Friday, March 15, 2013

Suara Merdu Seorang Budak Jerteh, Besut

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.

Petang jumaat ini sedang saya meninjau-ninjau di laman muka buku tiba-tiba terserempak dengan video bertajuk,"Suara Merdu Seorang Budak Jerteh, Besut" yang dikongsikan seorang sahabat. Jerteh ini tempat lahir saya, sudah tentu saya tertarik untuk menontonnya.


Setelah menontonnya saya terkejut besar apabila mendapati wajah budak lelaki itu kelihatan saling tak tumpah seperti salah seorang sepupu sebelah ayah saya. Saya memerhatikan dengan teliti, saya rasa itu memang Muhammad, sepupu saya. Saya terus memanggil ibu dan adik saya untuk mengesahkan, lantas mereka mengesahkan yang itu memang Muhammad.

Muhammad
Untuk makluman Muhammad yang merupakan anak ke 10 daripada 12 orang adik beradik ini tinggal di Kg. Hutan Nangka, Besut. Ayah Muhammad yang dikenali Abg Ya, merupakan seorang penternak lembu berjaya selain mengusahakan beberapa petak bendang di kampung saya ini. Ibu Muhammad pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kini Muhammad sedang belajar di Maahad Tahfiz Matlain Badrin, Besut.

Sedikit info juga, beberapa tahun yang lalu, keluarga kami digemparkan dengan berita memilukan apabila abang sulong Muhammad telah mati dibunuh dengan kejam. Saya mengenali arwah dengan cukup akrab, sering tidur bersama makan bersama, seluruh penduduk kampung terkesan dengan pemergian arwah kerana arwah cukup indah akhlaknya. Arwah merupakan seorang senior di sebuah pondok pengajian agama di Pasir Mas di Kelantan dan di situlah mayat arwah ditemui. Saya tidak berhasrat untuk bercerita panjang tentang ini, cukuplah jika kita sudikan diri untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Baiklah, apa pun sama-sama kita hayati alunan suara Muhammad ini. Mana tahu jika-jika dapat menyentuh hati-hati yang masih membatu.(^_^)


39 comments:

  1. Awk kenal dia ? sampai kan salam sy pada budak laki ni . suara dia sgt merdu . Tenang hati sy lepas dengar suara dia . Berulang kali sy mainkan video ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenal, dia sepupu saya. InsyaAllah saya akan cuba sampaikan jika berjumpa dia dlm masa terdekat.. :)

      Delete
  2. Saya pun ore jerteh. Tempat muhammad belajar nie dekat sngt dgn kg saya , Jabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, Maahad Tahfiz Matlain Badrin tu kat Jabi.. :)

      Delete
  3. wah.... berbakat... nice sharing... nak berkenalan ngan admin ngan budak suara merdu tuh leh? hehe

    ReplyDelete
  4. masyaALLAH.. merdunya suara ! :)

    ReplyDelete
  5. KY juga ada dengar suaranya, memang best

    ReplyDelete
  6. dah tgok video nieyh...merdu suare dye...semoga dia dilindungi..amin

    ReplyDelete
  7. suara yang merdu di salah guna..suruh depa mengajikan baguih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tetapi saya ingin saudara jelaskan bagaimana saudara boleh katakan suara Muhammad ini disalahgunakan? saya rasa wujud kekeliruan dlm diri saudara. pertamanya ini bukanlah suatu hiburan yg berlebihan, sedangkan dlm Islam itu sememangnya ada hiburan yg dibenarkan, lebih2 lagi alunan zikir2 dan lagu nasyid kerohanian yg boleh mengajak manusia mengingati Allah. jadi dari sudut mana saudara kata suara ini disalahgunakan? jika berkunjung lagi ke sini sila jelaskan.

      rasanya tak perlu kita suruh mereka mengaji pun mereka masih akan tetap mengaji, untuk pengetahuan mereka ini pelajar maahad tahfiz. :)

      Delete
    2. Bro, rasanya Abulkhoyr sampaikan itu bukan kepada Muhammad . Tapi kepada yang suara yang merdu selain muhammad tu .

      Delete
  8. Subhanallah...video ni daa tersebar luas di facebook, merdu sungguh!...moga roh arwah dicucuri rahmat Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik ni belum meninggal lgi..yg meninggal mtu abg dia lah...

      Delete
    2. haha ye...sy tuju kat abg dia laa...

      Delete
    3. doakan juga keselamatan abg Muhammad yg ketiga, beliau baru sahaja menjalani pembedahan kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya, patah kedua belah kaki dan sebelah tangan..

      Delete
    4. Allahu..ujian Allah kepada orang yang beriman,makin bertambah keimanannya...

      Delete
  9. Subhanallah!!! Macam Maher Zain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mana tau jadi Maher Zain Malaysia.. :D

      Delete
  10. Subhanallah merdu sungguh suara dia..sampaikan salam saya buat beliau ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya akan cuba tunaikannya jika bertemu dengan Muhammad dlm masa terdekat.. :)

      Delete
  11. Merdu sangat suara dia. Apa tajuk lagu tu eh? Btw, krim salam kt dia eh. Comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti, jika tidak silap saya bertajuk "AlQuran". InsyaAllah saya akan cuba sampaikan.. :)

      Delete
  12. boleh tahu tak tajuk yg first adik tu nyayikn ?

    ReplyDelete
  13. Subhanallah... Merdunya suara Muhammad... Wajah yg indah,suara yg merdu,akhlak yg bagus satu anugaerah Yang Maha Esa yg tiada taranya... Gunakan kelebihan yg ada dengan sebaiknya dlm menyebarkan dakwah melalui nyanyian @apa sahaja...

    ReplyDelete
  14. Subhanallah

    Nice sharing. Good blog, follow you :)

    ReplyDelete
  15. As salam.Boleh saya dapatkan no untuk hubungi adik muhammad ini? blh reply di email saya inishah6@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Comey betul. Besar nanti ni ramai orang nak buat menantu.

    ReplyDelete