Saturday, May 5, 2012

Mohd Shazrin Bin Mat Razi

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..(^_^)
Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian..
Apa khabar iman?
Masihkan ia seperti bintang?
Terang benderang menerangi kehidupan..
Apa khabar teman?
Di manapun antum berada, semoga Allah sentiasa merahmati segenap urusan..
(kopipasta..hihi)

Alhamdulillah,dalam kesibukan sebagai seorang pelajar SAM,terdetik di hati kecil ini untuk menambah bilangan entri blog ana ini kepada angka 15..Ehh,'ana'?haha..teringin pula nak membahasakan diri ini sebagai 'ana' untuk entri kali ini.Apa salahnya kan.Lagipon buat pengetahuan antum,ana ni sebenarnya pernah menuntut di sekolah menengah agama selama lima tahun.Secara kasarnya ana ada asas bahasa Arab lah.Bahasa alQuran tu,bahasa syurga.Rugilah sesiapa yang tidak mempelajarinya.jadi tidak salah jika mulai hari ini,sematkan di dasar hati untuk belajar bahasa syurga itu suatu hari nanti.InsyaAllah.

Tujuan ana poskan entri kali ini hanya untuk bersyok sendiri sedikit.Asif jiddan ya antum.Entri kali ini ana cuma ingin ceritakan serba sedikit tentang diri ana.Jadi andai kata tiada berminat,antum boleh lah mula memperlahankan bacaan dan terus berhenti dari menelaah taipan ana yang tiada signifikannya ini barangkali.Namun jika masih sudi menyelam entri ini,nah ana sedang menaip lagi untuk bayar kesudian antum ini.(^_^)

Baiklah,nama diberi Mohd Shazrin.Ringkas sahaja.Cadangan dari ayah ana,Mat Razi bin Kadir.Setakat ini,apa yang ana tahu,maksud nama ana ialah kerlingan.Memang kurang sedap,namun terima jualah.Ana Shazrin.Bapa ana berasal dari Besut,Terengganu.Manakala wanita paling penting dalam hidup ana,Suziana binti Abdu Aziz,berasal dari Kuala Terengganu.Jadi jika ingin kalian ketahui,dahulunya di Kg. Pasir Panjang,tempat asal emak ana,terletaknya Maktab Perguruan Pasir Panjang(MPPP).Di situlah Mat Razi bin Kadir melanjutkan pelajaran beliau selepas menamatkan zaman persekolahan. Nak dijadikan cerita,Suziana binti Abdu Aziz tinggal lebih kurang 200meter sahaja dari maktab tersebut. Nak dipanjangkan lagi cerita yang telah ada, nenek kepada Suziana binti Abdu Aziz mempunyai dua buah rumah sewa yang terletak bersebelahan rumah yang didiami. Jelasnya perkara ini ditakdirkan untuk menjadi sebuah cerita, Mat Razi bin Kadir serta beberapa kawan beliau menyewa rumah milik nenek Suziana binti Abdu Aziz. Maka di situlah bermulanya bibit-bibit cinta antara Mat Razi bin Kadir dan Suziana binti Abdu Aziz.Info tambahan,Maktab Perguruan Pasir Panjang(MPPP) itu kini sudah tiada lagi,bangunan-bangunannya masih gah berdiri dipinggir Bukit Besar itu,namun nama bangunan-bangunan itu kini ialah SESTER atau nama penuhnya,Sekolah Sains Kuala Terengganu.

