Alhamdulillah. Atas segala nikmatNya kita masih bernyawa. Alhamdulillah.
Seperti yang tertera di tajuk nun di atas, entri kali ini saya ingin sentuh tentang penggemar-penggemar KPOP. Saya kira secara umumnya semua sedia maklum akan apa itu KPOP. Jadi tidak perlulah saya mengulas tentangnya.
Beberapa tahun kebelakangan ini, kegilaan KPOP ini semakin menular dalam kalangan masyarakat negara kita. Tanpa niat untuk menyalahkan anasir sekularisme yang kian subur di negara tercinta kita ini, hingga sebahagian besar dari kita menjadi 'lali dengan dosa', saya cuma ingin mengingatkan tentang pemasalahan ini, dengan harapan hasilnya akhir nanti, akan ada hati-hati yang mula terdetik untuk berhijrah ke arah kebaikan. InsyaAllah.
Jadi bagaimana hari ini begitu ramai sekali, dalam kalangan remaja terutamanya, perempuan lebih-lebih lagi, begitu menggilai orang-orang Korea ini? Secara jelasnya, pernah saya lihat dengan mata kepala sendiri, alasan mereka pelakon dan penyanyi Korea ini mempunyai wajah yang sungguh 'kawaii' dan badan yang begitu solid. Apakah ini? Bukankah Islam menyuruh kita menjaga pandangan?
Ramai kaum hawa lazimnya mengatakan hanya kaum adam yang perlu menundukkan pandangan. Katanya kaum adam yang sering mudah tergoda. Ada yang hanya berkata sesedap rasa sahaja. Ada juga yang berpaksikan potongan ayat berikut:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (AnNur: 30)
Baiklah, tidak syak lagi, kaum lelaki sememangnya wajib menjaga pandangan. Namun Islam itu indah. Tidak berat sebelah. Penuh dengan hikmah yang disalurkan menerusi AlQuran dan AlHadis. Buktinya, hayati ayat berikutnya ini, sambungan ayat di atas:
Tidakkah jelas di situ bahawa kaum wanita juga perlu menjaga pandangan? Adakah artis-artis Korea kegilaan anda itu, yang anda tatapi hari dan malam itu, halal bagi anda?
Di sini sebenarnya, tidak timbul isu jantina. Lelaki atau perempuan, sama sahaja. Bahkan saya mempunyai sahabat-sahabat lelaki yang turut meminati KPOP ini atas alasan yang tersendiri.
Saya cukup kesal, saya pernah bersekolah di sekolah agama dan punyai ramai kawan yang bersekolah di sekolah agama. Sayang sekali bila adakalanya melihatkan penampilan sungguh muslimah,tiada cacat celanya, namun hantu KPOP rupanya. Kenapa begitu? Sayang seribu kali sayang. Saya tidak salahkan penampilan anda, namun mengapakah biarkan hati memuja yang tidak halal? Islam menegah perkara itu. Bukankah Islam mengajar kita untuk mempraktikkan ajarannya yang murni dalam setiap apa yang kita kerjakan? Tidakkah dengan anda berbuat begitu, anda menafikan ayat berikut:
Perempuan dan lelaki sama sahaja. Yang perempuan meminati pelakon lelaki, yang lelaki meminati pelakon perempuan. Tidak perlu saya utarakan tentang pemakaian para artis Korea ini yang jelasnya tidak menutup aurat. Mungkin ada yang memberi alasan bahawa mereka tidak berniat untuk menatapi aurat yang ditayangkan, namun ingatlah syaitan itu musuh kita yang nyata, setiap saat syaitan akan mengajak kita menuruti mereka. Oh anda perlu sentiasa tahu, perancangan syaitan itu sungguh kotor lagi licik. Jangan kita tersuntik oleh jarum-jarum terkutuk mereka sehingga kita lali dengan dosa!
Perkara ini tidak terikat kepada KPOP sahaja sebenarnya. Bahkan mana-mana individu yang anda minati. Anda mungkin rasakan tiada salahnya. Namun ambil masa dan renungkan kembali, kenapakah anda begitu meminati mereka? Meminati itu tidak salah, namun jangan kerana minat itu kita semakin jauh daripada Allah!
Di sini saya sertakan satu video yang suungguh-sungguh menghancurkan hati saya tatkala melihat saudara seIslam saya telah pergi sejauh ini gara-gara orang-orang Korea ini. Tidak tahu untuk menyalahkan siapa, namun saya mohon, jauhilah perkara ini. Jika terdetik satu titik redha, apalagi menyukai perkara ini, cepat-cepatlah beristighfar.
Peringatan ini peringatan bersama. Peringatan untuk anda dan lebih-lebih lagi diri saya.
Bersama mengejar redah Ilahi.^^
tak salah kalau nak suka.tapi jangan sampai lagho.sedih dengan dunia sekarang ;(
ReplyDeletebenar..hiburan bertentangan syarak terus menerus menembusi benteng umat Islam..
DeleteDayah ni jarang sangat minat artis2 ni .. tambh2 korea .. Lagi xkenal..
ReplyDeletealhamdulillah jika mcm tu..artis2 ni tak sepatutnya menjadi pujaan, sepatutnya kita letakkan para ulama sebagai role model kita.. :D
Deletebetul tu sy pon x da lh mnat teruk sgt stakt dga lagu ja.Jarang amik tau nama ataupun dunia hiburan ni
ReplyDeletedgr lagu itu tidak mengapa kerana hiburan dibenarkan dalam Islam selagimana tidak melampaui batas.. :)
Delete