Monday, December 31, 2012

Ambang '13, Islam Dan Jahiliyah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah, sudah menjejak 2013. Beranjak selangkah lagi, semakin hampir kepada mati. Namun manusia itu sering lalai, budaya hedonisme disiram dibaja di segenap peringkat masyarakat. Tidak risau akan apa bekalan ke akhirat kelak, lebih parah ada yang tidak terfikir pun dek terlalu sibuk mengejar dunia penuh fatamorgana ini.

Bukanlah ingin turut teruja dengan hadirnya tahun ke 2013 masihi, namun hakikatnya di negara kita ini detik bertukarnya tahun dalam kalendar masihi sudah menjadi suatu perayaan tahunan. Agak terkilan sebenarnya untuk menelan hakikat betapa suramnya di peringkat kebangsaan, penghargaan diberikan sewaktu tahun ke 1434 kalendar hijrah kunjung tiba hampir dua bulan yang lalu jika dibandingkan dengan sambutan malam tadi.

Namun Islam juga tiada larangan secara khusus untuk meraikan ketibaan tahun baru masihi. Lebih-lebih lagi di negara kita yang berbilang kaum. Tidak salah, selagi mana tiada perkara yang diharamkan dalam Islam diterapkan ke dalam perayaan tersebut.

Walaubagaimanapun, jika kita meletakkan penghakiman diri kita dengan adil, rasanya kita semua mampu menilai apa yang berlaku malam tadi. Malam tadi saya duduk di hadapan komputer riba ini, sekejap-sekejap keluar bilik meninjau rancangan-rancangan di kaca tv. Sudah dijangka, adanya siaran langsung sambutan, yang sempat saya tonton sebentar malam tadi di saluran NTV7. Sambutan peringkat kebangsaan tahun baru, di taman tema I-City jika tidak silap. Kesal. Kecewa. Terkilan. Begitulah antara bibit rasa yang timbul. Tidak nampak nilai-nilai Islam. Lebih teruk pelanggaran ajaran murni Islam terlihat dengan agak jelas. Padahal nampaknya pembesar-pembesar negara kita turut ada di sana. Tidak perlulah saya kira untuk diberi penerangan secara terperinci, kerna saya tahu anda sendiri dapat melihat dengan mata kepala sendiri.

Saya berlalu dan kembali duduk di hadapan komputer riba. Sebenarnya sedang menonton satu lagi sambutan ambang 2013 di livestreaming, yang ini diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Subhanallah. Sungguh hebat. Suasana yang jarang dilihat, tidak nampak seorang wanita pun yang tidak menutup aurat. Lebih hebat si kaum adam pula majoriti mereka berkopiah bahkan ada yang melilit serban. Tiada pula penari-penari. Yang ada pun para ustaz antaranya Ustaz Azhar Idrus. Juga beberapa selebriti terkenal turut turun padang. Paling hebat, kemunculan khas Ketua Ulama' Syria, Syeikh Ali As-Soubuni! Allahurabbi!

Syeikh Ali As-Soubuni(duduk)
Sebagai penutup, keseluruhan hadirin yang hadir yang khabarnya mencecah angka 100000 orang, sama-sama mengalunkan Asmaul Husna. Alllahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! kemudiannya kedengaran. Akhirnya dengan diketuai Ustaz Azhar Idrus, para hadirin menadahkan tangan mengaminkan doa beramai-ramai.

Sungguh hebat. Majlis sambutan itu juga dihadiri oleh sebahagian besarnya anak muda. Teringat pula kata-kata Imam Al-Ghazali,

“Sekiranya kamu ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, maka lihatlah generasi mudanya.”

Melihatkan para pemuda pemudi yang hadir, terasa sinar Islam itu semakin mekar terutamanya jika dibandingkan dengan sambutan di taman tema I-City.

Sebagai seorang Islam yakni sebaik-baik umat, kita diajar untuk menilai antara yang baik dan yang buruk. Jika kita tahu sesuatu itu jelas akan keburukannya, maka kita tinggalkan. Sebaliknya benih-benih kebaikan kita suburkan.

Mungkin ada yang cuba menyuntik sentimen politik dengan apa yang berlaku, biarkan. Apa yang utama kita lihat yang mana lebih hampir kepada Islam. Ayuh kita bersama mereka. Kita tahu, tiada manusia yang sempurna. Kejadian manusia itu tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Namun kita nilai dengan mata hati, ayuh bersama arus Islam yakni jalan yang benar. Kita bersama orang-orang yang berusaha mengajak ke arah Islam. Allah SWT berfirman:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran: 104)

Sesungguhnya cahaya Islam dan jahiliyah itu ada perbezaannya yang nyata. Sama-samalah kita berusaha membersihkan diri dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam segenap urusan.

Bersama mengejar redha Ilahi.


Sunday, December 30, 2012

Kenapa Ku Ingin Bernikah


Kerna ku ingin salur penglihatanku ini menatap seorang insan istimewa yang halal bagiku, dan mensyukuri anugerah terindah itu daripada Mu duhai Sang Pencipta.

Kerna batin ini dahagakan kasih sayang daripada seorang insan yang mendambakan cintanya kepada Sang Pencipta, dan cintanya terhadapku adalah berlandaskan cintanya kepada Mu Ya Allah.

Kerna ku impikan seorang insan yang sentiasa disisi untuk berkongsi bibit kebahagiaan lantas bersama dalam memuji-muji Mu Sang Pencipta, jua seorang insan untukku berkongsi air mata lantas menadah tangan bersama dalam memanjatkan doa kepada Mu Sang Pencipta, dia mengukir cintanya kepada Mu Ya Allah dengan kehadiranku disisi.

Kerna naluri ini ingin sekali memiliki zuriatku sendiri untuk ku besarkan dengan kasih sayang dan beri sepenuh perhatian, bersama anugerah terindah seorang isteri daripada Mu Sang Pencipta.

Kerna ku ingin merasai keindahan ciptaan Mu Sang Pencipta, dan membesar-besar akan nama Mu bersama insan yang telah tertulis untukku sejak azaliku.

Kerna sungguh, dengan hadirnya seorang teman yang halal, hidupku, segenap penjuru amalku bersama sang teman, akan menjadi halal di sisi Mu Sang Penciptaku, dan tlah ku sempurnakan sebahagian imanku.

Dan kerna diri ini jua merupakan anugerah daripada Mu Ya Rabbi, anugerah untuk hambamu yang lainnya, dan izinkanku untuk biarkan dia merasai cinta teragung Mu Ya Allah, melalui diri ini.

Thursday, December 27, 2012

Oley Kembali!

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Suatu ketika dahulu filem pendek bertajuk Oley menjadi tajuk bualan seketika. Dengan kemunculan istimewa  Mat Luthfi.



Kini Oley kembali! Oley 2!

Kali ini ia tampil berdurasi lebih panjang dengan dua episod!
Lebih padat informasi!
Alhamdulillah. Usaha-usaha seperti ini sepatutnya dipergiatkan dalam memperkenalkan Islam di mata rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Baiklah, jika anda berkelapangan, saya sarankan anda saksikan video ini. Episod 1 dan Episod 2!
Episod 1

Episod 2

Saya ada melihat beberapa komen tentang video ini di laman youtube. Ada yang menempelak video ini sebagai suatu agenda politik. Tuduhan seumpama itu bagi saya selayaknya kita abaikan kerana jika kita menonton dan mengikuti media-media massa yang lain sekalipun, sudah lumat mereka dipergunakan sebagai wasilah menyebarkan kepentingan politik masing-masing.

Bagi saya, kita ketepikan segala yang berbaur politik itu, jika anda merasakan politik itu suatu unsur terlalu sensitif. Sebagai seorang muslim, kita sepatutnya bercita-cita agar negara kita tercinta, pada suatu hari nanti akan mempunyai suasana yang sedemikian. Suasana yang bersulamkan nilai-nilai Islam. Mungkin kita merasakan ianya mustahil, barangkali kerna kita tidak pernah didedahkan dengan senario sedemikian rupa. Pun begitu, kita wajib berusaha ke arah mengislahkan negara kita di setiap peringkat, diri kita sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan akhirnya menyumbang kepada pengislahan seluruh alam ini.

Tidak kira di bawah pimpinan sesiapa, mana-mana parti, kita seharusnya sama-sama mendoakan negara kita pada suatu hari nanti benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Kerna Allah SWT telah memberi peringatan keras untuk undang-undangNya dijalankan:

"Dan barang siapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir." (Al-Maaidah: 44)


Mudah-mudahan, apa yang digambarkan dalam filem pendek itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Aminn.

Bersama mengejar redha Ilahi.

Tuesday, December 25, 2012

Ceritera Banjir 25/12/12

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Masih bernyawa walaupun baru sahaja selesai melalui bencana banjir.

Begitulah saban tahun pabila musim tengkujuh kunjung tiba, kami penghuni Pantai Timur Semenanjung Malaysia, seringkali dilanda banjir.

Pada hakikatnya banjir sememangnya merupakan suatu bencana alam. Namun begitu, bagi sebahagian besar daripada kami, ianya sudah menjadi suatu kebiasaan. Alah bisa tegal biasa. Bahkan banjir merupakan suatu pesta yang dinantikan setiap tahun. Jika tidak percaya, cuba lihat status-status facebook anak-anak Pantai Timur yang berada di perantauan ketika musim banjir, pasti mereka menyuarakan keinginan untuk kembali ke kampung untuk "bermain air". Ianya umpama taman tema air tahunan bagi kami. Di tambah pula air yang membanjiri itu datang dari hulu, datang dari bukit, air yang amat kurang tercemar dengan bahan-bahan toksik. Berbeza dengan banjir kilat, yang sering melanda bandar-bandar besar. Banjir kilat berlaku biasanya lantaran daripada saluran-saluran yang tersumbat. Air bertakung. Air yang bertakung bercampur dengan pelbagai sisa domestik mahupun sisa kimia menjadikannya merbahaya.