Dipendekkan cerita,tidak lama kemudian mereka memutuskan untuk meneruskan saki baki hidup sebagai pasangan suami isteri.Bermulanya detik itu,Suziana binti Abdu Aziz,datang pula menjadi pemastautin di Besut,bersama suami tersayang. Tanggal 15 Februari 1993 detik bersejarah bagi mereka berdua tatkala lahirnya seorang bayi lelaki yang cukup sihat,membawa mereka kepada suatu anjakan baru sebagai insan bergelar ibu bapa. Anak lelaki itulah yang diberi nama Mohd Shazrin.Dibesarkan dengan penuh kasih sayang,dan kini menaip entri ini dengan penuh besar hati kerana antum masih lagi terus mendaki hingga ke titik ini.Tidak bosankah?Asif jiddan sekali lagi,ana memang khaskan entri kali ini untuk bersyok sendiri.(^_^)

Tidak lama kemudian,tidak sampai setahunpun ana dilahirkan,rupanya Suziana binti Abdu Aziz sudah bersedia untuk menyambut kelahiran kedua zuriat Mat Razi bin Kadir.Tanggal 21 Januari 1994,maka melangkahlah ke alam dunia seorang bayi perempuan yang diberi nama Nor Shamimi,anak kedua pasangan Suziana binti Abdu Aziz dan Mat Razi bin Kadir,merangkap adik kepada ana.Tidak sampai setahun beza umur ana dengan adik ana,cuba teliti,15 Februari 1993,kemudian 21 Januari 1994,belum sampai setahun,setuju?secara teknikalnya ya,antum tiada pilihan melainkan perlu setuju dengan ana.Mulai umur 11 bulanlah ana mulai bergelar abang,mulai berdikari,mulai menerima realiti wujudnya seseorang yang lebih memerlukan perhatian dari seorang insan bergelar ibu.Tiada pilihan,namun tiada masalah jua,ana melalui detik itu dengan jayanya.hihi..Untuk pengetahuan juga,itulah satu-satunya adik ana.Antara insan terpenting dalam hidup ana..(^_^)
Dua beradik

Maka pasangan bahagia itu mula seiring membesarkan dan mendidik dua orang cahaya mata mereka.Mat Razi bin Kadir pada ketika itu berkhidmat sebagai seorang guru matematik di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian.Kemudian atas beberapa alasan kukuh beliau memohon untuk bertukar ke 'darat',lebih mudah untuk pulang ke rumah,bersua dengan dua cahaya mata tercinta.Berpindahlah beliau ke Sekolah Kebangsaan Kerandang.Pada ketika ana berumur enam tahun,Mat Razi bin Kadir yang merupakan seorang guru matematik di Sekolah Kebangsaan Kerandang,mendaftarkan ana untuk ke tahun satu.Dengan berumur enam tahun terus ke tahun satu,tanpa bergelar pelajar tadika mahupun pra sekolah.Tidaklah ianya menjadi satu halangan lantaran Suziana binti Abdu Aziz sudah mengadakan kelas tadikanya hampir setiap hari untuk ana,ana sudah terlatih dengan asas-asas ilmu itu,tidak perlu ke tadika,tidak perlu pra sekolah.Perkara serupa juga terjadi kepada adik ana,setahun kemudian,adik ana yang ketika itu berumur enam tahun didaftarkan ke tahun satu di sekolah yang sama.

