Thursday, May 5, 2011

hidupku..

Teringin pula untuk mencoretkan post kedua...macam mana jadinya post ni aku sendiri pun tak pasti..haha..almaklum la,bru sje menjinakkan diri dengan dunia blog ni...walaubagaimanapun,alhamdulillah,sudah kelihatan seperti satu blog apa yg aku buat ni...insyaAllah akan ditambah baik dari semasa ke semasa..untuk post kali kedua ni,aku nak coretkan sedikit tentang zaman persekolahan ku yg tersangat indah..ya,ia cerita lama,tapi "cerita lama" tu sebenarnya ialah kenangan..lagipun blog ni baru sahaja ditubuhkan(?),so baru sekarang aku brpeluang mencoret tentang ni..erm,result final exam form4 2009 membawa ku ke kelas 5Ibnu Sina untuk tahun 2010....tahun besar utk hidupku...tahun utk aku berhadapan SPM...penentu masa depan ku...melihat senarai nama 5IBS 2010,hnya 3 org lelaki;aku,Zuhaidi dan Hadi..agak kecewa kerana kaumku sedikit,namun msih terukir senyuman tatkala menyedari mereka berdua masih ada..
kami rakan karib,mungkin 3sekawan lagenda SMKA Wataniah..^^


ya,kami bertiga akrab..kemana sahaja bersama..mcm2 gelaran diberikan,tiga abdul,doremi,triple-kok,bujang lapok,*****besar,sederhana,kecik(ustazah saudah..haha)..


Dalam pada itu,tidak lupa juga kepada teman-teman lain,iaitu another 22girls..haha..22girls vs 3boys..frankly 3boys ni memang tak pernah kalah dengan 22girls tu walaupun mereka melancarkan pelbagai taktik perang mereka..tapi we're the three imperturbables tak pernah tergugat..haha

nadiya,asnida,aina,sabrina dan madam Mas


farah dan husna,geng kuat study ni...(^_^)





Dengan kombinasi 3boys and 22girls ini lah,maka terbentuknya 5IBS 2010.....inilah kami...
kami bertiga dengan kubu kami di tengah-tengah 22girls tu,memang sentiasa kena serang,tapi kami tetap teguh...kena serangan air kat faezah,aku serang balik,kena baling barang2,zuhaidi serang balik,kena serang secara psychology hadi lancarkan serangan balas..haha..time PSI,gelak tawa dgn Ustazah Saudah memang tak pernah kering gusi,benderam memang cukup berkait rapat dengan ustazah..haha..time sejarah,nota tak pernah siap,datang awal pagi2 pinjam nota tiyah aku tiru,nota zuhaidi,nota farah,nota anisah and ramai lagi yang dah jadi mangsa aku,bila kena tasmi' depan Cikgu Khazanah,confirm ternganga..haha...nota PQS pon tak pernah buat,Ustazah Zakira tiap kali masuk kelas mesti tanya nota,semua buat muka tak bersalah,hakikatnya aku tak pernah buat nota pun,tapi yela ada jugaklaa yang rajin buat nota..haha..Ustazah Azizah pula tak pernah jemu memberi nasihat,macam2 pengalaman diceritakan buat teladan kita bersama,homework kalau tak siap kena berdiri dalam kelas la jawabnya,kadang2 luar kelas..hihi..time addmath jantung aku berdegup kencang sepanjang masa,bila Cikgu Hanisah lalu kat tepi aku memang nerves tahap asbestos,bila boleh jawab satu soalan plak rasa macam dah dapat segulung ijazah..haha..time math lagi bes,memang kalau sehari tak kena dengan Cikgu Rahimah tak sah,cikgu paling sempoi..haha..Cikgu Nek Zainab pula cikgu paling baik di dunia,sentiasa tersenyum walaupun anak2 murid dia tak pernah siapkan homework BM,maafkan kami cikgu..hihi..time BI,favourite aku,sentiasa enjoy belajar english dengan Madam Mas,kadang2 kena jugaklah fire2 sebab tak siap homework..hihi..dan fizik,kimia,bio..hehehe..dibarisi pendidik cekal melayan kerenah kita semua,Cikgu Ain,Cikgu Salwati dan Cikgu Azimah..3subjek paling tough,tapi aku?study tak pernah tough..eventually,result SPM pon tak berapa tough jugak..tapi tahniah buat sahabat2 yang berjaya dengan cemerlang..

Begitu indah detik2 itu..jika saja aku mampu kembali ke saat itu,tapi harusku terima kenyataan hidup ini..aku sangat2 sayangkan sahabat2ku..dan sejujurnya aku sentiasa cuba menjaga hati dan perasaan sahabat2ku,namun aku tahu aku takkan pernah mampu untuk menjaga hati semua orang..dan juga aku tahu,tentunya ada yang tidak menyenangi diri ini..maafkan kekurangan aku sahabat2ku sepanjang perkenalan kita...ketahuilah jua aku sentiasa memaafkan kalian semua andai wujud sebarang perselisihan...sesungguhnya kalian semua cukup sempurna untuk membentuk satu kenangan terindah dalam hidupku......ya,kini segalanya tinggal kenangan....kita semua sudah berpecah ke merata dunia,insyaAllah meneruskan perjuangan mencari ilmu pengetahuan,lillahitaa'la....sekian dulu utk pos kali ni..hehe..excitednyer dah pandai letak gambar kat post...tak sabar nak belajar lagi apa yang boleh buat kat blog ni...haha..(^_^)

6 comments:

  1. wah..dah pandai buat blog...kalu gini,aku nak blaja buat blog jugak laa...ajar aku weh!! _faiz

    ReplyDelete
  2. hahaha...mcm echa jugak rupe nyer....

    ReplyDelete
  3. wah..weh,mg serang ak dlu masalahnyer..haha

    ReplyDelete
  4. Fa:sedap deh mu kta ak serang dlu...mu tu serang ak dlu guna botol air mu tu...haishh...nyanyuk dahhh mokcik ni....hahahahaha...XP
    Aika:btul ka....rinduuu sgt2....dlu slalu ase mcm byk problem sgt2 doh,tp hakikatnya wktu tu bes sgt2...

    ReplyDelete
  5. salam.. yen, menarik lah post ni.. rindu geng ibnu sina.. sepanjang baca post ni, pemikiran terbang balik SMKAWA masuk 5IBS, teruskan menulis kerana Allah.. blog juga menjadi medan untuk kita sampaikan ilmu, medan untuk kita terus mengutip pahala..

    ReplyDelete