Walaubagaimanapun, banjir ini boleh bertukar menjadi bencana yang benar-benar digeruni jika ianya terlalu teruk. Nampaknya, pada tahun ini, begitulah yang terjadi, sebahagian besar penduduk Pantai Timur dilanda mimpi ngeri. Terutamanya negeri saya sendiri, Terengganu dan lebih spesifik, di daerah Besut.

Alkisahnya, di kawasan Hulu Besut ini terdapat dua empangan utama untuk menampung bekalan air kepada para pesawah pada musim kemarau. Empangan Jajar dan Empangan Paya Peda. Sebenarnya Empangan Paya Peda ini masih dalam proses pembinaan, belum siap sepenuhnya. Jadi pada tahun ini, dengan kuasa Allah SWT, hujan yang turun begitu luar biasa. Sehingga akhirnya Empangan Paya Peda terpaksa dipecahkan untuk mengelakkan banjir yang lebih buruk.

Cuba bayangkan anda menadah air di dalam sebuah basin besar, dan kemudian anda pecahkan dinding basin itu dan biarkan air mengalir keluar. Kawasan yang dilalui air itu anda bayangkan sebagai kampung-kampung sekitar empangan. Begitulah ceritanya secara analogi. Air yang mengalir itu pula akan terus mengalir melalui sungai-sungai utama dan akhirnya sampai ke lautan. Apabila sungai-sungai itu menerima arus yang berlebihan air akan melimpahi tebing dan berlakulah banjir.

Baiklah, apabila Empangan Paya Peda dipecahkan maka kampung-kampung sekitar dilanda banjir yang luar biasa besarnya. Seorang kenalan ibu saya yang tinggal di sebuah kampung berdekatan empangan itu apabila dihubungi menyatakan "Kami karam". Apabila dihubungi beliau memberitahu sedang berada di suatu kawasan tinggi, di dalam kereta, bersama keluarga, rumah mereka sudah ditenggelami air, hanya bumbung sahaja yang kelihatan.

Air itu akan terus mengalir menuruni hulu hingga ke hilir sebelum ke destinasi akhir iaitu lautan. Kampung saya sendiri, merupakan satu daripada kawasan laluan air. Ayah saya menjangkakan kampung kami akan dilanda banjir besar sekali lagi, namun Alhamdulillah dengan kebesaranNya, pada tahun ini air itu tidak sepenuhnya melalui kampung kami. Sebaliknya lebih banyak melalui suatu kawasan laluan air yang lain. Tambahan pula kampung saya ini merupakan kawasan laluan air untuk Empangan Jajar. Jika Empangan Jajar yang pecah, barangkali banjir seumpama itu juga yang akan melanda kampung ini. Nauzubillahiminzalik.

Jadi di kampung saya, banjir tidaklah begitu teruk. Meskipun begitu banjir yang melanda cukup untuk memutuskan hubungan kampung kami dengan dunia luar buat seketika. Berikut antara gambar-gambar sekitar rumah yang sempat diambil siang tadi.

Jalan utama kampung bertukar menjadi sungai.
Haiwan juga menyelamatkan diri.

Jadi alhamdulillah kampung saya tidak begitu teruk. Namun bagi yang begitu terkesan akan bencana kali ini, moga bersabar dengan apa yang berlaku. Allah berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al-Baqarah: 286)

Sentiasalah berwaspada. Ingatlah orang yang tersayang.^^

Saturday, December 22, 2012

Benarkah bosan?

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah dengan izinNya kita masih bernyawa di muka bumi ini yang jua milikNya.

Baru sahaja beberapa hari yang lalu saya menerima suatu berita yang amat mendukacitakan. Namun perjalanan di alam fana ini perlu diteruskan. Tiada guna terus-terusan bersedih. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Hilangnya sesuatu itu pasti berganti dengan sesuatu yang lain yang lebih baik untuk diri kita. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui.

Usai urusan pagi hari ini, terdetik di hati kecil ini untuk menjenguk blog ini. Terdetik juga kemudiannya untuk mencoret satu lagi entri. Berbekal pengharapan dapat memberikan sekecil-kecil mahupun sebesar-besar kebaikan, dari mana-mana sudut yang mungkin. Moga semua ini menjadi tabung-tabungan saya sebagai bekal ke akhirat nanti. Kalian jua. Mudah-mudahan.

Musim cuti seumpama sekarang, ramai antara kita, yang merupakan pelajar kebanyakannya, meluahkan rasa bosan dengan cara yang tersendiri lantaran tiada suatu perkara yang perlu dilakukan. Tiada yang perlu dilakukan kerana sekolah sedang bercuti, UPSR, PMR dan SPM sudah berlalu, sedang bercuti semester, baru lepas final exam dan sebagainya.

Setiap kali kenyataan-kenyataan seumpama itu terlihat dek pandangan saya, saya sedikit terkilan. Assyahid Imam Hasan Albana berpesan;

“Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya”.

Jadi, bagaimanakah kita boleh mengatakan bahawa kita merasa bosan? Kewajipan yang kita ada adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada. Segeralah memohon keampunan dari Allah atas tanggungjawab-tanggungjawab kita yang telah terbiarkan. Sahabat-sahabat, kita ini umat Islam akhir zaman. Setiap daripada kita memikul tanggungjawab yang cukup besar untuk memartabatkan Islam. Kita bukan hidup untuk kepentingan diri kita sahaja. Setiap detik masa yang berlalu sepatutnya digunakan untuk menegakkan kalimah Lailahaillah!

Kita tidak sepatutnya merasa bosan tatkala wujud masa terluang. Gunakan setiap detik yang berlalu dengan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan. Jangan sesekali kita membazir masa. Amatlah rugi seseorang yang membazirkan minit-minit dalam hidupnya kerana minit-minit yang berlalu itu tidak mungkin akan kembali. Imam Ibn Qayyim ada berkata;

“Sesungguhnya membuang masa adalah lebih dahsyat daripada kematian kerana membuang masa memisahkan kita dari Allah dan akhirat manakala kematian hanya memisahkan kita dari dunia dan seisinya”.

Tiada seorang pun antara kita yang terlepas dari melakukan perkara tercela. Namun sebaik-baik dari segala kemaksiatan itu ialah mereka yang memohon keampunan. Jadi mohonlah keampunan atas waktu-waktu kita yang telah dibazirkan. Tanamkan azam dalam dada untuk sentiasa manfaatkan masa. Di kala kita disoal kelak akan apa yang kita kerjakan sewaktu masa muda kita, biarlah kita dapat menjawab dengan tenang. Mudah-mudahan.

Saya berharap selepas ini saya tidak akan terserempak lagi dengan kalimah "bosannyaa" atau "boringnyaa" dan seumpamanya. InsyaAllah.

Bersama mengejar redha Ilahi.


Friday, December 7, 2012

Pengajaran Solat Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga serta para sahabat Baginda.
Saya hormati usaha untuk dedahkan anak-anak kecil tentang solat berjemaah dengan membawa mereka ke masjid. Pada saya ia merupakan suasana yang cukup sihat. Meskipun ada yang masih belum tahu bersolat, namun para kaum bapa ini tetap membawa bersama anak-anak kecil mereka ke masjid. Pada asasnya hukum membawa anak kecil ini adalah sunat, akan tetapi ia boleh bertukar mengikut keadaan:

1- Sunat ; kiranya dapat mendidik mereka menjiwai solat berjemaah dan menyukai masjid sebagai pusat ukhwah dalam masyarakat.

2- Harus ; kiranya mereka sudah mumayyiz, tidak mencetus gangguan dan boleh dikawal.

3- Makruh, bahkan Haram ; kiranya mereka boleh mengganggu jemaah yang sedang solat, mencetus kekacauan dan menimbulkan fitnah serta perbalahan sesama ahli jemaah.

Yang menjadi masalah ialah jika anak-anak kecil itu di luar kawalan. Saya cukup kesal tentang perkara ini. Tadi di masjid, bermula dari rakaat pertama hingga ke salam solat jumaat minggu ini diiringi tangisan dan lolongan seorang anak kecil. Masjid di kampung ini boleh dikira agak kecil dan suara anak kecil itu boleh didengar di setiap pelusuk masjid. Tentu sekali, saya sendiri, bahkan ramai lagi yang menemui kesukaran tambahan untuk mencari khusyuk solat dengan gangguan sedemikian.

Jadi cadangan saya, jika ingin membawa anak-anak kecil ini ke masjid, pastikan mereka menerima didikan sewajarnya dahulu di rumah. Biar mereka tahu sekurang-kurangnya, jika ibu bapa mereka sedang solat, mereka perlu senyap seketika, tidak menangis dan mengganggu. Jika tidak dididik sedemikian, mungkin tiap kali ibu bapa mereka bersolat mereka fikir mereka tidak dipedulikan.

Bila mana mereka sudah mula mengerti, saya percaya tatkala para ibu bapa mereka bersolat, mereka tidak akan menangis atau menggangu. Mereka sudah terbiasa, bila melihat pergerakan-pergerakan dalam solat, mereka perlu senyap dan menunggu seketika.

Janganlah disebabkan kita, para jemaah kehilangan fokus dan hilang khusyuknya. InsyaAllah pesanan ini untuk semua. Yang sudah menjadi ibu bapa mahupun yang bakal tidak lama lagi.

Moga bermanfaat.

Salam Jumaat.^^

Monday, December 3, 2012

Hantu KPOP

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Atas segala nikmatNya kita masih bernyawa. Alhamdulillah.

