Wednesday, December 7, 2011

Dunia Baru

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Terbayang kenang-kenangan suatu ketika dahulu apabila menonton satu drama bersiri berjudul "Dunia Baru" yang menampilkan Elyana dan Pierre Andre sebagai teraju utama,kini giliran aku sendiri melangkah ke alam kolej.Ada yang sama ada yang berbeza,setelah sedikit sebanyak ku bandingbezakan pengalaman ku sendiri melangkah ke alam kolej dan drama itu.Alkisah,sebelum ni aku telah gambarkan bagaimana akhirnya aku menjadi seorang penuntut di Taylor's College Subang Jaya.Mungkin wujud sedikit kekeliruan untuk post yang sebelum ini apabila gambar-gambar itu merupakan gambar Taylor's University College Lakeside dan bukannya Taylor's College Subang Jaya.Untuk makluman,terdapat sekurang-kurangnya tiga cawangan Taylor;pertamanya Taylor's College Subang Jaya,Taylor's University College dan Taylor's College Sri Hartamas.Untuk makluman juga,Taylor's College merupakan antara kolej yang termahal di Malaysia dan baru-baru ini Taylor's College diumumkan oleh Ministry Of Higher Education(MOHE) sebagai satu daripada kolej swasta di Malaysia yang mengekalkan status 6Bintang..to the fact that i'm one of the taylorians,i'm proud of that..(^_^)
*untuk cerita penuh,klik link di bawah..hehe



Ini lah Taylor's College Subang Jaya,gambar diambil dari aras 3




Ini pula dari bawah

Pelajar-pelajar tajaan di Taylor's College Subang Jaya terdiri daripada tiga program persediaan iaitu South Australian Matriculation(SAM),Cambridge A-Levels(CAL) dan Canadian Pre-U(CPU).Sebenarnya penuntut CPU ditempatkan di sebuah bangunan yang agak terpisah dari main campus,dikenali sebagai CPU Building,tapi kira masuk Taylor's College Subang Jaya jugalah.Secara jujur,para pelajar tajaan hanyalah sebilangan kecil sahaja.Sebahagian besar pelajar di Taylor's College Subang Jaya ialah pelajar private dan sebahagian besar dari mereka ialah dari kaum Cina.Dari segenap aspek,tipu jika dikatakan aku tidak mengalami apa-apa kejutan budaya apabila pertama kali melangkah ke kolej ini.Namun begitu hari demi hari aku belajar membiasakan diri.Mungkin di mata orang di sekelilingku aku sudah berubah,ya mereka boleh katakan apa sahaja yang mereka mahukan,terpulanglah samada sengaja ingin mendugaku atau apa jua niat mereka apa yang penting bagiku,aku tahu siapa aku.Dia yang Maha Mengetahui segala apa yang terlintas di hati setiap hambaNya,jadi tidak kiralah apa jua yang orang-orang ingin katakan,asalkan aku tahu apa yang aku lakukan dan aku tahu jua yang Dia tahu,itu sudah mencukupi.Jadi setiap apa sahaja yang merentasi gegendang telinga ku,akan ku tapis sewajarnya,jika membina ya terima kasih tidak terhingga,akan ku baiki apa yang perlu,tapi jika hanya omong yang tiada berpaksi,maaflah tiada ku layan.


Semua pelajar di bawah tajaan yang menuntut di Taylor's College Subang Jaya ditempatkan di Casa Subang Apartment.Apartmen tersebut terletak kira-kira 5km dari kolej.Namun pengangkutan disediakan secara percuma.Pengangkutan yang disediakan ialah bas.Setiap pagi bas akan mengangkut pelajar dari apartment ke kolej dan setiap petang sebaliknya.Kami pelajar-pelajar Taylor's College yang tinggal di Casa Subang Apartment sudah menjadi satu keluarga.Kami terdiri daripada pelajar tajaan dari MOE,Petronas,MARA,Bank Negara,Sime Darby,JPA dan yang paling best,National Scholars.Semuanya sedang membuat persediaan sebelum terbang ke seberang laut.Jadi di Casa Subang Apartment,aku ditempatkan di unit A1901..tingkat 19..agak tinggi juga lah..kan kan kan?haha..

