Friday, March 8, 2013

Muslim Zalim VS Kafir Adil

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.

Pertama sekali saya ingin memohon kemaafan jika anda rasakan tajuk entri ini sedikit tidak sesuai atau mungkin tidak beradab. Saya sudah memikirkannya dan saya tetap meneruskan hasrat di hati kecil ini untuk menamakan entri ini sedemikian. Hal ini kerana ia bersesuaian dengan konteks yang akan dikongsikan dalam entri kali ini. InsyaAllah.

Baru-baru ini saya ada berkongsi kupasan oleh Ustaz Wan Ji At-Ta'aduddi tentang persoalan mengundi calon non muslim semasa pilihanraya. Jika anda belum membacanya, anda mungkin berminat untuk berbuat demikian, anda cuma perlu klik ke link ini, Persoalan Undi Calon Non Muslim.

Jadi kali ini saya akan berkongsi pula nukilan Ustaz Muhammad Noorazam Bin Bahador tentang ruang lingkup perbincangan yang masih sama iaitu tentang mengundi calon non muslim. Cuma coretan Ustaz Muhammad Noorazam ini lebih berfokus kepada pandangan oleh Al-Imam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah dalam memilih calon untuk diundi apabila munculnya pertembungan muslim yang zalim dan kafir yang adil.

Saya cedok penulisan oleh Ustaz Muhammad Noorazam 100% tanpa sebarang pengubahsuaian bagi mengelakkan kesalahan fakta. Sama-sama kita renungkan.


PEMILIHAN PEMERINTAH MENURUT AL-IMAM IBNU TAIMIYYAH RAHIMAHULLAH DALAM SITUASI BERTEMBUNG ANTARA MUSLIM YANG ZALIM DAN KAFIR YANG ADIL :

Fadhilatus Syaikh Ali Jum'ah Hafizahullah ketika membincangkan susunan Maqasid Syariah yang 5 dalam kitab beliau "Al-Madkhal Ila Dirasah Mazahib Al-Fiqhiyyah" - telah menyebutkan dan mengulas pandangan Imam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah dalam persoalan Pemerintahan :

"Ibnu Taimiyyah Rahimahullah mengutamakan Kafir yang Adil dalam pemerintahan berbanding Muslim yang Zalim dalam pemerintahan dari sudut mengimarahkan (mengurus dan mentadbir) dunia. Ini kerana KEADILAN ADALAH ASAS PEMERINTAHAN.

Ibnu Taimiyyah Rahimahullah mentarjihkan (mengutamakan) perkara ini atas asas : Kafir yang Adil telah menepati Nilai Ketamadunan Islam dalam persoalan ini(pemerintahan),sekalipun dari sudut agamanya dia berbeza dengan Islam.

Ianya adalah kerana asas tegaknya Tamadun Islam itu adalah KEADILAN. Yang mana dengan keadilan inilah tertegak dan terpeliharanya Nyawa,Aqal,Keturunan,Harta Benda, yang menjadikan tertegaknya urusan dunia ini disebabkannya,manakala kezaliman pula akan menghancurkan perkara-perkara tersebut.

Seorang Muslim pula,walaupun dia terikat hubungannya dengan Agama (Islam),akan tetapi dalam keadaan ZALIMnya tadi,dia akan menghancur dan menghapuskan nilai-nilai yang terbina di atas Maqasid-Maqsid yang lain yang diperlukan untuk menegakkan Ibadah dan Imarah,dan ini tidak akan membawa kepada tercapainya matlamat di dalam realiti kehidupan.

Dari sudut inilah difahami dan diletakkan pandangan Ibnu Taimiyyah Rahimahullah."

[Al-Madkhal Ila Dirasah Al-Mazahib Al-Fiqhiyyah - Darus Salam m/s 319]

p/s :

Perbahasan Fiqh Islami terhadap persoalan melantik non-muslim memegang tanggungjawab pemerintahan bukanlah baru.
Ada Fuqaha' yang menghalang dan ada yang membenarkan.

Tugas Sarjana Ummah semasa terutama di Negara kita adalah untuk mengambil faedah dari pandangan Fuqaha' terdahulu dan meneliti pandangan manakah yang bersesuaian dengan realiti dan maslahah negara.

Yang tidak patut berlaku ialah - menafikan pandangan yang tidak sehaluan secara mutlak,dan menganggapnya sebagai tidak bertepatan dengan Islam.

Wallahu'alam.

7 comments:

  1. MUSLIM ADA YANG TAK ZALIM. kebanyakan yang zalim adalah mereka yang jahil

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar, bahkan MUSLIM KEBANYAKANNYA TAK ZALIM, muslim yang zalim tu yang jahil. Yang jahil sebeginilah lebih baik dipilih kafir yang adil berbandingnya utk dijadikan pemimpin.

      Delete
    2. undilah calon muslim yg berwibawa tanpa mengira parti politik

      Delete
    3. tetapi perlu dilihat komposisi agama dianuti rakyat Malaysia, negara kita ini berbilang kaum, berbilang agama juga. Jadi saya rasa tidak wajar jika di parlimen 100% muslim, perlu ada suara non muslim di parlimen.

      Seperkara lagi, realiti politik di Malaysia ialah BN vs PR..jadi pengundi perlu bijak dlm memilih yg mna layak membentuk kerajaan dan memerintah. Dlm memilih antara BN atau PR, tidak dpt dielak disesetengah kwasan hnya calon non muslim yg bertanding, di situlah perlunya pertimbangan utk undi calon non muslim yg memenangkan BN atau PR..ingin kekalkan BN atau ubah kpd PR..itu terpulang, yg pasti dlm Islam memilih non muslim menjadi pemimpin bukanlah suatu larangan selagimana kafir itu boleh berlaku adil, ini kerana KEADILAN adalah asas pemerintahan.

      untuk lebih kefahaman jemput baca entri saya ini, http://shazrinmraz.blogspot.com/2013/02/persoalan-undi-calon-non-muslim.html

      moga bermanfaat..

      Delete
  2. Nice entry. thanks sharing. btw, sy lom layak g nak jd salah sorg pengundi :)

    ReplyDelete
  3. Kufur dan syirik adalah kezaliman yg paling besar...

    ReplyDelete
  4. Kufur dan syirik adalah kezaliman yg paling besar...

    ReplyDelete