Seperti yang tertera di tajuk nun di atas, entri kali ini saya ingin sentuh tentang penggemar-penggemar KPOP. Saya kira secara umumnya semua sedia maklum akan apa itu KPOP. Jadi tidak perlulah saya mengulas tentangnya.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kegilaan KPOP ini semakin menular dalam kalangan masyarakat negara kita. Tanpa niat untuk menyalahkan anasir sekularisme yang kian subur di negara tercinta kita ini, hingga sebahagian besar dari kita menjadi 'lali dengan dosa', saya cuma ingin mengingatkan tentang pemasalahan ini, dengan harapan hasilnya akhir nanti, akan ada hati-hati yang mula terdetik untuk berhijrah ke arah kebaikan. InsyaAllah.

Jadi bagaimana hari ini begitu ramai sekali, dalam kalangan remaja terutamanya, perempuan lebih-lebih lagi, begitu menggilai orang-orang Korea ini? Secara jelasnya, pernah saya lihat dengan mata kepala sendiri, alasan mereka pelakon dan penyanyi Korea ini mempunyai wajah yang sungguh 'kawaii' dan badan yang begitu solid. Apakah ini? Bukankah Islam menyuruh kita menjaga pandangan?

Ramai kaum hawa lazimnya mengatakan hanya kaum adam yang perlu menundukkan pandangan. Katanya kaum adam yang sering mudah tergoda. Ada yang hanya berkata sesedap rasa sahaja. Ada juga yang berpaksikan potongan ayat berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (AnNur: 30)

Baiklah, tidak syak lagi, kaum lelaki sememangnya wajib menjaga pandangan. Namun Islam itu indah. Tidak berat sebelah. Penuh dengan hikmah yang disalurkan menerusi AlQuran dan AlHadis. Buktinya, hayati ayat berikutnya ini, sambungan ayat di atas:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (AnNur: 31)

Tidakkah jelas di situ bahawa kaum wanita juga perlu menjaga pandangan? Adakah artis-artis Korea kegilaan anda itu, yang anda tatapi hari dan malam itu, halal bagi anda?

Di sini sebenarnya, tidak timbul isu jantina. Lelaki atau perempuan, sama sahaja. Bahkan saya mempunyai sahabat-sahabat lelaki yang turut meminati KPOP ini atas alasan yang tersendiri.
Saya cukup kesal, saya pernah bersekolah di sekolah agama dan punyai ramai kawan yang bersekolah di sekolah agama. Sayang sekali bila adakalanya melihatkan penampilan sungguh muslimah,tiada cacat celanya, namun hantu KPOP rupanya. Kenapa begitu? Sayang seribu kali sayang. Saya tidak salahkan penampilan anda, namun mengapakah biarkan hati memuja yang tidak halal? Islam menegah perkara itu. Bukankah Islam mengajar kita untuk mempraktikkan ajarannya yang murni dalam setiap apa yang kita kerjakan? Tidakkah dengan anda berbuat begitu, anda menafikan ayat berikut:

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah: 208)

Perempuan dan lelaki sama sahaja. Yang perempuan meminati pelakon lelaki, yang lelaki meminati pelakon perempuan. Tidak perlu saya utarakan tentang pemakaian para artis Korea ini yang jelasnya tidak menutup aurat. Mungkin ada yang memberi alasan bahawa mereka tidak berniat untuk menatapi aurat yang ditayangkan, namun ingatlah syaitan itu musuh kita yang nyata, setiap saat syaitan akan mengajak kita menuruti mereka. Oh anda perlu sentiasa tahu, perancangan syaitan itu sungguh kotor lagi licik. Jangan kita tersuntik oleh jarum-jarum terkutuk mereka sehingga kita lali dengan dosa!

Perkara ini tidak terikat kepada KPOP sahaja sebenarnya. Bahkan mana-mana individu yang anda minati. Anda mungkin rasakan tiada salahnya. Namun ambil masa dan renungkan kembali, kenapakah anda begitu meminati mereka? Meminati itu tidak salah, namun jangan kerana minat itu kita semakin jauh daripada Allah!

Di sini saya sertakan satu video yang suungguh-sungguh menghancurkan hati saya tatkala melihat saudara seIslam saya telah pergi sejauh ini gara-gara orang-orang Korea ini. Tidak tahu untuk menyalahkan siapa, namun saya mohon, jauhilah perkara ini. Jika terdetik satu titik redha, apalagi menyukai perkara ini, cepat-cepatlah beristighfar.



Peringatan ini peringatan bersama. Peringatan untuk anda dan lebih-lebih lagi diri saya.

Bersama mengejar redah Ilahi.^^

Sunday, November 25, 2012

Amalan mencium mushaf setelah membaca Al-Quran

Mencium mushaf merupakan amalan berleluasa dalam kalangan muslimin di mana setelah selesai membaca AlQuran, seseorang akan mencium mushaf sebagai tanda rasa cinta kepada Allah dan KitabNya. Namun amalan itu sebenarnya tidak berasas.

Untuk menunjukkan rasa cinta kepada Allah SWT cukuplah dengan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat serta meninggalkan segala larangan.

Imam Ibnu Taimiyah pernah ditanya perihal membaca mushaf dan menciumnya. Beliau berkata, "Segala puji bagi Allah. Mengenai membaca mushaf lalu menciumnya, sesungguhnya kami tidak mengetahui sebuah athar pun yang berasal orang salaf."

Imam Ahmad dikala ditanya berkata, "Aku tidak pernah mendengar sesuatu pun tentangnya".

Wallahua'lam.

Monday, November 19, 2012

Gaza dan di manakah kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah pagi ini Allah menurunkan ilham untuk saya menambah lagi entri di blog ini. Hari ini seluruh Malaysia, bahkan seluruh dunia hangat memperkatakan tentang Gaza yang sedang diserang oleh rejim zionis laknatullah. Hal ini sungguh-sungguh menyehtuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya, apatah lagi melihat dengan mata kepala sendiri gambar-gambar yang diposkan di laman-laman sesawang. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk saudara kita di sana. Ayuh sama-sama kita bangkit di malam hari bertahajjud dan berdoa untuk saudara kita di Gaza.

Namun, perkara yang ingin saya sentuh ialah, dengan Gaza yang sebegitu rupa, bagaimanakah pula kita? Sudah menjadi trend, budaya repost gambar saudara kita di sana yang tercedera malah gugur syahid. Pertamanya alhamdulillah, rata-rata anak muda nampaknya begitu prihatin dengan apa yang sedang berlaku. Gambar-gambar diposkan setiap hari bahkan hampir setiap detik sehingga ada kalanya membuatkan kita merasa kita sendiri berada dalam kancah tersebut. Ianya suatu perkara yang positif kerana dengan tangan-tangan kecil itu, maka lama-kelamaan seluruh dunia dapat tahu akan apa yang berlaku di sana.

Lebih hebat, ada yang bergerak melancarkan tabung-tabung derma kilat, untuk membantu saudara kita di sana. Semoga Allah membalas jasa baik anda, para mereka yang mengutarakan usaha itu, juga mereka yang menghulurkan sumbangan ikhlas.

Baru-baru ini, MCD telah menawarkan burger percuma dan ramai yang lantang menegah umat Islam daripada mengambil burger-burger itu. Semua sedia maklum, MCD itu merupakan antara penyumbang utama kepada zionis. Bahkan ada yang mengambil gambar mereka-mereka yang beratur untuk mengambil burger itu dan mengutuk-ngutuk perbuatan mereka. Sebenarnya mengambil burger itu tidak sampai jadi haram pun, cuma amat biadap dengan keadaan saudara kita di sana. Jadi secara peribadi, saya rasakan tindakan mengutuk mereka tidak wajar, dalam di negara kita banyak lagi perkara yang 'layak dikutuk' kerna terang-terang melanggar hukum Islam.

Dan yang lantang mengutuk itu saya perhatikan, ada juga yang datangnya dari mereka-mereka yang aktif repost gambar-gambar saudara kita di sana. Itulah yang saya rasakan ada ruang untuk diperbaiki. Soalan saya, adakah dengan secara aktif repost gambar-gambar itu kita merasakan diri kita sudah melakukan sumbangan yang cukup besar? adakah kita merasakan diri kita sudah terlepas dari tanggungjawab kita? merasakan diri kita baik dan yang ambil burger percuma itu tidak baik? Renung-renungkanlah. Di sini mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan saya. Teringat saya akan satu potongan ayat AlQuran:

"Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" (Al-Ankabut: 2)

Perlu dingat bahawa ujian Allah terhadap hambaNya adalah berbeda-beda yakni mengikut tahap hubungan mereka dengan Allah. Para pejuang di Gaza sedang diuji, sebegitu hebat, barangkali kerana hubungan mereka dengan Allah begitu hebat. Kita pula? Adakah kita tidak duji? Kita sebenarnya diuji juga! Tetapi mungkin kerna hubungan kita dengan Allah tidak seberapa, jadi ujian kita tidak begitu teruk, sehingga adakalanya kita terleka. Mereka sedang dijajah, kita juga sebenarnya sedang dijajah! Dengan budaya hedonisme, sekularisme dan materialisme yang sedang menembusi benteng budaya Islam kita di Malaysia, kita terus hanyut! Tidakkah itu memberikan kemenangan kepada musuh-musuh Islam? 

Jadi kita punyai tanggungjawab yang lebih besar ke atas diri kita sendiri, jangan lupa tentang itu. Nak repost tentang Gaza, teruskan usaha anda.Tapi jangan lupa niat harus betul, jangan biarkan usaha kita itu menjadi tidak berguna di sisi Allah SWT. Dan tatkala melihat mereka yang mengambil burger seperti yang saya nyatakan tadi, jangan kutuk mereka, siapa tahu jika mereka merupakan antara pemyumbang kepada ekonomi negara, mereka bayar cukai dan mereka bayar zakat untuk umat Islam. Kita pula? Doakanlah mereka sedar akan perbuatan mereka itu tidak menghormati saudara kita, bukan mengutuk. Mereka tidak melakukan perkara haram, tiada bukti pun bahwa mereka menolak hukum Islam, untuk meletakkan mereka di suatu tempat yang setara dengan musuh Islam dan melayakkan perbuatan mereka untuk dikutuk. Semoga mereka juga akan menjadi seperti kita, tidak makan MCD, bukan hanya ketika isu seumpama ini hangat diperkatakan, tetapi berterusan sepanjang masa.