Alam persekolahan,ana percaya antum semua pernah lalui,jika tidak masakan antum mampu membaca deretan perkataan ini?Jika ingin diceritakan secara terperinci,ana risau entri kali ini bertukar kepada novel online pula.Cuma apa yang ingin diperkatakan,pengalamannya sedikit berbeza untuk belajar bersama dengan rakan sekelas yang setahun lebih tua.Namun berani ana katakan disini,ana tidak pernah tertinggal di belakang,bahkan agak terkehadapan juga.Akhirnya ketika melangkah ke tahun lima,dengan masih berumur 10 tahun,ana dilantik sebagai seorang pengawas sekolah.Dipendekkan cerita,setelah menamatkan tahun lima di sekolah itu,Mat Razi bin Kadir mengesahkan bahawa permohonan beliau untuk bertukar sekolah lagi telah diluluskan.Sekolah baharu itu lebih dekat dengan rumah ana.Jelas faktor utama permohonan tukar itu ialah kekangan jarak. Di sekolah baharu itu, Sekolah Kebangsaan Tanah Merah,ana sekali lagi menduduki tahun lima.Ana terpaksa berbuat demikian kerana untuk menduduki peperiksaan UPSR,ana perlu berumur 12 tahun.Jadi begitu jua adik ana,sekali lagi menduduki tahun empat.Belajar perkara yang sama amat membosankan.Namun bahagian yang menyeronokkan ialah,setiap kali peperiksaan,ana merupakan top student.Manakan tidak top nya,ana sudah khatam semuanya tahun lalu.Ketika di dalam kelas juga,ana melibatkan diri secara aktif,masih lagi dengan alasan yang sama,sudah ana pelajari semua yang diajarkan.Lantaran menonjolnya ana pada waktu itu,ana dilantik sebagai pengawas sekolah di sekolah baru. Selepas hanya beberapa bulan berada di sekolah itu,ana bergelar seorang pengawas sekolah.Lebih mengejutkan,pada ketika tahun enam,ana dipilih sebagai ketua pelajar.Mungkin kerana pencapaian ana dalam setiap peperiksaan yang amat memberangsangkan,dan juga seiring dengan akhlak yang tidak kurangnya,melainkan kenakalan yang memang tidak dapat dielak.Tahniah kepada Suziana binti Abdu Aziz dan Mat Razi bin Kadir.Hujung tahun itu,ana menduduki UPSR.Jujur ana katakan,UPSR sangat mudah bagi ana.Maklumlah dua kali melalui tahun lima.Sebaik sahaja ana melangkah ke tahun enam,setiap peperiksaan bulanan ana menjadi top student dengan pencapaian semua A iaitu 5A.Alhamdulillah,keputusan itu dapat dikekalkan sehingga ke UPSR,dengan nama ana berkumandang sebagai seorang daripada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat semua A.

Berbekalkan keputusan itu,ana selayaknya memohon untuk ke mana-mana Maktab Rendah Sains Mara mahupun mana-mana sekolah berasrama penuh.Tambahan pula ana memegang sijil sebagai ketua pelajar.Namun Suziana binti Abdu Aziz berjaya meyakinkan ana dan juga Mat Razi bin Kadir untuk ana meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah,sebuah sekolah agama berdekatan rumah ana.Alasannya beliau tidak sanggup berpisah dengan satu-satunya anak lelaki yang beliau miliki.Begitulah kasih seorang ibu.Jadi ana meneruskan alam persekolahan ana di SMKA Wataniah.Alhamdulillah,di sebalik sedikit sebanyak kegusaran pada awalnya,rupanya berada di SMKA Wataniah merupakan satu anugerah kepada ana.Apa dan kenapa dan bagaimana boleh ana katakan sedemikian?Tunggu entri seterusnya.Ana sudah kepenatan menaip sambil membelek-belek kembali lukisan-lukisan lama dalam fikiran ana.Sekali lagi jika antum sudah secara sedar atau tidak,membaca entri ini sampai ke sini,terima kasih ana ucapkan.Jika antum hanya sacara randomnya memilih baris-baris akhir ini untuk diteliti jua,terima kasih diucapkan,sekurang-kurangnya baris-baris akhir ini masih ada pembacanya.Sekadar itu sahaja untuk kali ini,insyaAllah dalam masa terdekat akan ana sambungkan hikayatnya ana di sekolah menengah dan sebagai seorang pelajar kolej,insyaAllah.Wassalam..(^_^)


7 comments:

  1. huhuh blewh tahn jln pncritaan nye.. hakx3
    ade gaya mcm ahli sastra negara .. huhuhu..
    gud try yea !!!

    ReplyDelete
  2. nantikan bahagian keduanya..hihi..:D

    ReplyDelete
  3. yup i will insyallah...
    cpt sikit update nye ye...
    huhuh... ;)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. haha..tengs kawan..tengs jugak sbb jadi salah satu watak penting dalam cerita ni...:)

      Delete