inilah rumahku,A1901




haa,kat belakang tu la Casa Subang Apartment,yang nampak kawasan lapang tu tempat parking mydin tapi takde orang sebab sebenarnya gambar ni diambil pada pagi Hari Raya Aidiladha 2011,tak balik kampung raya tahun ni..ni on the way nak pergi masjid untuk menunaikan solat sunat aidiladha dan yang kat sebelah tu ialah housemate,Luqman Hakim,pelajar tajaan petronas yang sedang mengambil program American Degree Program(ADP),tak lama lagi akan terbang ke USA untuk menyambung pengajian dalam bidang engineering,insyaAllah..


Satu fakta yang agak menarik mengenai Casa Subang Apartment ialah,terdapat ramai warga asing yang turut tinggal di apartment itu.Paling ramai ialah warga Africa atau lebih dikenali sebagai negro atau nama manja,neggie,haha..Aku sendiri kurang pasti mengapa perkara itu boleh berlaku tapi yang pasti kehadiran mereka ke negara ini nampaknya secara sah dan kebanyakan dari mereka kelihatan tergolong dalam golongan yang professional.Barangkali mereka datang ke Malaysia atas urusan kerja.Paling menarik apabila turun ke surau di aras 1 di Casa Subang Apartment,setiap malam pasti akan ada jemaah dari kalangan mereka.Ini sudah menjadi satu senario yang amat lazim di Casa.Bahkan sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah dari mereka untuk maju ke hadapan dan mengimamkan solat kami.Namun tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka yang berperangai kurang sopan.Jadi kesedaran untuk menjaga diri amat ditagih,bukan sahaja di Casa sebenarnya tetapi walau di mana jua kita berada.Sesungguhnya malang itu tidak berbau.

Sebenarnya masih terlalu banyak perkara yang ingin ku coretkan di sini,tapi untuk kali ini mungkin sekadar itu sahaja.Berdasarkan pengalaman sendiri,aku tidak suka membaca apa-apa entri yang terlalu panjang terutamanya jika ianya belum pasti mendatangkan manfaat.Adakalanya tanpa berfikir panjang aku terus mengabaikan artikel-artikel yang kelihatan panjang.Jadi aku tidak mahu suatu hari nanti aku sendiri pun tidak berminat untuk membaca post kali ini.Apa pun,terima kasih jika ada yang telah membaca sehingga ke titik ini,terima kasih juga jika-jika ada yang hanya membaca baris ini.Terima kasih kerana menyoroti coretanku yang masih mentah tentang dunia blog ini..Salam sejahtera ke atas kamu..(^_^)

8 comments:

  1. piuwwww..main kenyit2 mata plak..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, boleh tanya. program SAM tu macam mana ye?
    lagi satu, dekat taylor kebanyakkannya kos business kan?
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      SAM ialah singkatan kepada south australian matriculation..kursus persedian sebelum melanjutkan tertiary study dekat australia...SAM juga valid utk sambung study di UK dan Canada. Tapi biasanya utk ke UK pelajar akan ambil Cambridge A-Levels dan utk ke Canada pula pelajar akan ambil CPU (Canadian Pre U).

      Tempat saya belajar ini ialah Taylor's College Subang Jaya, di sini semuanya program persediaan luar negara sahaja, tiada degree..

      Utk degree pelajar akan proceed ke Taylor's University Lakeside, haa kalau akt situ baru macam2 course ada, business dan macam2 lagi..

      sama-sama :)

      Delete
  3. Assalamu'alaikum. i'd like to ask...do u think that taylor is the right place to pursue our degree?based on your experience...does this university provides enough and satisfying facilities? and lastly, does it offers a big chance and opportunities for the future career? Thank you...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saya akan mendaftar di taylors utk program sam di bawah petronas julai ini. Since taylors is a private college, i honestly quite curious of all the facilities provided and also the quality of the lecturers. I also wondering is it hard to live among those who are not the same races as us?i would be glad if you can enlighten me a bit.thank you!

    ReplyDelete
  5. Salam can i have ur no to know more about taylors

    ReplyDelete
  6. Salam can i have ur no to know more about taylors

    ReplyDelete