Yakinilah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Rasululluah SAW bersabda:

"Tidaklah seorang mukmin tertimpa dengan musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah menghapuskan sebagian daripada dosanya" (HR Bukhari & Muslim)

Allah SWT berfirman:

"Dan apa jua musibah yang menimpamu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar daripada kesalahan-kesalahanmu." (Syura: 30)

Jadi In shaa Allah di sebalik kesengsaraan mereka, adanya hikmah. Itu sebahagian daripada sunnatullah. Kita di sini, bukan tugas kita sekadar repost gambar di facebook atau twitter  sahaja, tapi jauh lebih besar daripada itu. Besar pengajaran yang perlu diambil. Allah SWT telah mengingatkan:

“Dan sesungguhnya kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami seksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka memohon kepada Allah dengan tunduk merendah diri.” (Al An’am: 42)

Jadi sejauh mana kita menyahut peringatan Allah itu? Jika kita terus berdegil, terus bergelumang dalam maksiat, tidak mustahil musibah yang menimpa akan tiba di bumi Malaysia pula suatu hari nanti. Barangkali turunnya musibah itu untuk 'membersihkan' mereka-mereka yang umpama 'barah' yang bernanah kepada umat Islam.

Sewajarnya, daripada apa yang berlaku, kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan keimanan kita. Bukankah dengan keimanan akan wujudnya rasa persaudaraan sesama Islam yang sebenar? Dengan itu moga-moga kita semua menadah tangan setiap masa mendoakan saudara kita di sana. Mendoakan keselamatan mereka, mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita. In shaa Allah.

Jadi teruskan segala usaha baik anda, dalam masa yang sama pertingkatkan keimanan kita sendiri. Agar pabila disoal kelak, apakah yang kita lakukan untuk saudara kita yang sedang di serang, kita punyai jawapan, dan tatkala disoal apakah yang kita lakukan untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah, kita juga punyai jawapan. In shaa Allah..(^_^)

Waktu tamat solat Isyak?

Masuk waktu isyak ialah dengan hilangnya mega merah di ufuk barat (yang menandakan tamatnya waktu solat maghrib). Berakhirnya pula ada dua pandangan di kalangan ulamak;

Pertama; sebelum berakhir sepertiga malam. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Syafi’e dan Imam Ahmad dan segologan ulamak yang lain.

Kedua; sebelum berakhir separuh malam. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Abu Hanifah.

Pandangan pertama berdalilkan hadis dari Buraidah r.a. yang menceritakan penjelasan amali (praktikal) Rasulullah s.a.w. tentang waktu solat. Mengenai solat Isyak, Buraidah r.a. menceritakan; “Pada malam pertama Rasulullah s.a.w. melakukan solat Isyak ketika hilang mega merah di ufuk Barat. Di malam kedua pula baginda melakukannya tatkala malam telah berlalu sepertiganya…Kemudian, baginda menjelaskan; “Waktu solat ialah antara dua waktu tersebut”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Kata beliau; hadis ini hasan gharib soheh). Pandangan kedua pula berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Waktu solat Isyak ialah hingga separuh malam” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Ibnu ‘Umar r.a.). Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni telah memadankan antara kedua-dua dalil tersebut di mana beliau menegaskan; “Yang utama (yakni yang afdhal) ialah tidak menangguhkan solat Isyak melebihi sepertiga malam. Namun jika ditangguhkan hingga separuh malam hukumnya adalah harus. Adapun selepas itu adalah waktu darurat…” (al-Mughni, 1/275).

Waktu yang dimaksudkan di atas ialah waktu ikhtiyar (waktu pilihan), iaitu waktu diberi keluasan/kelapangan kepada kita untuk memilih pada ketika mana kita ingin mengerjakan solat dalam jarak waktu tersebut walaupun yang afdhalnya ialah kita melakukannya di awal waktu.

Selepas waktu ikhtiyar tersebut, para ulamak berikhtilaf;

Menurut mazhab Hanbali dan Maliki; selepas waktu ikhtiyar itu ialah waktu darurat yang bermula dari sepertiga atau seperdua malam hinggalan terbitnya fajar (masuk waktu subuh). Maksud waktu darurat ialah harus melakukan solat Isyak pada waktu tersebut (tanpa berdosa) bagi orang yang ada keuzuran. Solat Isyak yang ditunaikan dalam waktu darurat itu masih dianggap tunai (bukan qadha), cuma jika dengan keuzuran tidaklah berdosa dan sekiranya tanpa keuzuran akan berdosalah. Kesimpulannya, menurut mazhab Hanbali dan Maliki; tidak harus kita menangguhkan solat Isyak hingga melepasi sepertiga atau separuh malam tanpa sebarang keuzuran. Di antara bentuk keuzuran ialah;
1. Wanita haid; selepas sepertiga/separuh malam barulah darah haidnya kering.
2. Orang kafir yang baru masuk Islam ketika itu
3. Kanak-kanak yang baru baligh ketika itu
4. Orang gila yang baru sedar dari gilanya ketika itu
5. Tertidur; selepas sepertiga atau separuh malam baru terjaga.
6. Sakit; sembuh selepas waktu tersebut.

Adapun menurut mazhab Syafi’ie; selepas waktu ihktiyar itu ialah waktu jawaz (waktu harus), yakni waktu harus untuk melakukan solat walaupun tidak sebaik waktu ikhtiyar tadi. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; waktu ikhtiyar tadi bukanlah bermaksud waktu pilihan secara mutlak (atau secara keseluruhan) tetapi waktu pilihan yang terbaik berbanding waktu berikutnya (yakni waktu jawaz). Waktu pilihan secara keseluruhan ialah selagi belum terbit fajar (yakni masuk waktu subuh). Mazhab Syafi’ie ini berdalilkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud;

“Tidaklah tertidur itu (dianggap) kelalaian. Kelalaian ialah bagi orang yang tidak menunaikan solat (dengan sengaja) hingga masuk waktu solat yang lain” (Riwayat Imam Muslim).

Hadis ini memberi isyarat kepada kita bahawa waktu solat tidak tamat selagi belum masuk waktu solat yang lain. Maka dinisbah kepada Isyak, waktunya berterusan selagi belum tiba waktu subuh. Secara ringkasnya dalam mazhab Syafi’ie, keseluruhan waktu solat terbahagi kepada empat;

Pertama; waktu terbaik, iaitu di awal waktu.
Kedua; waktu ikhtiyar, iaitu hingga sepertiga waktu.
Ketiga; waktu jawaz (harus), iaitu hingga sebelum tamatnya waktu (yakni sebelum masuk waktu solat yang lain kecuali subuh di mana waktu tamatnya ialah sebelum terbit matahari).
Keempat; waktu hurmah (waktu haram), iaitu menangguh solat hingga ke saat terlalu hujung waktu di mana waktu yang masih tinggal tidak cukup untuk menyempurnakan keseluruhan rakaat solat. Solat jika sempat ditunaikan di dalam waktu sekurang-kurangnya satu rakaat maka ia dikira tunai secara keseluruhannya (sekalipun rakaat selebihnya dilakukan setelah habis waktu). Jika tidak sempat satu rakaat maka keseluruhanya dikira qadha’.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah 1/273-278.
2. Syarh as-Sunnah, Imam al-Baghawi, 1/8-12.
3. Mughni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syurbini, 1/173.
4. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abdur-Rahman al-Jazairi, 1/168.
5. al-Wajiz, Dr. Abdul-Adziem Badawi, hlm. 66.
6. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 100.
7. al-Kifayah Li Zawil-Inayah, Syeikh Abdul-Basit al-Fakhuri, hlm. 56.

Saturday, November 17, 2012

Peringatan Para Ulama' Bagi Mereka Yang Menolak Hukum Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat.

InsyaAllah kali ini saya akan kongsikan beberapa pesanan para ulama' buat mereka-mereka yang menolak hukum Allah. Renungkan.

Ustaz Abdul Qodir Audah di dalam Kitab Al Islam Wa Audho'una Al-Qanuniyyah menyebutkan "Sesiapa yang menolak hukum Allah atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walaupun sebesar zarah akan keislaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka Muslim."

Ibnu Kathir di dalam Tafsir Ibnu Kathir menyebutkan "Sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah SWT. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat di dalam kitab Ilyasa'? Mereka juga kufur kepada Allah SWT secara ijma'. "

As-Syahid Sayyid Quthb di dalam Tafsir Fi Zhilalil Quran menyebutkan " Sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah SWT. Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar ketuhanan atau Uluhiyyah Allah SWT yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah SWT tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah SWT dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma'lim minad din bid dhorurah."

Dr Muhammad Abdul Qodir Abu Faris di dalam Kitab An-Nizhom As-Siyasi fil Islami menyebutkan "Wajib ke atas setiap Muslim menggunakan undang-undang Allah SWT dan haram sama sekali berhukm dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum Allah adalah kafir, manakala sesiapa yang manggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redha, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukam bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar."

Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan " Di antara perkara yang berhak dihukum kafir tanda keraguan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendukung-pendukung parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah SWT dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah SWT, mereka enggan dan ingkar. Lebih dasyat dari itu mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam."

Friday, September 28, 2012

Ahmad Nazmi bin Md Nizam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari yang indah. Namun resah gelisah. Final exam is just around the corner. Hari ini 29/9/2012, final exam pula 29/10/2012. Lagi sebulan. Tak mengapa. Aku tetap ingin meluangkan masa untuk menambah entri di taman mayaku ini. Tambahan mula semalam baru sahaja selesai menduduki assessment Math yang terakhir.

