sakaratulmaut-itu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga bermanfaat..jazakallah utk perkongsian itu.. :)

      Delete
  5. subhanallah .. :') . terima kasih atas perkongsian . :)

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang bermanfaat..syukran.:)

    ReplyDelete
  7. Beringat-ingat dan berpesan-pesan pada perkara kebaikan. Syukran.

    ReplyDelete
  8. Dakwah alternatif memerlukan pendekatan adab yang betul...syukran

    ReplyDelete
  9. Subhanallah . :) ni kali pertama sy dengar nama dia . Nice sharing :)

    http://leeza-awak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. betul2x..!! fham maksud tersirat tu..

    ReplyDelete
  11. ni baru dengar nama dia ni...asal mana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, boleh tanya pakcik google, hebat beliau ini! :D

      Delete
  12. thanks for sharing this. i am the same age as he is and i was quite worried when a lot of my friends go crazy because of his looks. it's like his looks overshadow his talent. ya Allah berat jugak ujian ni. because, admit it who wouldnt fall for that face and those eyes kan. harap-harap lagi banyak post2 yang boleh sedarkan pemuda pemud Islam di luar sana bahawa saudara seferagic ni harus dikagumi sebab usianya yang muda dan cintanya pada agama. bukan sekadar kerana rupa. in shaa Allah.

    ReplyDelete