Entri untuk kali ini suka aku lakarkan tentang Ahmad Nazmi bin Md Nizam ataupun nama timangannya, Nami.

Baiklah, untuk pengetahuan di Taylor's College Subang Jaya tempatku menuntut ini wujudnya sebuah kelab bernama Corporate Social Responsibility ataupun singkatannya CSR, di mana koordinatornya ialah Mr. Yong.Kelab tersebut disertai oleh para pelajar yang gemar melakukan khidmat komuniti. Jadi mereka akan bergerak dan bertindak di bawah naungan Taylor's College Subang Jaya.

Jadi bersesuaian dengan course yang bakal diambil oleh para pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat ijazah nanti, Mr. Yong mempelawa kami untuk menyertai kelab itu dan berbakti. Kelak kami akan diberikan sijil. Semestinya sijil itu berguna untuk permohonan universiti nanti. Jadi kami semua bersetuju.

Dipendekkan cerita khas untuk kami, terdapat empat pusat untuk kami menabur bakti. Takdir membawa aku untuk bertemu dengan insan yang sungguh istimewa, Nami. Sementara teman-teman lain berbakti di rumah orang-orang kurang upaya. Nami sangat istimewa. Alhamdulillah aku tidak keseorangan. Amanina dan Maisarah teman sekolej turut sehaluan. Jadi pada setiap hari ahad, seawal pagi kami akan bergerak ke rumah Nami yang terletak di perumahan rakyat Pantai Dalam. Apa yang kami lakukan sebenarnya kami bantu Nami dalam persiapkan diri untuk menempuhi UPSR.

Nami merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Kakak Nami yang paling sulong baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Manakala kakak Nami yang kedua pula, telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu kerana menghidapi Spinal Muscular Atrophy, SMA.

Kakak Nami mula dikenalpasti menghidapi penyakit berkenaan apabila sukar melakukan aktiviti yang lazimnya dilakukan oleh bayi lain semasa kecil. Kemudian doktor mengesahkan kakak Nami menghidapi SMA. SMA secara mudah merupakan penyakit yang melumpuhkan sistem badan sedikit demi sedikit dan seperti yang berlaku kepada kakak Nami, setelah suatu jangka masa tertentu, ajal akan menjemput. Begitulah ketentuan Ilahi.

Berbalik kepada Nami, suatu masa dahulu Nami pernah berlari ke sana ke mari bersama rakan-rakan. Bergelak ketawa bergurau senda. Tapi kini Nami hanya mampu terlantar di rumah lantaran beberapa tahun yang lalu, di kala luka kehilangan kakak Nami belum pun sembuh, doktor mengesahkan bahawa Nami turut menghidapi SMA. Betapa hancur dan luluhnya hati  ibu dan bapa Nami untuk menelan hakikat itu. Namun segalanya harus diteruskan. SMA sedikit demi sedikit memberikan impaknya ke atas sistem badan Nami dan kini, gelak tawa ria rakan-rakannya hanya dapat diperhatikan dari jauh melalui jendela berdekatan katil Nami.

Untuk pengetahuan, moral para penghidap SMA amat perlu dititikberatkan kerana ia mampu memberi kekuatan kepada mereka untuk melawan penyakit itu. Dengan kata lain, dapat memanjangkan jangka usia mereka. Sebagai contoh, Nami sebenarnya sudah 'mengatasi' arwah kakaknya dalam kepanjangan jangka hayat. Hal ini kerana ibu Nami, Kak Midah berusaha segigihnya bagi memastikan Nami sentiasa ceria dan tidak dirundum kesedihan. Kerana itulah Nami masih lagi sentiasa tersenyum. Siapa tahu jika suatu hari nanti Nami mampu sihat total. Mudah-mudahan.

Walaupun tidak mampu berjalan ke sana ke mari, namun Nami merupakan seorang yang sangat pintar. Nami sangat sukakan mata pelajaran matematik dan keputusan-keputusan peperiksaannya amat memberangsangkan. Bahkan jauh lebih baik berbanding sesetengah pelajar normal.

Nami juga sangat gemar bermain catur. Kebetulan aku sememangnya pemain catur, jadi setiap minggu, setelah kami mengajar Nami subjek-subjek UPSR, aku akan meluangkan sedikit masa bermain catur dengan Nami. Nami merupakan pemain catur yang amat berpotensi. Nami kini dalam pemantauan untuk diserapkan ke dalam pasukan catur paralimpik. Kebetulan pengurus pasukan tersebut merupakan kenalan ibu bapa Nami. Oleh yang demikian, aku sedikit sebanyak sebenarnya memainkan peranan sebagai jurulatih catur Nami.

Selain itu, Nami sering menyertai pertandingan-pertandingan bercerita. Bahkan almari di rumahnya dipenuhi dengan piala dan medal lantaran Nami sering memenangi pertandingan-pertandingan bercerita. Suatu yang bagi aku, sungguh-sungguh membanggakan apabila Nami pernah memenangi pertandingan bercerita di mana Nami bersaing dengan kanak-kanak normal. Aku seorang 'public speaker' , juga seorang pendebat, aku tahu untuk bercakap di khalayak ramai itu bukan suatu perkara yang mudah. Namun Nami dengan berkerusi rodanya, mampu menjadi seorang pemenang. Sungguh hebat.

Jadi dalam kami membantu Nami untuk menempuhi UPSR, tugas paling utama kami untuk menceriakan hidup Nami. Alhamdulillah rasanya kami sudah melakukannya dengan agak baik.Kunjungan kami sering dinantikan oleh Nami.

Begitulah, setiap hari ahad kami memperuntukkan masa bersama Nami. Bersarapan bersama di rumah Nami, kemudian sedikit sebanyak kami cuba membantu Nami dalam subjek-subjek UPSR. Bergelak ketawa bersama dan semestinya bermain catur.

Masa berlalu dengan pantas, kini CSR kami sudah berakhir. Esok merupakan ahad pertama 'tanpa' Nami. Pasti kekosongan itu dirasai.

Sesi terakhir kami bersama Nami pada ahad yang lepas diselubungi emosi. Buat julung kalinya Nami mengalahkan aku dalam catur dan bukan aku sengajakan perkara itu.

Mendepani hakikat tiada lagi kami untuk menceriakan Nami pada masa akan datang, Ibu Nami tidak mampu lagi menahan air mata. Jika sebelum ini air mata ibu Nami hanya di belakang Nami tatkala bercerita kepada kami tentang Nami yang sebenarnya sudah diberikan jangkaan jangka hayat oleh doktor, tapi pada hari itu buat pertama kali kami melihat air mata ibu Nami bergenang di hadapan anak teristimewa beliau itu.


Bergambar kenangan bersama Nami dan Amanina.

Namun Nami sentiasa tersenyum. Aku tahu Nami seorang yang kuat. Suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan tatkala merenung wajah Nami, redupnya senyuman Nami memancarkan sebenar-benar keikhlasan. Sehingga ketemu lagi, insan teristimewa, Ahmad Nazmi bin Md Nizam. Wajah sucimu yang memberikan seribu ketenangan akan senantiasa tersemat dalam lipatan memori.

Wednesday, September 19, 2012

Maafkan Aku Teman

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Saat hati aku memutuskan untuk menukilkan entri ini, tekanan beraja di jiwa. Jam menunjukkan pukul 9.38 malam. Aku keseorangan di dalam kamarku. Rakan sebilik ku menghadiri satu talk di sebuah kolej berdekatan.

Tekanan bercampur baur. Isu utama semestinya kertas percubaan fizik yang bakal ditempuhi esok hari. Namun itu hanyalah satu daripada faktor mengapa dan kenapa entri ini terilhamkan.

Aku diserang rasa sedih tatkala memikirkan diriku yang sering kali gagal untuk menjadi seorang kawan yang baik.

Kembali ke alam kanak-kanak, masih terbayang peristiwa-peristiwa yang bagi aku mampu membuktikan yang aku sering gagal untuk menjadi seorang teman yang baik. Kadang niatku hanya ingin bersenda, namun terkasar tanpa niat. Kadang niatku hanya ingin mengukir senyuman buat semua, namun pasti ada yang terlepas pandang kemuraman keranaku.

Ibuku yang tercinta cukup peka tentang siapa kawanku. Aku tidak sewenangnya dibenarkan merayau bersama rakan. Pernah dahulu ibuku menyuruh kawan-kawanku datang ke rumah setiap petang untuk bermain denganku. Namun sampai bila, mereka juga pasti kebosanan, rumahku bukanlah taman permainan, bukanlah padang bola sepak.

Duniaku sewaktu kecil dihabiskan di rumah, bergaduh dengan adikku sudah menjadi rutin. Dimarahi ibuku perkara biasa. Kartun-kartun menjadi teman setia. Kala teman-teman lain sudah mula berkonvoi basikal mengelilingi kampung, aku hanya memerhati. Kala teman-teman lain mula bermotosikal ke sana ke mari, aku baru bermula dengan sebuah basikal.

Secara kasar, aku tidak terdidik untuk bergaul sejak kecil. Namun kedengaran seperti terlalu kasar. Aku sangat hargai usaha ibuku dalam menanganiku dari terjerumus dengan gejala-gejala tidak sihat. Benar sekali jangkaan ibuku, ramai rakanku yang mula berjinak dengan rokok seawal dibangku sekolah rendah. Ramai yang mula merempit seawal darjah lima. Menghabiskan waktu petang dengan meronda-ronda sekeliling kampung, kerja rumah entah ke mana. Aku? Aku hanya pandai menunggang motosikal ketika berumur 15 tahun. Setelah puas ku memujuk akhirnya bapaku bersetuju untuk mengajarku selok belok menunggang motosikal selepas tamat menduduki PMR.

Sudut positifnya, alhamdulillah aku antara anak kampung yang masih terselamat daripada bermacam gejala yang beraja di kampung. Namun sudut gelapnya barangkali sedikit sebanyak membuatku kekok bergaul.

Tidak sewajarnya aku menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Jelas sekali diriku jualah yang gagal mengadaptasikan diri dengan keadaan.




Sungguh menyakitkan bagiku apabila ada sahabat yang sungguh beria bercerita kepadaku tapi aku bagaikan mati akal bagaimana untuk respons agar terbit rasa selesa bagi pihaknya.Maafkan aku teman.

Sungguh menyakitkan bagiku pabila guraun balas daripadaku, setelah menerima gurauan daripada pihak rakan-rakan, gurauan balasku tidak cermat tidak bijak hingga ada yang tersinggung.Maafkan aku teman.

Sungguh menyakitkan bagiku pabila ku ingin berkongsi kegembiraan, namun mungkin terjemahan rasa ke dalam kata gagal, sehingga tampak aku ingin menunjuk-nunjuk.Maafkan teman.

Tatkala kegagalan diri itu pun sudah cukup menyakitkan bagi ku, apatah lagi apabila mula menerima bahang akibatnya. Ketidakselesaan insan sekeliling mula diterjemah ke dalam reaksi. Aku tidak pernah menyalahkan mu teman, salahku.Maafkan aku.

Meskipun begitu, ketahuilah aku sering mencuba untuk mejadi seorang yang lebih baik. Aku ingin tunjukkan rasa kasih ini kepada kawan-kawanku. Aku ingin mengecap setinggi-tinggi penghargaan itu, iaitu penerimaan daripada kawan-kawanku. Dan yang paling mustahak, semestinya bagi menyempurnakan imanku ini. Sabda Rasulullah SAW;

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (HR Muslim)

Maka teman, maafkan ketidaksempurnaanku selama ini. Jika ada hati yang masih terusik, terusik akan coretanku ini, kemaafan mu ku pohon jua kefahaman mu. Fahamilah aku cuma ingin menyuarakan rasa hati ini. Terima kasih atas kesudian membaca. Semoga ukhuwwah yang terjalin ini terus harum mewangi hingga ke taman syurga.

Saturday, September 15, 2012

Jam Loceng!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah pagi ini kelopak mata ini masih mampu berkelip, udara nan segar masih mampu dihirup, ke sana ke mari masih mampu ku melangkah dan masih mampu otakku berkerja memikirkan baris-baris ayat ini. Besarnya nikmat Allah tidak tergambarkan dengan kata-kata, banyaknya anugerahNya kepada kita mustahil kan bisa tuk dihisab. Namun kita masih hanyut dengan arus dunia yang begitu deras sekali.

Allah SWT berfirman di dalam Surah ArRahman:

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan (wahai manusia dan jin) ?" (55:13)

Benar sungguh deras arus duniawi dan hanya yang benar-benar jitu semangat kan mampu mendayung menongkah arus yang tiada berpenghujung itu.

Di dalam kesibukan mengejar duniawi ini, saya telah mengambil keputusan untuk menambah satu lagi koleksi entri di blog ini dengan bertujuan dapatlah menambah nilai tabungan akhirat kelak. Alhamdulillah berkat keizinanNya niat di hati dapat diteruskan. Entri kali ini saya cuma ingin berceloteh tentang JAM LOCENG.



Sungguh manusia itu diciptakan oleh Allah dengan pelbagai kelebihan. Maka dengan pelbagai kelebihan itu lah pelbagai ciptaan telah wujud. Jam loceng merupakan satu daripada ciptaan yang memberikan sumbangan besar kepada peradaban manusia. Sedar tidak sedar betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh jam loceng baik untuk para pelajar baik untuk individu-individu berkerjaya. Bahkan jika diteliti hampir kesemua telefon telefon pintar yang serba moden pada hari ini dilengkapi dengan kemudahan jam loceng. Wujudnya pelbagai bentuk dan rupa jam loceng ini memberikan lebih variasi kepada para pengguna. Jika dahulu deringan jam loceng itu hanya senada sahaja, saat ini pelbagai lagu dan irama boleh dipilih sebagai deringan jam loceng.

Namun begitu ada satu perkara mengenai jam loceng yang saya rasa kita sama-sama perlu baiki. Mungkin dalam tidak sedar musuh Islam menyelitkan jarum-jarum mereka sehingga membabitkan jam loceng. Contohnya penggunaan pelbagai lagu dan irama itu sendiri sebagai deringan. Pada hemat saya, timbulnya isu apabila adanya antara kita yang mengunci jam pada waktu subuh. Baiklah Alhamdulillah niat sudah betul, kunci jam waktu subuh sebab nak bangun solat subuh. Tapi yang kita pergi kunci jam betul-betul ketika waktu subuh masuk itu yang saya kurang setuju. Lebih teruk, dan inilah sebenarnya isu yang ingin saya bincangkan sebenarnya, ada antara kita yang kunci jam dan guna lagu rock atau kpop yang entah apa-apa sebagai deringan. Dah lah kita tak pergi masjid satu hal, muazzin duk azan dekat masjid, jam loceng kita pula berkumandang lagu yang kurang sopan. Bagi saya itu tidak melambangkan peribadi yang baik kerana tidak hormat azan itu sendiri. Di tambah pula jika kita ini spesies yang extra ultra susah bangun tidur, jam loceng memanggil hingga berjam-jam lamanya pun kita masih lena dibuai mimpi.

Meskipun benar wujud sedikit khilaf mengenai hukum mendengar dan menjawab azan itu, namun ianya hanya lah antara wajib dan sunat. Maka jika diambil yang lebih ringan sekalipun yakni sunat, lebih sopan jika tidak membiarkan lagu-lagu menenggelamkan laungan azan. Hormatilah laungan azan itu. Kita seharusnya lebih peka akan waktu-waktu yang azan di laungkan.

Barangkali ini satu daripada agenda-agenda kafir untuk menyesatkan umat Islam. Sedikit demi sedikit mereka menyelinap masuk ke dalam urusan harian kita. Jadi wajarlah kita mengambil langkah berjaga-jaga. Allah telah memberikan peringatan kepada kita:

"Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut jejak langkah mereka" (2:120)

Walaubagaimanapun perkara ini masih boleh dielak. Contohnya, kunci jam lebih awal daripada waktu azan. Maka tiadalah berlaku pertembungan azan dengan lagu rock jam loceng kita. Kalau rasa memang dah tak mampu nak bangun awal sangat, kunci lah jam beberapa minit selepas waktu azan berkumandang. Tapi janganlah sehingga satu jam selepas azan,subuh dinasaur la jawabnya nanti. Alternatif lain yang boleh dipraktikkan ialah dengan menggunakan azan itu sendiri sebagai deringan. Jika kita mampu memuat turun ratusan lagu dan puluhan filem, kenapa tak mampu nak muat turun beberapa azan? Ada baiknya juga jika kita memilih zikir-zikir sebagai deringan jam loceng. Sekurang-kurangnya ia lebih sopan berbanding dengan lagu-lagu yang sungguh merepek. Setidak-tidaknya, gunakan lah deringan yang biasa-biasa sahaja contohnya deringan polifonik, lebih sopan rasanya berbanding dengan lagu-lagu kegemaran anda itu.

Sebenarnya perkara ini hanyalah isu yang sangat remeh. Namun begitu tetap ingin saya ketengahkan agar kita semua menjadi hamba yang lebih soleh. Perkara yang sekecil ini, yang begitu mudah untuk diubah, usah lah kita keberatan untuk lakukan. Jangan dibiarkan ketidakpedulian menguasai diri kita. Syaitan terus bertepuk tangan tanpa kita sedari.

InsyaAllah sama-sama kita perbaiki kelemahan diri, dahulukan Islam dalam segenap penjuru kehidupan kita, meski dalam sekecil-kecil urusan.

 Bersama kita mengejar redha Ilahi.(^_^)

Saturday, June 23, 2012

BTN!


Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam satu Malaysia..!!
Saya percaya itu lah antara baris-baris yang akan didengari sepanjang anda berada di mana-mana kem Biro Tatanegara dan kem-kem seumpamanya.. :D

Jadi khas untuk entri kali ini,saya sedikit sebanyak ingin mencoretkan satu bab baharu dalam hidup ini yakni perihal BTN!

Pada dasarnya saya tidak begitu tertarik untuk menyelam dalam-dalam,cuma ingin bersnorkeling di permukaan sahaja.Maksud saya,apa yang bakal tercoret ini insyaAllah tidak begitu mendalam sudut penilaian peribadi saya tentang apa yang telah berlaku.Cuma ingin sedikit sebanyak menyentuh kenangan itu agar menjadi bahan penghapus bosan di masa mendatang dan mungkin dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada anda yang mungkin bakal menyertai BTN!

Alkisah beberapa bulan yang lalu maka kami geng pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terdiri daripada pelajar yang mengambil program persediaan SAM dan ALEVELS di Taylor's College Subang Jaya dan selebihnya di INTEC dan di KYUEM,kesemuanya ALEVELS.Begitulah keluarga kami,barangkali batch bongsu Program Penghantaran Pelajar Cemerlang yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang yang telah ditetapkan seperti Biology,Matematik,Fizik,Kimia,Bahasa Cina dan Pendidikan Khas.

Jadi tatkala khabar angin mengenai BTN itu tersebar,ia terus menghantui kami.Menghantui kerana tidak begitu jelas apa yang bakal dan perlu berlaku.Tiada hitam putih.Alam maya yang meletakkan dunia dihujung jari juga tidak dipraktikkan.Kami tertanya-tanya.Namun alhamdulillah berkat inisiatif kami sendiri,atau lebih tepat ada beberapa dalam kalangan kami,akhirnya segala kekusutan yang ada terlerai perlahan-lahan.Namun begitu pada ketika kami menaiki bas untuk bergerak ke Kem Ulu Sepri, Rembau pada pagi 18 Jun 2012 itu,masih ada lagi perihal yang samar-samar terutamanya hal yang melibatkan pemakaian!

Jika perkara ini juga berlaku kepada kalian,pesanan saya berlandaskan pengalaman yang masih segar bugar,pemakaian ketika mengikuti program BTN sekarang tidak se'strict' dahulu.Secara keseluruhannya peraturan BTN sekarang in sudah banyak toleransinya.Contohnya,jika dahulu wajib memakai baju kemeja putih berseluar slack hitam bagi lelaki dan berbaju kurung putih berkain hitam bagi perempuan,kini hampir tidak lagi.Bahkan anda bebas memakai pakaian asalkan bersopan.Bagi lelaki cukuplah bertshirt berkolar dan berseluar slack dan bagi wanita cukuplah mengenakan baju kurung.Pada masa riadah pula,tshirt berlengan panjang bagi perempuan dan tshirt berkolar bagi lelaki(roundneck juga dibenarkan untuk beriadah).Itu sedikit sebanyak perihal pakaian.

Walaubagaimanapun masih ada sedikit kekangannya,anda tidak boleh memakai jeans,mestilah sentiasa berkasut dan pastikan pakaian tidak berbau sehingga mengganggu ketenteraman awam!Haha..Itu sahajalah perkara yang perlu anda patuhi untuk pakaian.

Kami juga diberitakan bahawa dahulunya setiba sahaja para peserta di kem,kesemua telefon bimbit akan dikutip dan hanya akan diberikan semula pada hujung latihan,namun kini tidak lagi.

Cuma ketika berada di Kem Ulu Sepri,pengguna Maxis mengalami sedikit tekanan jiwa lantaran tiada coverage!Haha..

Tentunya anda perlu menjaga tatatertib semasa berada di kem.Kem tetap kem,jadi jaga perilaku anda.Jika tidak mampu banyak,sedikit demi sedikit disiplinkan diri anda.

Bagi yang telah menyertai PLKN,anda akan merasakan sedikit relaks pabila mengikuti BTN,kerana berdasarkan pengalaman saya,pada awalnya saya menjangkakan tekanan dek kekangan peraturan semasa mengikuti PLKN bakal sekali lagi dilalui semasa BTN,namun pada hakikatnya BTN tidak se'strict' PLKN..Aktiviti fizikalnya juga amat terhad,dan jika anda memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti apa yang perlu dilakukan cuma maklumkan kepada jurulatih.Tiada paksaan dengan syarat anda punyai alasan kukuh.Contohnya pening kepala atau tidak larat.

Tatkala ditanya,ketua jurulatih membalas "kamu semua ini adalah aset negara yang amat bernilai,bahkan jauh lebih bernilai dari kami sendiri para jurulatih dan fasilitator,jadi tiada gunanya kami memaksa kamu melakukan aktiviti berat sehingga berlaku kecederaan.".Dipendekkan cerita,bagi yang sering semput tu usah risau,anda dalam keadaan selamat.:))

Mungkin anda akan merasakan kebosanan melampau ketika mengikuti BTN ini,namun tekadkan dalam hati untuk tambahkan ilmu.Tambah pengetahun,insyaAllah ilmu itu ada gunanya suatu hari nanti.Anda akan dapat kawan baru yang kesemuanya hebat-hebat.Contohnya ketika kumpulan saya,ada yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,engineering,pendidikan dan sebagainya.Ada kawan-kawan saya yang akan fly ke UK,Republic Czech,Poland,Perancis dan Australia.Yang menariknya,ketika kami mengikuti BTN ini,EURO 2012 sedang berlangsung di Poland dan Ukraine.Perasaan teruja itu terbit tatkala mendengar ada kawan-kawan yang akan melanjutkan pelajaran ke negara-negara Eropah yang merupakan kuasa bola sepak dunia.Tahniah!

Selain itu,anda perlu ingat,di sana anda akan makan percuma 6kali sehari.Bahagian yang agak menyeronokkan terutamanya jika anda seorang pelajar yang mula berdikari dari aspek kewangan.:D

Sebagai kenang-kenangan di sini sedikit gambar-gambar yang diambil semasa menyertai BTN.(saya percaya gambar-gambar ini tidak akan membantu anda utk mendapatkan maklumat tambahan..haha)

Nametag yang perlu dipakai sepanjang kem!

Inilah yang perlu anda hadapi ketika berkampung di dalam hutan!

Ini juga!!
*dijumpai berkeliaran di sekitar dorm

Sungguh mengujakan pabila mendapat kawan baru!:)

Bergambar kenangan bersama Penghulu!

Jadi usah risau usah khuatir,anda selamat!Tiada isu besar yang akan timbul mengenai keadaan fizikal anda sepanjang mengikuti latihan ini.

Cuma sedikit pesanan saya,APA-APA JUA PERKARA YANG DIMOMOKKAN KEPADA ANDA,JANGAN MENERIMANYA BULAT-BULAT,KEBENARAN ITU SUKAR DIDAPATI DARI MULUT MANUSIA,ANDA PERLU MENCARINYA,DAN BAGI YANG BERAGAMA ISLAM,APA JUA ANDA LAKUKAN,KEMBALILAH KEPADA ISLAM..

insyaAllah negara Malaysia akan menjadi negara maju berpendapatan tinggi dengan pelbagai kaum hidup bersama dalam keadaan harmoni.Kita sudah hampir mencapainya.Ayuh sama-sama persiapkan diri!(^_^)


Saturday, May 26, 2012

Younger generation should believe in traditional practices.

Assalamualaikum everyone. Alright, so this is going to be my very first English entry. This particular entry is actually all about the last assignment for my English As Second Language study of my second semester that I submitted few days ago. It is called text production essay where we actually write the essay based on a short story that is chosen by our teacher,our awesome teacher indeed, Ms. Sharon!The short story was "The Lottery" written by Shirley Jackson. So, I was thinking of sharing this piece of work here in my blog, then I questioned myself, why not? Nonetheless I'm pretty sure here that you will find this essay very boring. There are few reasons, first of all yeah I didn't squeeze my mind writing this to impress you..haha..no offense..Well, after all my English command is obviously very limited. Room of improvements are everywhere, you'll come to them later. Another justification could be, it's a text production essay after all, meaning that it is an academic essay, we don't write flowery essay for academic writing, it's very straight forward instead. Moreover there is word count limitation,we cannot exceed 800 words. So we have to put everything by trying not to waste a single word. That's all you need to know before going through this I guess, in case if you really intend to.(^_^)



Younger generation should believe in traditional practices.

Tradition can be defined as belief or custom that is inherited from the older generation of certain group of human. There are millions of traditional practices from all over the world that differ specific community from another. The short story ‘The Lottery’ authored by Shirley Jackson, illustrates clearly how strong a group of people that are living together in a small village cling to their tradition even though the tradition seems to be ridiculous somehow. The tradition is the lottery where annually during summer without fail one of the villagers will have to be sacrificed in order to increase the corn harvests. From the story, several evidences can be extracted to hold up the fact that younger generation should believe in traditional practices. Youngsters should believe in traditional practices because tradition embraces the identity of the community. It is also important for them to have trust in tradition so that the continuity of the tradition can be secured and last but not least to strengthen the bonds amongst them.

  The first justification is tradition embraces the identity of the community. Tradition always comes along with some significant stories behind them that most of the times give the uniqueness to the community that hold to it. If the youngsters of the community do not bother to believe in the practices, sooner or later the tradition will be obsolete and eventually be forgotten. From the story, referring to the line “there was a story that the present box had been made with some pieces of the box that had preceded it, the one that had been constructed when the first people settled down to make a new village here”, the writer exhibits that the black box that is used for the lottery has a important story behind it. The present box is not the original box that was made by the first generation of the village but it was constructed by using some pieces of the original box. It gives the villagers something to differentiate them from other communities. Therefore, the younger generation has to believe in the traditional practices because traditions bring the identity to the society.

Besides, it is also crucial for the younger generation to believe in traditional practices so that the continuity of the traditions can be secured. Youngsters play essential roles in any community as in certain period of time they will be the leaders. If this group does not believe in the custom, then how would they keep the originality of the tradition? When the originality is affected, slowly the belief will be faded away from the community. From the story, Old Man Warner, the one who is considered as the luckiest one as he survived from the lottery for seventy seven times, explicitly showed his standpoint that the tradition should be kept original. He kept voicing out his dissatisfaction towards the reality that the other villages has given up the ritual. For instance, when Mr. Adams said, “Some places have already quit lotteries”, Old Man Warner said “Nothing but trouble in that” in reply. He even added on “Pack of young fools” portraying how he regretted the situation. Old Man Warner might appear to be annoying. Nonetheless in a way he was just trying to keep the originality of the belief so that the future generation can experience the same thing as their ancestors. It is undoubted that youngsters should know well their tradition so that it can be maintained.

Last but not least, traditions are critical for youngsters so that the bonds amongst them can be strengthened. Younger generation nowadays is living their lives very isolated from others. One of the major contributors to this problem is the technology that leads to sedentary lifestyle. On the other hand, traditions are mostly collective practices, thus it will indirectly require the younger generation to rub their shoulders. From the story, there are some parts that show the tradition actually keeps the villagers close to each other like “Soon the men began to gather, surveying their children, speaking of planting and rain, tractors and taxes”  and “They greeted one another and exchanged bits of gossip as they went to join their husbands”. These two scenarios are indeed very normal to any tradition. These two situations actually show that the tradition somehow keep the villagers close together. Hence younger generation must believe in traditions to strengthen the bonds amongst them.

In conclusion, it is unmistakable that younger generation should believe in traditional practices. The relevance are firstly tradition gives the identity to the community, secondly to ensure the continuity of the tradition itself and ultimately to strengthen the bonds amongst the younger generation. Rationally, the government should have taken the pragmatic steps to conserve the traditions with provided the practices are not illogically harmful to the citizens.

  
(799 words)



THANKS FOR YOUR TIME!!


Friday, May 18, 2012

Kian dewasa

Alhamdulillah..Dengan izin yang Maha Kuasa,dapat ana mengerah tenaga setelah membidik satu titik masa yang dirasakan sesuai untuk menyambung nukilan ana yang sebelumnya.Jika terbit bibit hairan akan kenapa entri ini seakan berpaksikan sesuatu yang lain,maka kehairanan antum itu memang berasas kerana entri ini adalah kesinambungan untuk entri yang sebelumnya.Jika dirasakan aneh mengapa tiba-tiba ana membahasakan diri ana sebagai 'ana' juga,maka seeloknya secara sepintas lalu setidaknya,jengukkan entri ana yang sebelumnya untuk menggali satu jawapan.

Baiklah,ana akan teruskan.Namun sebelum itu,terima kasih ana ucapkan kerana sudi berkunjung.Bagi yang telah menelaah entri ana yang sebelum ini,maka antum pastinya dapat meneka berkisarkan apakah entri kali ini.Bagi yang pertama kali singgah di sini,ini alkisah hidup ana,suka ana ulang frasa yang ana guna sebelum ini,entri ini hanya untuk ana bersyok sendiri,jika antum tidak berminat,ayuh jangan membuang masa tukarkan gear,belok ke kanan atau ke kiri,seribu jalan di hadapan,ana tidak memaksa antum untuk bersengkang mata meneliti baris-baris ciptaan ana ini dengan hati yang tidak senang.(^_^)

'Ala kulliha,andai kata antum masih bertatih perlahan ke baris ini,setinggi-tinggi penghargaan ana anugerahkan,ana akan terus mengumpul tenaga untuk mencoretkan sebuah kisah yang barangkali amat ringkas,namun cukup terutamanya bagi ana sendiri untuk mengimbau kembali kisah-kisah dahulu kala.

Adapun sebelumnya bertitiknokhtahkan entri itu sehingga ana tamat zaman sekolah rendah. Telahpun ana perkenalkan secara kasarnya yang sekolah menengah ana ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah atau nama singkatnya,SMKAWA.Di situlah pertempuran di medan ilmu terus digerakkan,digiatkan.Tingkatan satu,2006 ketika itu,merupakan tahun yang amat indah.Pertama kali mengecap udara sekolah menengah. Walaupun pada awalnya hati ini penuh dengan debaran,memikirkan nasib di tempat baru,namun sejajar dengan masa yang berjalan,ana sudah terbiasa dan mula menyukai.Berlalu pantas waktu itu,tamat tingkatan satu.Disebalik kenakalan ana yang bukan kepalang,keputusan peperiksaan akhir tahun ana agak memberangsangkan juga.Cukup-cukup makanlah untuk memastikan satu tempat ke kelas 2Shafie,kelas pertama untuk tingkatan dua.Disitu rangkaian sahabat mula dilebarkan dan diutuhkan.Pelbagai peristiwa pahit manis berlalu dengan pantas,membawa kepada tingkatan tiga.Ana yang ketika itu sungguh galak dengan pelbagai aktiviti sampingan yang pastinya tidak membantu pelajaran ana sudah mulai risau akan nasib mendatang.Namun alhamdulillah sekali lagi ana berjaya menempatkan diri ana ke kelas pertama untuk tingkatan tiga iaitu kelas 3Ibnu Amir.Disitulah bahang sebenar mulai terasa.Manakan tidak sudah bergelar calon PMR.Ana tidak risaukan subjek lain melainkan Bahasa Arab.Ketika tingkatan satu rekod tercipta apabila sepanjang tahun ana gagal untuk subjek Bahasa Arab.Namun usaha gigih barisan Ustaz dan Ustazah SMKAWA,doa luhur dari ibu bapa dan tidak kurang usaha ana yang tidak henti termasuklah pertolongan sahabat-sahabat yang tidak terkira,alhamdulillah berjaya ana dapatkan A untuk subjek Bahasa Arab ketika PMR.Untuk pengetahuan,itulah pertama kali ana mendapat A untuk Bahasa Arab.Alhamdulillah berjaya ana mendapat A untuk kesemua sembilan subjek yang diambil untuk PMR.Tidak lama kemudian ana ditawarkan untuk ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan,Pahang.Iman mula tergugat,pilihan dihadapan mata,fikiran giat berputar ke sana ke mari meninjau-ninjau kata putus terbaik yang wajar ana ambil.Akhirnya ana memutuskan untuk kekal di SMKAWA dan ia atas faktor yang pelbagai,kepelbagaiannya memang tidak diragui.

Pada ketika berlayar di tingkatan tiga ana juga mula terlibat dengan aktiviti ko kurikulum.Ana mewakili sekolah ke Pertandingan Catur Majlis Sekolah-Sekolah Menengah Terengganu.Alhamdulillah tidak mengecewakan.Ana juga mewakili sekolah untuk pertandingan forum remaja dan alhamdulillah berjaya merangkul naib johan.

Bab seterusnya lebih mendebarkan,semestinya persediaan ke arah SPM.Mulai tingkatan empat ana mulai bergiat aktif dalam bidang ko kurikulum.Catur,debat Bahasa Inggeris,forum remaja,syarahan agama dan tidak lupa pernah terlibat dengan kalimatu assobah yakni ucapan pagi dalam Bahasa Arab.Ketika di tingkatan empat juga ana terpilih untuk menjadi pengawas sekolah.Jelas tanggungjawab berlipat kali ganda.Daripada seorang pelajar yang paling nakal ana transformasikan diri ana sedikit demi sedikit tanpa ramai yang sedari kepada seorang yang lebih baik,lebih bertanggungjawab.Ana sentiasa mencuba.Tatkala berdampingan dengan teman-teman yang hebat ana mulai mengerti akan kehidupan sebenar.Ana ingin bersaing.Semakin ramai sahabat ana semakin banyak kekurangan pada diri ana,semakin jauh ana melangkah semakin banyak ketidaksempurnaan pada diri ana.Ana sedar.Jadi bermula dengan azam yang jitu,ana terjemahkannya ke dalam tindakan.Sentiasa mencuba,sukar untuk ana pelajari banyak perkara ketika bersama keluarga,namun pendedahan kepada kawan-kawan yang pelbagai membolehkan ana mengumpul data berguna untuk diimplementasikan pada diri ana.

Ketika tingkatan empat,ana berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri dalam pertandingan catur.Pernah seminggu ana tidak hadir ke sekolah untuk menghadirkan diri ke latihan pusat catur untuk kontinjen daerah Besut.Bakat ana dalam menyampaikan syarahan pula mula dikesan oleh salah seorang guru yang paling banyak berjasa dengan ana iaitu Cikgu Norma.Beliau mula menjinakkan ana dengan syarahan.Kemudian digilapkan.Ia memakan masa,tenaga dan sebagainya.Alhamdulillah ketika di tingkatan lima ana berjaya ke peringkat negeri mewakili daerah Besut.Terima kasih cikgu.(^_^)

Ketika di tingkatan lima,ana mendapat kejutan yang hampir sama dengan yang semasa tahun enam dahulu.Sekali lagi,ana dilantik sebagai ketua pelajar.Ana tidak mampu untuk menggambarkan perasaan ana disini,lebih baik disimpan barangkali.Ianya bukan menggembirakan,pelbagai alasannya untuk ana tidak senang sebenarnya.Malah ana tahu,setidak senang hati ana ini,lagi tidak senang hati sesetengah pihak.Biarkan ia menjadi sejarah,ana sematkan tekad di hati ketika itu untuk sahut cabaran.Ana terima.Terima cabaran,terima tanggungjawab,terima kritikan,terima tekanan,terima ketidakpuasan hati,terima segalanya.Namun disini terima kasih ana ucapkan,kerana semua itu mengajar ana untuk menjadi lebih tabah.Ana tahu ana bukan seorang ketua pelajar yang baik,namun ana telah mencuba.Banyak yang telah ana pelajari.Mungkinkah dalam diri ana ini wujud bakat kepimpinan,barangkali,ana cuba mengesannya,adakalanya dengan beraninya cuba mengembangkannya.Tidak kisah lah,tidak salah mencuba,lagipun ana sememangnya bercita-cita untuk menjadi pemimpin hebat satu hari nanti.(^_^)

Kesibukan pelbagai tugas dan pelbagai aktiviti ko kurikulum sedikit sebanyak memberi impak kepada pelajaran ana.Sepanjang tingkatan lima keputusan peperiksaan ana amat tidak memuaskan.Di situ sekali lagi ana cabar diri ana.Akhirnya alhamdulillah ana berjaya,boleh dikatakan berjayalah,mendapat 7A dalam SPM daripada 11 subjek yang diambil.Tidaklah cemerlang,namun masih memuaskan.Ana terima dengan hati terbuka.Ana senantiasa yakin,setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.Tiada siapa yang inginkan perkara yang tidak baik,namun kehidupan tetap kehidupan.Warnanya sungguh berbeda-beda.Begitulah berakhirnya zaman persekolahan ana.

Setiap daripada kita mempunyai cerita tersendiri,ana juga,cuma ana memilih untuk secara ringkas abadikannya sebagai satu coretan maya disini.Semestinya ana tidak menggarapnya secara detail kerana ia akan menjadi amat panjang,jadi ringkaskan sahaja.Ringkasan sahaja ini pun sudah cukup panjang dan membosankan,ana tahu lagi mengerti.Asif jiddan,ana masih dalam proses mempertajam skill penulisan ana.InsyaAllah moga ana mampu bergelar penulis satu hari nanti kerana ana sememangnya berminat.Ianya indah untuk mengekspressikan segalanya tentang kehidupan.

Ia belum berakhir,insyaAllah jika berkesempatan akan ana coretkan riwayat ana bergelar pelajar kolej pula.InsyaAllah..(^_^)